Sabtu, 27 Februari 2016

KEPUTUSAN PENUH TERENGGANU 0-2 JOHOR DT


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu 0-2 Johor DT
                       m-27 S.Chanturu
                       m-33 Pereyra Diaz

PEMAIN TERENGGANU
Sharbinee Allawee
Vincent Bikana
Yong Kuong Yong
Zairo Anuar (C)
Gustavo Fabián López
Norshahrul Idlan Talaha
Hasmizan Kamarodin
Joseph Kalang Tie
Amirul Syahmi
Sharin Sapien
Dhiyaulrahman Hasry
PEMAIN GANTIAN
14 Fakrurazi Musa
21 Affize Faizal

PEMAIN JOHOR DT
Farizal Marlias
Marcos Antonio
Aidil Zafuan (C)
Safee Sali
Jorge Pereyra Díaz
S. Kunanlan
Gary Steven Robbat
Hariss Harun
Fazly Mazlan
S. Chanturu
Azniee Taib
PEMAIN GANTIAN
19 Juan Martin Lucero
21 Jasazrin Jamaluddin

08 Safiq Rahim

TERKINI MASA KEDUA


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu 0-2 Johor DT
                       m-27 S.Chanturu
                       m-33 Pereyra Diaz
Pahang FC             1 – 3 Selangor
m-12Faisal Halim       m-36,m-44 Patrick Wleh
                                   m-68 R.Gopinathan


Perak   0 – 0 Kedah

FELDA UNITED 1-0  T–TEAM

PDRM 0-1 PULAU PINANG



TERKINI MASA KEDUA TERENGGANU 0-2 JOHOR DT


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu 0-2 Johor DT
                       m-27 S.Chanturu

                       m-33 Pereyra Diaz 
PEMAIN TERENGGANU
Sharbinee Allawee
Vincent Bikana
Yong Kuong Yong
Zairo Anuar (C)
Gustavo Fabián López
Norshahrul Idlan Talaha
Hasmizan Kamarodin
Joseph Kalang Tie
Amirul Syahmi
Sharin Sapien
Dhiyaulrahman Hasry
PEMAIN GANTIAN
14 Fakrurazi Musa
21 Affize Faizal

PEMAIN JOHOR DT
Farizal Marlias
Marcos Antonio
Aidil Zafuan (C)
Safee Sali
Jorge Pereyra Díaz
S. Kunanlan
Gary Steven Robbat
Hariss Harun
Fazly Mazlan
S. Chanturu
Azniee Taib
PEMAIN GANTIAN
19 Juan Martin Lucero

21 Jasazrin Jamaluddin

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER SABTU 27.2.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu 0-2 Johor DT
                     m-27 S.Chanturu
                    m-33 Pereyra Diaz

KEPUTUSAN MASA PERTAMA
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu 0-2 Johor DT
                       m-27 S.Chanturu
                       m-33 Pereyra Diaz
Pahang FC      1 – 2 Selangor

Perak   0 – 0 Kedah

FELDA UNITED 1-0  T–TEAM


PDRM 0-1 PULAU PINANG

KEPUTUSAN MASA PERTAMA TERENGGANU 0-2 JOHOR

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu 0-2 Johor DT
                     m-27 S.Chanturu
                    m-33 Pereyra Diaz

 
SUMBER-www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/photos

TERKINI MASA PERTAMA LIGA SUPER SABTU 27.2.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu 0-1 Johor DT
                     m-27 S.Chanuru

Pahang FC      0 – 0 Selangor

Terengganu     0 – 0 JDT

Perak   0 – 0 Kedah

FELDA UNITED 0-0  T–TEAM

PDRM 0-0 PULAU PINANG


Selasa, 23 Februari 2016

Johor DT tak rela status tercalar

GOMEZ (dua dari kanan) bersalaman dengan rakan sejawatannya daripada Ayeyawady United, Kyaw Lwin (dua dari kiri) selepas sidang akhbar di Larkin semalam yang turut dihadiri kapten kedua-dua pasukan, Safiq Rahim (kanan) dan Min Min Thu.

JOHOR Darul Takzim (Johor DT) tidak rela status mereka selaku juara bertahan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tercalar apabila turun membuat perhitungan dengan wakil Myanmar, Ayeyawady United pada aksi pembuka tirai peringkat Kumpulan H di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunis, Larkin malam ini.

Misi utama mereka adalah untuk meraih kemenangan yang akan menjadi pembakar semangat buat skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu mengharungi baki saingan pada peringkat kumpulan selepas ini.

Atas kertas, misi Johor DT pada perlawanan malam ini dilihat mudah kerana mereka pernah meratah wakil dari Myanmar itu 5-0 pada aksi peringkat kalah mati tahun lalu.

Tidak mustahil kejayaan tersebut akan berulang di Larkin malam ini jika semua pemain tampil dengan rentak terbaik, seperti mana yang telah mereka buktikan tahun lalu.

Begitupun, jurulatih Johor DT, Mario Gomez tidak mahu berasa terlalu yakin kerana menurutnya, saingan tahun ini adalah berbeza.

Katanya, pasukan-pasukan yang layak bersaingan pada Piala AFC tahun ini memiliki kekuatan tersendiri dan pasukan mereka juga mungkin berubah berbanding musim lalu.

“Kita telah melihat beberapa video perlawanan pasukan lawan dan mereka mempunyai khidmat seorang lagi penyerang baharu dari Nigeria selain dua pemain tengah yang hebat,” kata Gomez semalam.

Menurutnya, mereka tetap berhati-hati walaupun keadaan para pemainnya kini berada pada tahap terbaik dan bersedia untuk berdepan apa juga bentuk ancaman yang bakal dilancarkan oleh pasukan lawan nanti.

Tahun ini, Johor DT diundi dalam Kumpulan H bersama-sama wakil India, Bengaluru FC, Lao Toyota (Laos) dan Ayeyawady.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz413wYHEEZ Hakcipta terpelihara

Sabtu, 13 Februari 2016

Farizal jadi hero JDT

FADHILUL IZMEL ISHAK  |  14 Februari 2016 2:36 AM

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memeluk ketua pasukan JDT Safiq Rahim ketika meraikan kejayaan memenangi perlawanan sumbangsih semalam.

KUALA LUMPUR - Penjaga gol Mohd. Farizal Marlias menjadi wira Johor Darul Ta’zim apabila menyelamatkan tiga sepakan penalti untuk membantu juara Liga Super itu mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah setelah menewaskan Selangor 7-6 dalam perlawanan sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam.
Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 selepas Selangor menyamakan kedudukan pada minit ke-60 menerusi jaringan Hafiz Kamal setelah pemain tengah Hariss Harun meletakkan tuan rumah di depan hasil tandukan pada minit ke-45.
Perlawanan terpaksa diheret ke sepakan penalti penentuan yang menyaksikan Farizal menepis tendangan Mauro Olivi, R. Gopinathan dan Mohd. Azrif Nasrulhaq.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun berkongsi satu mata kerana perlawanan itu turut dijadualkan sebagai perlawanan pembuka tirai Liga Super musim ini.
Sementara itu, jaringan pada penghujung permainan oleh penyerang dari Argentina, German Pacheco berjaya menyelamatkan maruah Pahang yang seri 2-2 ketika bertemu Terengganu FC II (TFCII) di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Pahang lebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-20 menerusi ja­ringan Dalibor Volas, tetapi kelebihan mereka tidak bertahan lama apabila Muhd. Safawi Rasid menyamakan kedudukan pada minit ke-71.
Berpunca daripada kesilapan penjaga gol Pahang, Nasril Nourdin memberi peluang kepada skuad The Titans untuk mendahului hasil jaringan Izzaq Faris Ramlan pada minit ke-88 tetapi Pacheco berjaya menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki seminit.
Felda United, yang kali pertama beraksi di gelanggang rasmi baharu mereka, mengutip tiga mata penuh apabila berjaya menewaskan juara Liga Perdana pada musim lalu Kedah 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim bagaimanapun terpaksa menanti hingga perlawanan memasuki babak kedua untuk merobek gawang lawan menerusi jaringan Lutfulla Turaev pada minit ke-65 dan selang empat minit kemudian penyerang dari Liberia, Zah Rahan Krangar meledak gol kemenangan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut meraih tiga mata apabila menang tipis 1-0 ke atas Sarawak di Stadium Hang Jebat, Melaka hasil jaringan penyerang Maldives, Asfaq Ali pada minit ke-76.
Terengganu pula memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila berjaya menewaskan satu lagi pendatang baharu Liga Super, Pulau Pinang 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Jaringan tunggal perlawanan dijaringkan oleh penyerang Argentina, Gustavo Lopez pada minit ke-24 apabila sepakan leretnya dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol skuad Harimau Kumbang, Sani Anuar Kamsani.
Tuan rumah turut memperoleh peluang untuk menambah jaringan bagaimanapun Issey Nakajima gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Di Stadium Perak, Ipoh, skuad tuan rumah Bos Gaurus dan Kelantan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata apabila menamatkan perlawanan tanpa jaringan.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/farizal-jadi-hero-jdt-1.190165#sthash.OqdMFeYr.dpuf

Aksi pembuka tirai seimbang


PARA pemain Johor DT meraikan kejayaan menjulang Piala Sumbangsih setelah menewaskan Selangor 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

KEMPEN Liga Super 2016 yang membuka tirainya malam tadi menyaksikan semua pasukan tampil dengan rentak yang seimbang termasuk skuad berstatus gergasi.

Aksi tumpuan terarah kepada pertembungan antara juara Liga Super musim 2015, Johor Darul Takzim (Johor DT) yang menentang juara Piala Malaysia, Selangor, di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam tadi tetapi keputusan berakhir seri 1-1.

Harris Harun membuka jaringan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-44 sebelum Hafiz Kamal menyamakan kedudukan pada minit ke-60 dengan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Begitupun, Johor DT bernasib baik kerana menang 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti untuk menjulang Piala Sumbangsih buat kali kedua selepas kemenangan tahun lalu.

Di Jengka, Felda United tampil dengan semangat baharu apabila menang 2-0 ke atas Kedah pada aksi yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak.

Ternyata aura stadium baharu itu yang mula digunakan secara rasmi tahun ini telah melonjakkan semangat skuad kendalian Irfan Bakti itu untuk melakukan permulaan cemerlang.

“Kemenangan ini merupakan permulaan yang baik buat Felda United dan saya berharap momentum seperti ini dapat diteruskan pada perlawanan-perlawanan lain selepas ini,” jelas Irfan.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz405fp20FO Hakcipta terpelihara