Oleh SHARKAWI
LONDING
SAFIQ
menjaringkan dua gol buat Johor DT pada aksi menentang Lao Toyota FC pada
kempen Piala AFC 2016 di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam tadi
yang berkesudahan tuan rumah menang 3-0.
DUA gol
daripada kapten Safiq Rahim dan satu lagi daripada Amri Yahyah sudah cukup
untuk menghadiahkan kemenangan 3-0 Johor Darul Takzim (Johor DT) ke atas Lao
Toyota FC dari Laos pada aksi peringkat Kumpulan H kempen Piala Konfederasi
Bola Sepak Asia (AFC) 2016 di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam
tadi.
Kemenangan
tersebut terus mengukuhkan kedudukan skuad Harimau Selatan selaku pendahulu
kumpulan dengan memungut sembilan mata selepas mengharungi tiga perlawanan
setakat ini, manakala Lao Toyota kekal di tangga tercorot dengan memungut tiga
mata.
Pada aksi
semalam, kedua-dua pasukan bermula dengan rentak permainan berhati-hati, namun
tetap memiliki peluang untuk memecah kebuntuan tetapi dinafikan penyudah yang
hambar, sekali gus menyaksikan aksi separuh masa pertama berakhir tanpa
jaringan.
Pada separuh
masa kedua, rentak Johor DT nampak berbeza selepas jurulatih, Mario Gomez
membawa masuk Safiq, Pereyra Diaz dan Mahalli Jasuli bagi menguatkan jentera
serangan dan langkah tersebut telah membuahkan hasil.
Tiga gol
berjaya disempurnakan dengan Safiq menyudahkan dua sepakan penalti (m-62,
m-74), manakala Amri melengkapkan kemenangan bergaya 3-0 itu menerusi
percubaannya pada minit ke-90.
Begitupun,
kedua-dua pasukan kehilangan seorang pemain pada separuh masa kedua apabila
pemain Johor DT, S. Kunanlan dilayangkan kad merah oleh pengadil manakala
pemain Lao Toyota, Takahiro Saito turut menerima hukuman serupa.
Kedua-dua
pasukan akan sekali lagi membuat perhitungan pada aksi kedua yang bakal berlangsung
di Stadium Nasional Laos, Vientiane pada 13 April depan.
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz437cV9Y1y
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan