Ahad, 27 Oktober 2019

Safawi puas lonjak JDT

MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
PELEDAK hatrik Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid nyata puas apabila berjaya membawa pasukannya mara ke pentas final Piala Malaysia selepas tiga jaringannya membantu JDT membenam Selangor 3-0 di separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Malah, menerusi keputusan bergaya itu menyaksikan skuad Harimau Selatan melakar agregat besar 5-1 selepas turut meraih kemenangan 2-1 ketika aksi pertama di Larkin, minggu lalu.

Jelas Safawi, dia berpuas hati apabila dapat menjaringkan tiga gol untuk pasukan bagi menebus kembali prestasi kurang memberangsangkan di separuh akhir pertama lalu.

Namun baginya, tanpa kerja keras rakan sepasukan, tiga gol itu tidak akan hadir dan menganggap kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pemain yang turut menjadi tulang belakang kepada kemenangan itu.

“Saya memang tidak nafikan agak penat dalam aksi separuh akhir pertama kerana baru selesai tugas bersama skuad kebangsaan.

“Tetapi itu bukan masalah sebenarnya kerana sebagai pemain sudah pasti kadang-kadang ada hari yang saya akan beraksi baik, kadang-kadang ada yang tidak menjadi.

“Apa-apa pun ini rezeki saya berjaya melakukan hatrik di mana yang paling penting adalah kerjasama daripada rakan sepasukan yang turut membantu dan saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka atas kemenangan ini,” katanya pada sidang media sejurus tamat aksi di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, juara Liga Super itu bakal ditentang juara Piala FA, Kedah yang mengejutkan Pahang di Kuantan.

Ia sekaligus mengulangi aksi final 2017 yang menyaksikan JDT menewaskan skuad Helang Merah dengan 2-0.

Ujar Safawi lagi, dia enggan terlepas aksi final kali ini selepas dua tahun lalu tidak disenaraikan dalam skuad utama pasukan.

“Apatah lagi, saya belum pernah berpeluang untuk beraksi pada final terakhir kami dua tahun lalu, dan tahun ini saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kejuaraan menjadi milik kami sekali lagi,” kata penyerang Harimau Malaya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Oktober 2019 @ 6:34 PM


Sabtu, 26 Oktober 2019

KEPUTUSAN PENUH SELANGOR 0-3 JDT

m-25,46,52 Safawi Rasid


Jaga fokus beraksi di Shah Alam'


MyMetroArena
Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my

JOHOR BAHRU: Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias mengaku bakal berdepan cabaran lebih getir apabila menentang Selangor pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini.

Dia menuntut rakan sepasukan untuk lebih berhati-hati sepanjang 90 minit perlawanan dan mengelak daripada melakukan kesilapan mudah yang boleh menyulitkan impian Harimau Selatan untuk mara ke final.

Katanya, walaupun menang 2-1 ke atas Red Giants pada separuh akhir pertama di Stadium Larkin, Sabtu lalu, bekalan yang di bawa ke Shah Alam tampak tipis dan skuad kendalian B Sathianathan mampu bangkit jika diberi ruang.

“Tetap mencabar, lebih-lebih lagi kami akan beraksi di gelanggang mereka, namun peluang tetap ada dan kami perlu memperkemaskan lagi apa saja kelemahan ketika aksi separuh akhir pertama malah sepanjang latihan sebelum menentang Selangor, perancangan taktikal yang ampuh sudah dibuat.

“Pemain juga lebih bersedia untuk berdepan Selangor. Kita tahu mereka akan datang menyerang habis-habisan untuk memburu kemenangan dan saya harap rakan sepasukan dapat memberi sepenuh fokus. Tambahnya, kerjasama antara benteng pertahanan akan menguatkan lagi posisi itu dan persefahaman yang jitu sememangnya akan menjadi faktor kemenangan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Oktober 2019 @ 5:30 AM

Sabtu, 19 Oktober 2019

JDT bawa bekalan tipis ke Shah Alam

SUKAN»Bola
Sabtu, 19 Oktober 2019 | 11:14pm
Reaksi penyerang JDT, Syafiq Ahmad selepas meledak gol ketika menentang Selangor pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Larkin, Johor Bahru, sebentar tadi. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
JDT bawa bekalan tipis ke Shah Alam
Oleh Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) masih belum berada dalam keadaaan selesa untuk memburu pentas final selepas sekadar menang tipis 2-1 menewaskan Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Skuad Harimau Selatan akan membuat perhitungan pada aksi di Stadium Shah Alam, Sabtu depan dan ia dijangka sengit tatkala skuad The Red Giants memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.


Pemain Selangor, Mohamad Fandi Othman diasak oleh pemain JDT, Safawi Rasid di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, sebentar tadi. - Foto BERNAMA
Pada perlawnanan tadi, JDT yang turun tanpa kelibat penyerang import termahal, Diogo Luis Santo akibat kecederaan mempartaruhkan Syafiq Ahmad mengemudi jentera serangan membentuk kombinasi bersama Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera.

Tanpa kelibat Santo, barisan serangan tuan rumah tampak berbisa apabila mengundang cemas buat benteng skuad The Red Giants menerusi Syafiq yang bertindak solo merembat bola leret pada minit ke-11 namun hanya sipi dari gawang gol.

Usaha berterusan Syafiq membuahkan hasil pada minit ke-14 selepas menyudahkan bola umpanan Leandro Velazquez walaupun cuba diasak penjaga gol, Khairul Azhan Khalid untuk meletakkan tuan rumah mendahului 1-0.


Pemain pertahanan JDT, Mohd Azrif Nasrulhaq (kanan) mengekang pemain Selangor, Mohd Syazwan Zainon di Stadium Larkin, Johor Bahru, sebentar tadi. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Namun selang dua minit kemudian, anak didik B Sathiananthan bangkit menyamakan kedudukan apabila Ifedayo Omosuyi yang berada di dalam kotak penalti memperdaya Mauricio Nascimento sebelum merembat bola tepat ke penjuru kanan menewaskan Farizal Marlias.

Gawang pelawat terselamat pada minit ke-30 selepas bola rembatan deras Mohd Afiq Fazail di luar kotak penalti memaksa Khairul Azhan melayangkan badan untuk menepis bola bagi mengelak dibolosi.

Bersambung babak kedua, tuan rumah kembali mendahului 2-1 pada minit ke-49 apabila gerakan dimulakan Mohd Afiq Fazail yang menolak bola kepada Velazquez membolehkan pemain itu meledak rembatan kencang tepat ke penjuru kanan menewaskan Khairul Azhan.


Mohd Azrif Nasrulhaq (depan) mengasak penyerang import Selangor, Ifedayo Olusegun Patrick (tengah) di Stadium Larkin, Johor Bahru. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Nasib tidak menyebelahi skuad The Red Giants pada minit ke-70 selepas bola rembatan leret Omosuyi di luar kotak penalti sekadar singgah ke tiang kiri gol malah rembatan susulan Khyril Muhymeen Zambri turut singgah ke tiang sama dan kedudukan 2-1 memihak JDT kekal sehingga tamat perlawanan.

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 19 Oktober 2019 | 11:14pm

Selasa, 15 Oktober 2019

JDT bukan faktor Hazwan tak menyengat

MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
 
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menempelak segelintir pihak yang melihat kelab berkenaan menjadi punca utama pemainnya termasuk penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri tidak dapat meneruskan kerjaya di peringkat tertinggi selepas menyertai mereka.

Malah, JDT menerusi akaun Facebook Johor Southern Tiger (JST) turut melihat pandangan berkenaan tidak adil kepada kelab berpangkalan di selatan tanah air sekali gus berniat mahu mencemarkan imej pasukan.

Menerusi statistik di akaun Facebook itu mendapati Hazwan memiliki rekod 4,297 minit sepanjang tiga musim di JDT.

"2017: membabitkan 31 penampilan, tujuh jaringan gol, lima bantuan gol manakala 2018 pula 38 penampilan dengan empat jaringan dan enam bantuan gol. Pada tahun ini pemain itu melakukan lapan penampilan dan satu bantuan gol.

“Secara keseluruhan, Hazwan membuat penampilan dalam 78 perlawanan untuk JDT,” katanya, menerusi Facebook JST.

Selain itu, Hazwan turut memenangi tujuh trofi iaitu tiga kejuaraan Liga serta pernah menjulang sekali Piala Malaysia.

Pemain itu turut, memenangi dua Piala Sumbangsih dan dan satu Piala Cabaran baru-baru ini.

“Hazwan juga mendapat pendedahan berharga di pentas Asia kerana sudah beraksi dalam 12 perlawanan Piala AFC dan empat perlawanan peringkat kelayakan serta kumpulan di Liga Juara-Juara AFC.

“Akhir sekali, Hazwan mungkin juga seorang jutawan yang tidak perlu bimbang tentang gaji yang tidak dibayar seperti di beberapa kelab Malaysia lain kerana kebajikan pemain JDT diletakkan sebagai keutamaan.” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 2:59 PM