Khamis, 30 Januari 2020

Taring JDT makin tajam

SUKAN»Bola
Khamis, 30 Januari 2020 | 10:20am
 
AKSI perlawanan JDT dengan MSK Zilina di Stadium Seven, Dubai, semalam. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers
Taring JDT makin tajam
Oleh Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my

JOHOR BAHRU: Siri jelajah pramusim Johor Darul Ta'zim (JDT) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi impak positif buat juara Liga Super enam musim berturut-turut itu apabila mempamerkan aksi konsisten dalam tiga aksi persahabatan.

Terbaharu, skuad bimbingan Benjamin Mora melakar kemenangan kedua selepas menewaskan kelab dari Liga Slovakia, MSK Zilina 2-1 pada aksi persahabatan di Stadium Seven, Dubai, semalam.

Dua gol dijaringkan Gonzalo Cabrera pada minit kesembilan dan ke-19 manakala Vahan Bichakhchyan merapatkan jurang gol namun kedudukan 2-1 memihak skuad Harimau Selatan kekal sehingga tamat perlawanan.

Terdahulu, JDT melakar kejutan apabila menewaskan skuad kebangsaan Turkmenistan 2-1 dan sebelum itu menewaskan kelab Dibba Al-Fujairah 1-0.
ra Liga Super enam musim berturut-turut itu apabila mempamerkan aksi konsisten dalam tiga aksi persahabatan.

Terbaharu, skuad bimbingan Benjamin Mora melakar kemenangan kedua selepas menewaskan kelab dari Liga Slovakia, MSK Zilina 2-1 pada aksi persahabatan di Stadium Seven, Dubai, semalam.

Dua gol dijaringkan Gonzalo Cabrera pada minit kesembilan dan ke-19 manakala Vahan Bichakhchyan merapatkan jurang gol namun kedudukan 2-1 memihak skuad Harimau Selatan kekal sehingga tamat perlawanan.

Terdahulu, JDT melakar kejutan apabila menewaskan skuad kebangsaan Turkmenistan 2-1 dan sebelum itu menewaskan kelab Dibba Al-Fujairah 1-0.


AKSI perlawanan JDT dengan MSK Zilina di Stadium Seven, Dubai, semalam. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers
Kemenangan dalam tiga perlawanan itu bagai memberi gambaran betapa skuad Harimau Selatan tampak bersedia mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Liga Malaysia (Liga M) yang menyingkap tirai bulan depan.

Apa yang menarik, skuad Harimau Selatan tampak serba lengkap di setiap posisi tatkala kehadiran Liridon Krasniqi dan kelibat Natxo Insa yang pulih sepenuhnya daripada kecederaan musim lalu  menguatkan lagi barisan tengah.

Di posisi serangan, Diogo Luis Santo sudah mula membentuk keserasian berbanding musim lalu apabila mempamerkan aksi terbaik sepanjang tiga perlawanan persahabatan dan kelibat Safawi Rasid yang disenarai dalam laman sosial berkaitan bola sepak, tekkers antara `future wonderkid' pasti melonjak semangat pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.

JDT akan menamatkan siri jelajah pramusim menentang Emirates FC di Stadium Emirates Club, esok sebelum pulang ke Johor Bahru bagi menyambung persiapan untuk saingan ACL berdepan  Vissel Kobe dari Jepun pada 12 Februari ini di Stadium Misaki Park, Kobe.


AKSI perlawanan JDT dengan MSK Zilina di Stadium Seven, Dubai, semalam. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/01/651106/taring-jdt-makin-tajam

Isnin, 27 Januari 2020

JDT gagal saingi FC Riga

MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

AKSI sulung juara enam kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam siri jelajah pra musim di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berakhir dengan kekalahan kepada juara Liga Latvia, FC Riga.

Skuad Harimau Selatan tewas 0-2 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium The Seven semalam, sekali gus memberi gambaran tentang kelemahan yang perlu diatasi oleh pengendali pasukan, Benjamin Mora selepas ini.

Pada aksi itu, JDT membariskan kesebelasan terbaik yang diketuai ketua pasukan, Hariss Harun serta ayam tambatan dari Brazil, Diogo Luis Santo dan beberapa pemain tempatan seperti Safawi Rasid, Nazmi Faiz Mansor dan Farizal Marlias.

Walaupun beraksi baik, FC Riga yang pernah membuat kemunculan di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tampak berada pada kelas tersendiri apabila menguasai penuh perlawanan berkenaan.

Roman Debelko menjaringkan gol pada minit ke-35 dan Felipe Brisola melengkapkan kemenangan skuad bimbingan Mihails Koņevs itu dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-88.

JDT yang bakal beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) buat musim kedua berturut-turut, akan meneruskan aksi pra musim berdepan kelab UAE, Dibra Al Fujairah Khamis ini diikuti skuad kebangsaan Turkmenistan (26 Januari), kelab Slovakia, MSK Zilina (29 Januari) dan Emirates FC (30 Januari).

Untuk rekod, dalam kempen ACL kali ini JDT diundi dalam Kumpulan G dan akan bertemu Vissel Kobe dari Jepun pada 12 Fabruari ini di Stadium Misaki Park, Kobe.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 8:44 PM

JDT atasi skuad kebangsaan Turkmenistan

MyMetroArena
 
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

JUARA Liga Super 2019 Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengekalkan momentum kemenangan pada siri jelajah pramusim di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila berjaya menewaskan pasukan kebangsaan Turkmenistan 2-1.

Anak buah Benjamin Mora yang sebelum ini menewaskan kelab Dibba Al-Fujairah 1-0 memberi motivasi kepada pemain untuk merekodkan kemenangan pada perlawanan ketiga siri jelajah pramusim itu.

Pada aksi itu, skuad Harimau Selatan tampil dengan kesebelasan terbaik termasuk menurunkan ayam tambatannya, Diogo Santo dan Safawi Rasid.

Skuad Harimau Selatan terlebih dahulu berada di depan pada minit 39 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Safawi.

Turkmenistan yang berada di ranking 129 dunia menyamakan kedudukan menerusi Metdayev Akmammet pada minit 53.

Diogo yang berasal dari Brazil memastikan kemenangan berpihak kepada JDT apabila menyumbat gol kedua pasukan menerusi sepakan penalti selang lapan minit kemudian.

JDT yang bakal beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) buat musim kedua berturut-turut, akan meneruskan aksi pra musim berdepan kelab Slovakia, MSK Zilina (29 Januari) dan Emirates FC (30 Januari).

Untuk rekod, dalam kempen ACL, skuad Harimau Selatan diundi dalam Kumpulan G dan akan bertemu Vissel Kobe dari Jepun pada 12 Februari ini di Stadium Misaki Park, Kobe.

Kemudian gergasi kelab Liga Malaysia itu akan membuka tirai saingan domestik menentang Kedah bagi merebut Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, 28 Februari depan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 8:09 PM