Khamis, 5 Mac 2020

Safawi 'top player' : TMJ

MyMetroArena
 
TUNKU Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid antara pemain terbaik dan berbakat besar di negara ini.

Menurut Facebook JOHOR Southern Tigers, Tunku Ismail turut berkongsi pandangan mengenai pemuda kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Menurut Tunku Ismail lagi Safawi Rasid adalah seorang 'top player' yang menggambarkan tahap profesionalisme dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Safawi seorang pemain yang sangat berbakat serta mempunyai masa hadapan yang cerah dan beliau yakin pemain sayap skuad kebangsaan itu akan membuat keputusan-keputusan yang akan membantunya berjaya.

Seperti mana dengan setiap individu yang merupakan sebahagian daripada Keluarga JDT, Tunku Ismail akan sentiasa bersama Safawi dan kelab ini akan melakukan yang terbaik untuk memastikan hanya yang terbaik untuk kerjaya Safawi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 11:11 PM.[1]



[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/03/551531/safawi-top-player-tmj

Rabu, 4 Mac 2020

Jurulatih Suwon terkedu aksi JDT

MyMetroArena
 
Rizar Mohd Noor
rizar@mediaprima.com.my
PENGENDALI Suwon Bluewings, Lee Lim-saeng mengakui terkejut dengan corak permainan kemas Johor Darul Ta'zim selepas tewas 1-2 pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, semalam.

Jelasnya corak permainan yang ditampilkan anak didik Benjamin Mora berbeza ketika pasukan itu tewas 1-5 ke atas kelab dari Jepun, Vissel Kobe dan pemainnya juga terperangkap dengan helah permainan skuad Harimau Selatan.

“JDT begitu tersusun corak permainan mereka malah kami juga tidak beraksi dengan baik pada aksi babak pertama dan ketika kami ketinggalan 0-1, pemain saya cuba untuk beri tekanan namun benteng JDT begitu kemas bertahan.

“Kami bangkit dengan gol penyamaan sebaik babak kedua bermula dan memberi tekanan terhadap JDT menerusi gerakan serangan pantas namun JDT kembali menjaringkan gol hasil gerak susun ketika benteng saya agak leka.

“Apapun saya tidak mahu menyalahkan pemain selepas kita tewas dalam perlawanan itu. Ini pertama kali kami beraksi dalam keadaan cuaca panas yang menjejaskan rentak permainan kami dan pemain tampak keletihan," katanya.

Pada aksi itu Gonzalo Cabrera membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-13 tapi tempoh 10 minit babak kedua bermula, Suwon Bluewings bangkit menyamakan jaringan oleh Terry Antonis.

Namun kelibat pemain terbaik Piala Sumbangsih, Mauricio Nascimto muncul wira buat JDT selepas menanduk masuk pada minit ke-73 bagi memastikan kemenangan bergaya skuad Harimau Selatan.

Ditanya sama ada keputusan pengadli perlawanan Alireza Faghani tepat selepas menghadiahkan sepakan kepada JDT, Lim-saeng menegaskan beliau tidak nampak apa yang berlaku dan akan menganalisa rakaman video.

Saya tidak nampak apa yang berlaku. Perlu rujuk rakaman video dan apa juga keputusan pengadil perlawanan, kami perlu menghormatinya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2020 @ 8:14 PM.[1]



[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/03/551117/jurulatih-suwon-terkedu-aksi-jdt

Pemain muda JDT 'menakjubkan' - Mora [VIDEO]

MyMetroArena
Rizar Mohd
Noorsukan@hmetro.com.my
KEUPAYAAN barisan pemain muda Johor Darul Ta'zim (JDT) mengikat Gyeongnam FC 1-1 dalam aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi mendapat pujian jurulatih Benjamin Mora.

Mora menegaskan kelibat Afiq Fazail dan Nazmi Faiz Mansor yang di posisi tengah manakala Safawi Rasid selaku sayap kanan dan Adam Nor Azlin mengemudi benteng pertahanan mempamer aksi menakjubkan.

Katanya, walaupun menentang kelab ternama dari Republik Korea namun pemain muda JDT nyata tidak gugup sebaliknya begitu matang beraksi dengan corak permainan pantas dan sentiasa menutup ruang buat pemain skuad kendalian Kim Jong-po bergerak.

"Safawi sering mengundang cemas kepada benteng lawan dan saya tidak nafikan dia pemain muda yang dahagakan kejayaan. Apapun dia akan belajar dan terus belajar untuk lebih mantap kerana bagi saya dia adalah pemain muda terbaik di negara ini.

"Jika dia tidak melakukan percubaan untuk mencari gol, dia tidak akan belajar dan saya suka pemain seperti itu yang begitu bersemangat dan kami perlu beri sokongan kepadanya untuk meneruskan usaha menjadi pemain yang lebih baik.

"Malah saya gembira denga corak permainan Afiq (Fazail), Nazmi (Faiz Mansor) dan Adam (Nor Azlin) yang mengetepikan faktor usia muda dan bersaing dengan pemain lawan yang memiliki pengalaman bukan sahaja dalam saingan liga tempatan mereka malah pentas antarabangsa," katanya.

Mengulas pertukaran Farizal Marlias yang mengalami kecederaan ketika sesi memanas badan, Mora mengakui tidak panik dengan insiden menimpa penjaga gol Harimau Selatan sebaliknya yakin dengan pengganti Farizal iaitu Izham Tarmizi Roslan yang beraksi cemerlang pada aksi itu.

Beliau berkata, persiapan yang dilakukan untuk mengemudi gawang gol bukan tertumpu kepada Farizal sahaja malah ia membabitkan Izham yang beri persembahan terbaik walaupun tersenarai pada saat akhir.

"Saya berbincang dengan Lucho (Luciano Figueroa) dan kami mengambil keputusan untuk meletak Izham selaku penjaga gol utama pada perlawanan itu.

Ternyata dia memberi komitmen tinggi dan berjaya menidakkan beberapa percubaan berbahaya."Mungkin rezeki tidak memihak kami untuk menang dalam perlawanan itu selepas beberapa percubaan terkena tiang dan palang gol.

Namun saya berterima kasih kepada pemain yang tampil dengan corak permainan luar biasa dan satu mata cukup bernilai bagi kami," katanya.
 
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mac 2019 @ 3:49 PM[1]


[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2019/03/433212/pemain-muda-jdt-menakjubkan-mora-video