Ahad, 30 Ogos 2020

JDT lapan tahun, 600 gol

MyMetroArena

Pemain Johor Darul Takzim (JDT) meraikan jaringan Muhammad Ramadhan Saifullah Usman ketika menentang pasukan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Jumaat lalu. FOTO Bernama

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

KEMENANGAN 3-2 Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan pertama selepas rehat empat bulan kerana pandemik Covid-19 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Jumaat lalu bukan saja mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super namun turut mencipta sejarah apabila berjaya mencetak gol ke 600 sejak awal 2013.


Menerusi perkongsian Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa penyerang import JDT, Leandro Velazquez berjaya mencipta nama sebagai penjaring gol ke 600 pasukan dalam semua pertandingan yang disertai skuad Harimau Selatan.


Malah, JDT juga turut menjaringkan gol ke 601 dan 602 dalam perlawanan yang berkesudahan pasukan pelawat mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Pahang.


Mengikut rekod juara Piala Malaysia musim lalu itu sudah menjaringkan 317 gol dalam Liga Super, 50 berjaya dicetak menerusi Piala FA manakala 140 gol pula menerusi Piala Malaysia.


Di peringkat antarabangsa pula, 83 gol ketika JDT membuat penampilan di kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) manakala 12 gol pula ketika beraksi di Liga Juara-Juara AFC.


sumber-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2020 @ 6:40 PM

Sabtu, 29 Ogos 2020

JDT kekal teraju Liga Super

MyMetroArena

Pemain JDT, Leandro Velazquez (kanan) mengambil sepakan percuma ketika menentang Pahang pada Liga Super malam ini. FOTO Bernama

Asrol Awang

sukan@hmetro.com.my

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super selepas menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.


Tiga gol pada separuh masa pertama sudah cukup untuk memastikan kemenangan buat skuad Harimau Selatan. Pada perlawanan itu, pelawat tidak menunggu lama untuk membolosi gawang tuan rumah menerusi Leandro Velazquez hasil sepakan percuma yang menewaskan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee Ramli seawal minit keempat.


Minit ke-14, pintu gol tuan rumah dibolosi kali kedua yang dijaringkan oleh penyerang, Muhammad Ramadhan Saifullah Usman.


Pemain tengah Harimau Selatan, Gonzola Gabriel menambah duka Tok Gajah apabila mudah menyempurnakan penalti selepas Muhammad Ramadhan dijatuhkan oleh Herold Goulon pada minit ke-34.


Tersentak tiga gol itu, tuan rumah mula mengatur strategi dan serangan yang menghasilkan gol menerusi Mohd Faisal Abdul Halim meletakkan kedudukan 1-3 pada minit ke-39.


Sebelum berakhir separuh masa pertama, tandukan Goulon berjaya menewaskan penjaga gol JDT, Mohd Farizal Marlias untuk merapatkan jurang 2-3.


Bersambung babak kedua, Pahang yang ketinggalan 2-3 berusaha mendapatkan gol penyamaan tetapi pertahanan kental lawan menggagalkan usaha itu.


Misi skuad Tok Gajah untuk sekurang-kurangnya mengikat Harimau Selatan gagal apabila akur tewas 2-3 di halaman sendiri.


SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 11:31 PM


Jumaat, 28 Ogos 2020

Harimau baham Tok Gajah

 

Oleh ASZAHARI ALI

28 Ogos 2020, 11:18 pm

Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

KUANTAN: Johor Darul Ta’zim (JDT) memusnahkan hasrat Pahang untuk sekurang-kurangnya berkongsi satu mata apabila menewaskan Tok Gajah 2-3 di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.


Sememangnya Harimau Selatan hadir ke Stadium Darul Makmur dengan misi tiga mata penuh apabila seawal minit kelima telah memperoleh gol pertama menerusi jaringan Leandro Velezquez.


Berselang 10 minit selepas itu, Tok Gajah terus dihukum dengan gol kedua oleh Mohd. Ramadhan Saifullah Usman yang berjaya mengelicik beberapa pertahanan tuan rumah sebelum melepaskan sepakan terus ke dalam jaring Pahang.


Minit ke-34, JDT memperolehi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Leandro selepas Herold Goulan menjatuhkan Mohd. Ramadhan ketika pergelutan di kawasan kotak penalti Pahang.


Disangka JDT akan terus berpesta gol, namun pemain Pahang khususnya barisan pertahanannya menafikan serangan berterusan pemain JDT.


Akhirnya, pada minit ke-40, Tok Gajah memperoleh gol pertama hasil kesilapan Mohd. Farizal Marlias yang membolehkan Faizal Halim merampas bola dari kaki penjaga gol JDT itu.


Pada minit ke-45, Goulan berjaya merapatkan kedudukan menjadi 2-3 apabila menanduk cantik bola hasil sepakan sudut.


Pada separuh masa kedua, perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan tetapi tiada gol dihasilkan.SUMBER-SUKAN UM ONLINE