Rabu, 25 Mei 2016

TEKINI MASA KEDUA JOHOR DT 7-2 KAYA FC

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Johor  DT     7-2  Kaya FC  
m-16,m-54,69 Lucero    m-52
m-23 Diaz
m-33,m40 Azamuddin Akil
m-68 Mahali Jasuli
PEMAIN JOHOR DT
24 IZHAM TARMIZI
02 AZAMUDDIN AKIL
05 AMIRUL HADI ZAINAL
06 MARCOS ANTONIO
07 AIDIL ZAFUAN
11 PEREYRA DIAZ
12 S.KUNALAN
14 HARRIS HARUN
15 FAZLY MAZLAN
17 AMRI YAHYAH
19 MARTIN LUCERO
PEMAIN GANTIAN
18 MAHALI JASULI
23 S.CHANTURU

10 SAFEE SALI

TEKINI MASA KEDUA JOHOR DT 7-1 KAYA FC


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Johor  DT     7-1  Kaya FC  
m-16,m-54,69 Lucero    m-52
m-23 Diaz
m-33,m40 Azamuddin Akil
m-68 Mahali Jasuli

TEKINI MASA KEDUA JOHOR DT 5-1 KAYA FC


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Johor  DT     5-1  Kaya FC  
m-16,m-54 Lucero    m-52
m-23 Diaz

m-33,m40 Azamuddin Akil

Piala AFC: JDT 4 Kaya FC 0 (Separuh masa pertama)

RABU, 25 MEI 2016 @ 9:47 PM

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Piala AFC, Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah selangkah mara ke suku akhir apabila mendahului Kaya FC dari Filipina 4-0 sebaik berakhir separuh masa pertama saingan 16 pasukan terbaik Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi.

Juan Lucero menjaringkan gol pertama JDT pada minit ke-14 menerusi sepakan percuma selepas berlaku kekasaran betul-betul di luar kotak penalti pasukan lawan. Jorge Pereyra Diaz kemudiannya menambah satu gol hasil sepakan penalti selepas dia dijatuhkan pada minit ke-23.

Tidak cukup dengan itu, JDT menggandakan asakan dan hasil serangan balas pantas menerusi Diaz, Azamuddin Mohd Akil menguis bola ke gawang Kaya FC untuk gol ketiga pada minit ke-32. Selang lapan minit selepas itu, Azamuddin sekali lagi mencatat nama selaku penjaring menerusi sepakan lencong menarik yang terus menerjah gawang pelawat.


Sumber: http://www.bharian.com.my/node/157481

KEPUTUSAN MASA PERTAMA JOHOR DT 2-0 KAYA FC

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Johor  DT     4-0  Kaya FC  
m-16 Lucero
m-23 Diaz

m-33,m40 Azamuddin Akil

TERKINI JOHOR DT 2-0 KAYA FC


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Johor  DT     2-0  Kaya FC  
m-16 Lucero

m-23 Diaz

Tak pasti beraksi

Rizar Mohd Noor -rizar@hmetro.com.my
Johor Bahru: Belum ada kepastian sama ada Johor Darul Ta’zim (Johor DT) akan mempertaruhkan kelibat Safiq Rahim (gambar) apabila menentang Kaya FC pada aksi 16 pasukan terbaik saingan Piala AFC di Stadium Larkin, malam ini.

Ketua jurulatih skuad Harimau Selatan Mario Gomez menegaskan kecederaan dialami kapten Johor DT itu masih belum pulih sepenuhnya namun pemain tengah berkenaan sudah mula menjalani latihan ringan.

Katanya, jika Safiq tidak dapat diturunkan kemungkinan tempatnya diambil alih Amirulhadi Zainal yang bakal bergandingan dengan Hariss Harun.

“Kedudukan Safiq mungkin 50-50 atau 60-40 dan saya hanya boleh putuskan menjelang perlawanan malam esok (malam ini). Kemungkinan juga dia berada di bangku simpanan dan semuanya bergantung kepada tahap kecergasannya.

“Aksi menentang Kaya hanya satu perlawanan dan ia juga kalah mati. Jadi kami tidak boleh lepaskan peluang terbaik beraksi di laman sendiri untuk melangkah ke suku akhir.

“Kemenangan besar 6-0 menewaskan Pahang pada saingan Liga Super, baru-baru ini juga melonjakkan moral pemain.

“Saya juga percaya mereka mahu meneruskan momentum kemenangan itu dengan persembahan terbaik,” katanya.

Apapun, Gomez tetap menghormati kelab Filipina yang pertama kali beraksi di pentas Piala AFC dan keupayaan layak ke pusingan kalah mati itu membuktikan skuad kendalian Joel Villarino dibarisi pemain terbaik.

Justeru beliau tidak mahu kesebelasan Johor DT memandang rendah pasukan lawan, sebaliknya sentiasa memberi sepenuh perhatian dan fokus terhadap perlawanan itu.

“Pasukan lawan turut dibarisi pemain muda yang sering beraksi dengan corak permainan pantas.

“Malah saya anggap kapten Alexander Borromeo, Kenshiro Daniels dan pemain import dari Ghana, Robert Lopez Mendy boleh memberi ancaman,” katanya.
 
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 9:08 AM


Jangan leka – Gomez

MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI   25 Mei 2016 12:03 AM
Mario GOMEZ memberi amaran kepada pasukannya agar melupakan kemenangan
MARIO GOMEZ memberi amaran kepada pasukannya agar melupakan kemenangan besar ke atas Pahang dan fokus terhadap pertemuan dengan Kaya FC malam ini.
JOHOR BAHRU 24 Mei - Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) diingatkan agar melupakan kemenangan besar 6-0 ke atas Pahang dalam perlawanan Liga Super Sabtu lalu dan fokus kepada menentang Kaya FC esok dalam kempen Piala AFC.
Penyandang juara Piala AFC, JDT akan menghadapi kelab Fili­pina itu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos esok dengan semangat tinggi selepas memulakan separuh kedua Liga Super dengan kemenangan besar ke atas Tok Gajah, sekali gus membantu Harimau Selatan merampas kedudukan pendahulu daripada Felda United dengan kelebihan dua mata. JDT kini mengumpul 30 mata.
Ketua jurulatih JDT, Mario Go­mez berkata kemenangan besar di Kuantan itu sememangnya suatu perkara positif untuk kekuatan mental anak buahnya namun me­reka tidak perlu terus dibuai de­ngan kejayaan itu.
Jelasnya, perlawanan bakal dihadapi Harimau Selatan menentang Kaya FC esok adalah pertandingan berbeza kerana kelab dari Filipina itu merupakan pasukan baharu yang belum pernah mereka hadapi sebelum ini.
“Pastinya setiap pemain masih segar dengan kemenangan 6-0 menentang Pahang tetapi ini (perlawanan menentang Kaya FC) merupakan satu cabaran baharu.
“Kami akan beri aksi terbaik kerana kami sudah memasuki peringkat kalah mati dan pastinya setiap perlawanan adalah sukar,” katanya dalam sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Gomez berkata, pemain terbaik Piala AFC musim lalu, Safiq Rahim berkemungkinan tidak akan bermain dalam perlawanan esok kerana kecederaan lutut yang dialaminya masih belum pulih.
“Safiq kini dalam proses pemulihan kecederaan yang dialami, tetapi untuk waktu ini saya tidak dapat mengesahkan sama ada dia akan diturunkan atau tidak,” ujarnya.
Sementara itu, pemain yang disebut-sebut akan menjadi kap­ten pasukan JDT iaitu Aidil Zafuan Abd. Radzak berkata dia dan rakan-rakannya berjanji untuk lebih fokus terhadap kualiti permainan JDT sendiri berbanding menilai pasukan lawan.
“Pada saya, pasukan lawan adalah aspek kedua dalam sesebuah perlawanan. Saya lebih suka untuk fokus prestasi pasukan sendiri menjelang perlawanan,” katanya yang mengharapkan sokongan penuh penyokong Harimau Selatan.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jangan-leka-8211-gomez-1.334189#sthash.cTVCjPyK.dpuf

Sabtu, 21 Mei 2016

TERKINI MASA KEDUA P12 LIGA SUPER 21.5.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
KELANTAN  1-4 SELANGOR
PDRM  1-0 KEDAH
FELDA  1-1 PULAU PINANG
TERENGGANU  1-0 T-TEAM
PAHANG  0-5 JOHOR DT
                      m-6 Lucero
PERAK  0-1 SARAWAK


KEPUTUSAN MASA PERTAMA P12 LIGA SUPER 21.5.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
KELANTAN  1-3 SELANGOR
PDRM  1-0 KEDAH
FELDA  1-1 PULAU PINANG
TERENGGANU  1-0 T-TEAM
PAHANG  0-3 JOHOR DT
                      m-6 Lucero

PERAK  0-1 SARAWAK

TERKINI MASA PERTAMA P12 LIGA SUPER 21.5.2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
KELANTAN  1-2 SELANGOR
PDRM  0-0 KEDAH
FELDA  1-0 PULAU PINANG
TERENGGANU  1-0 T-TEAM
PAHANG  0-3 JOHOR DT
                      m-6 Lucero

PERAK  0-1 SARAWAK

TERKINI MASA PERTAMA P12 LIGA SUPER 21.5.2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
KELANTAN  0-0 SELANGOR
PDRM  0-0 KEDAH
FELDA  0-0 PULAU PINANG
TERENGGANU  0-0 T-TEAM
PAHANG  0-1 JOHOR DT
                      m-6 Lucero

PERAK  0-0 SARAWAK

JADUAL PERLAWANAN P12 LIGA SUPER 21.5.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
KELANTAN  LAWAN SELANGOR
PDRM  LAWAN KEDAH
FELDA  LAWAN PULAU PINANG
TERENGGANU  LAWAN T-TEAM
PAHANG  LAWAN JOHOR DT

PERAK LAWAN SARAWAK

Sabtu, 14 Mei 2016

KEPUTUSAN MASA PERTAMA JOHOR DT 2-1 PKNS


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor         2-1  PKNS
m-16 Safiq Rahim m-6 Gabriel Guerra
m-36 Diaz
BARISAN PEMAIN JOHOR DT
24 IZHAM TARMIZI
12 S.KUNALAN
07 AIDIL ZAFUAN
06 MARCOS ANTONIO
21JASAZRIN JAMALUDDIN
26 AZNIE TAIB
08 SAFIQ RAHIM
02 AZAMUDDIN AKIL
11 JORGE PAREYRA DIAZ
19 JUAN MARTIN LUCERO
BARISAN  PKNS
01 G.JEEVANATHAN
24 NIZAM ABU BAKAR
15 P.GUNALAN
18 M.SIVAKUMAR
05 SHAHRUL AZHAR TURE
08 KHAIRU AZRIN
20 GABRIEL GUERRA
11 NAZRIN SYAMSUL BAHRI
14 JUAN MANUEL COBELLI
30 MATIAS JADUE
PEMAIN GANTIAN
    


TERKINI JOHOR DT 1-1 PKNS

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor         1-1  PKNS
m-16 Safiq Rahim m-6 Gabriel Guerra
BARISAN PEMAIN JOHOR DT
24 IZHAM TARMIZI
12 S.KUNALAN
07 AIDIL ZAFUAN
06 MARCOS ANTONIO
21JASAZRIN JAMALUDDIN
26 AZNIE TAIB
08 SAFIQ RAHIM
02 AZAMUDDIN AKIL
11 JORGE PAREYRA DIAZ
19 JUAN MARTIN LUCERO
BARISAN  PKNS
01 G.JEEVANATHAN
24 NIZAM ABU BAKAR
15 P.GUNALAN
18 M.SIVAKUMAR
05 SHAHRUL AZHAR TURE
08 KHAIRU AZRIN
20 GABRIEL GUERRA
11 NAZRIN SYAMSUL BAHRI
14 JUAN MANUEL COBELLI
30 MATIAS JADUE


JOHOR DT 0-1 PKNS

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor         0-1  PKNS
m-6 Gabriel Guerra
BARISAN PEMAIN JOHOR DT
24 IZHAM TARMIZI
12 S.KUNALAN
07 AIDIL ZAFUAN
06 MARCOS ANTONIO
21JASAZRIN JAMALUDDIN
26 AZNIE TAIB
08 SAFIQ RAHIM
02 AZAMUDDIN AKIL
11 JORGE PAREYRA DIAZ
19 JUAN MARTIN LUCERO
BARISAN  PKNS
01 G.JEEVANATHAN
24 NIZAM ABU BAKAR
15 P.GUNALAN
18 M.SIVAKUMAR
05 SHAHRUL AZHAR TURE
08 KHAIRU AZRIN
20 GABRIEL GUERRA
11 NAZRIN SYAMSUL BAHRI
14 JUAN MANUEL COBELLI

30 MATIAS JADUE

Jangan pandang rendah cabaran PKNS FC

13 MEI 2016
Safiq Rahim
 Safiq RahimReaksi Safiq selepas menjaringkan gol pertama hasil sepakan penalti. - Foto oleh KAMARUL AKHIR / www.asia na.my
KAPTEN Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim mengingatkan rakan sepasukan untuk tidak memandang rendah kemampuan PKNS FC apabila membuat perhitungan di pentas final Piala FA di Stadium Shah Alam, malam esok.

Menurut Safiq, kemampuan PKNS FC yang dibimbing E Elavarasan terbukti dengan kejutan yang dilakukan ke atas beberapa pasukan Liga Super seperti Terengganu FA, Felda United dan Perak sebelum mara ke final.

"Bagi saya, semua pemain PKNS FC berbahaya kerana mereka berjaya menewaskan beberapa pasukan Liga Super sama ada di laman sendiri atau tempat lawan.

"Gandingan pemain tempatan dan import yang ada dalam pasukan PKNS FC adalah terbaik," katanya pada sidang media pra-perlawanan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Safiq menjelaskan kejayaan mara ke final Piala FA boleh dianggap satu pencapaian membanggakan walaupun sedar peminat JDT sentiasa mengharapkan kejayaan dalam setiap perlawanan.

"Setiap perlawanan yang kami lalui memang ada tekanan tersendiri, namun yang penting, pemain ada karakter masing-masing seperti yang sering diperkatakan ketua jurulatih (Mario Gomez).

"Kalau kita (pemain) ada karakter tersendiri, saya yakin kami mampu atasi tekanan tersebut," jelas Safiq yang enggan meletakkan sasaran peribadi pada aksi final itu nanti.

Dalam pada itu, kapten PKNS FC, Shahrul Azhar Ture mengakui mereka begitu bersemangat untuk mencipta kejutan ke atas skuad Harimau Selatan selepas menewaskan beberapa pasukan Liga Super, sebelum ini.

"Saya berharap rakan sepasukan akan memberikan persembahan terbaik seperti yang dipamerkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Ia juga selaras dengan slogan pasukan 'Never Give Up, Never Surrender' yang diterap pemain dalam setiap perlawanan yang dihadapi," katanya.

Sebagai rekod, JDT sekadar muncul naib juara Piala FA pada 2013 setelah kalah 0-1 kepada Kelantan di final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pasukan dari selatan tanah air itu pernah menjuarai Piala FA pada 1998 yang ketika itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II). - Bernama

SUMBER-SINAR HARIAN 13.3.2016

Piala AFC: JDT kekal rekod cemerlang

MOHAMAD FAIZAL HASHIM   12 Mei 2016 12:36 AM
Safiq Rahim (kanan) meraikan jaringannya dalam perlawanan Piala
Safiq Rahim (kanan) meraikan jaringannya dalam perlawanan Piala AFC menentang Bengaluru di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. utusan/MOHD. HAZROL ZAINAL
JOHOR BAHRU 11 Mei – Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat suntikan semangat menjelang perlawanan akhir Piala FA apabila mengekalkan rekod bersih mereka dalam kejohanan Piala AFC setelah menumbangkan Bengaluru FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.
Kemenangan itu menyaksikan JDT menamatkan persaingan peringkat kumpulan H dengan mata maksimum dan akan menghadapi PKNS FC dalam final Piala FA Sabtu ini di Shah Alam dengan keyakinan tinggi.
Harimau Selatan mengumpul 18 mata daripada enam perlawanan untuk mara ke pusingan kedua Piala AFC sebagai juara kumpulan manakala kelab dari India itu turut layak sebagai naib juara.
Pemain tengah Safiq Rahim sekali lagi menjadi pemusnah pasukan lawan apabila menjaringkan satu gol dan merancang gol kedua yang disempurnakan oleh Safee Sali.
Turun tanpa kelibat beberapa pemain utama, pasukan tuan rumah tampak kurang menyengat pada babak pertama dan tidak memberi tekanan kepada kubu pasukan dari India itu.
Percubaan tepat ke arah gol bagi pasukan JDT hadir pada minit ke-17 menerusi Amri Yahyah yang mudah melepasi kawalan pemain pertahanan namun gagal menewaskan penjaga gol lawan.
Harimau Selatan kemudiannya mempunyai beberapa peluang untuk menghasilkan gol pembukaan namun percubaan yang dilakukan Amri dan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi gagal menerjah jaring pelawat.
Percaturan ketua jurulatih Mario Gomez yang membawa masuk Safiq dan S. Chanturu pada babak kedua berjaya mengubah rentak permainan dan tidak lama kemudian tuan rumah merobek benteng kebal pasukan Bengaluru.
Safiq menghadiahkan gol pembukaan Harimau Selatan pada minit ke-69 apabila rembatannya dari luar kawasan gol terkena pertahanan lawan, John Johnson menyebabkan penjaga gol Bengaluru tersalah langkah.
Pada minit ke-77, JDT menggandakan jaringan apabila Safee meledak gol kedua pasukan setelah menerima lorongan cantik yang dilakukan Safiq.
Ketika permainan hampir tamat, Harimau Selatan memperoleh gol sagu hati menerusi sepakan penalti Mohd. Shakir Shaari setelah Chanturu dikasari pemain pertahanan lawan.
JDT akan bertemu dengan naib juara kumpulan F, Kaya FC dari Filipina dalam pusingan kedua pada 25 Mei ini.

Safiq mahu tebus kekecewaan 2013

13 Mei 2016 12:25 AM
Safiq Rahim
Safiq Rahim
JOHOR BAHRU 12 Mei – Selepas gagal dalam percubaan pertama untuk merangkul kejuaraan Piala FA pada 2013, kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim bertekad untuk memastikan Harimau Selatan tidak kecewa lagi.
Katanya, hanya kemenangan ke atas PKNS FC di Stadium Shah Alam Sabtu ini mampu mema­damkan peristiwa hitam itu daripada ingatan pemain dan seluruh penyokong Harimau Selatan.
Dua tahun lalu, JDT dikecewakan oleh Kelantan dengan kekalahan tipis 0-1.
Safiq berkata, sejak itu banyak perubahan berlaku dalam JDT yang kini tampil dengan permainan lebih matang sehingga mencipta pelbagai kejayaan, termasuk menjuarai Piala AFC 2015.
JDT, yang kini diperkuatkan penyerang import berbisa, Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero semakin dahagakan kemenangan dan menjadi pasukan digeruni lawan.
"Kejayaan demi kejayaan yang dilakar sebelum ini menjadi pembakar semangat kepada kami untuk beraksi cemerlang dalam perlawanan Sabtu ini, sekali gus membawa pulang Piala FA.
"Berdasarkan prestasi semasa pasukan, saya yakin kami boleh membawa pulang Piala FA tahun ini. Strategi ampuh ketua jurulatih Mario Gomez mampu membantu kami mencapai misi itu," katanya di sini hari ini.
Namun begitu, Safiq meng­ingatkan rakan-rakan sepasukan agar tidak terlalu yakin ketika berdepan skuad The Red Ants.
"Dalam perlawanan gen­ting seperti ini, kami tidak boleh melakukan kesilapan. Jika semua pemain memberi tumpuan penuh terhadap permainan, tidak mustahil kemenangan berpihak kepada kami," katanya.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safiq-mahu-tebus-kekecewaan-2013-1.325294#sthash.TmqL73hB.dpuf

Hati-hati dengan PKNS – Safiq

FADHILUL IZMEL ISHAK   14 Mei 2016 12:27 AM
 Safiq RAHIM (dua dari kiri) dan Shahrul Azhar Ture bersama-sama
SAFIQ RAHIM (dua dari kiri) dan Shahrul Azhar Ture bersama-sama memegang Piala FA sambil diperhatikan oleh jurulatih JDT, Mario Gomez (kiri) dan jurulatih PKNS, E. Elavarasan dalam sidang akhbar perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam semalam. UTUSAN/Nasirruddin Yazid
SHAH ALAM 13 Mei - Rekod pencapaian dan jumlah trofi belum cukup untuk memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menambah kejayaan mereka jika gagal fokus terhadap permainan apabila bertemu PKNS FC dalam perlawanan akhir Piala FA esok.
Kapten JDT, Mohd. Safiq Rahim berkata apatah lagi PKNS telah berkali-kali membuktikan dalam pertandingan ini bahawa mereka merupakan pasukan yang kuat selepas mencipta kejutan dalam laluan mereka ke perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.
“Bagi saya semua pemain lawan berbahaya sebab mereka mampu membuat kejutan. Itu sudah pun terbukti apabila mereka berjaya menewaskan pasukan dari Liga Super tidak kira sama ada di tempat lawan atau di laman sendiri. Apa yang penting mereka konsisten.
“Pemain tempatan cemerlang, dibantu import yang bagus, jadi bagi saya semua bahagian PKNS berbahaya. Memang orang menjangkakan kami akan memenangi perlawanan ini tetapi kalau kami meletakkan diri dalam keadaan tertekan maka akan menjejaskan mutu permainan pasukan. Seperti jurulatih cakap, apa yang penting adalah karekter pemain dan meng­atasi tekanan,” katanya.
Sementara itu, kapten PKNS, Shahrul Azhar Ture berkata ini merupakan peluang terbaik pasukannya untuk mencipta sejarah mereka sendiri dengan muncul sebagai kelab pertama memenangi Piala FA.
“Moral pasukan berada dalam keadaan baik. Motivasi pemain untuk menghadapi final ini juga bagus. Ini semua adalah kerana kami mahu melakar sejarah untuk pasukan. Kami cuba mencipta kejutan dan harap kali ini dapat melakukannya,” katanya.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hati-hati-dengan-pkns-8211-safiq-1.325635#sthash.21IjYK68.dpuf


PREVIEW FINAL PIALA FA 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JOHOR DT MELAWAN PKNS
SABTU 14.5,2016
STADIUM SHAH ALAM
JAM 9.00
SIARAN LANGSUNG TV3
BARISAN KEMUNGKINAN JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
12 S.KUNALAN
07 AIDIL ZAFUAN
06 MARCOS ANTONIO
18 MAHALI JASULI
20 MOHD NAZRIN
08 SAFIQ RAHIM
02 AZAMUDDIN AKIL
11 JORGE PAREYRA DIAZ
19 JUAN MARTIN LUCERO
BARISAN KEMUNGKINAN PKNS
01 G.JEEVANATHAN
24 NIZAM ABU BAKAR
15 P.GUNALAN
03 MOHD FARID RAMLI
05 SHAHRUL AZHAR TURE
08KHAIRU AZRIN
20 GABRIEL GUERRA
11 NAZRIN SYAMSUL BAHRI
14 JUAN MANUEL COBELLI
30 MATIAS JADUE
SUMBER-KOSMO 14.5.2016, 

FINAL PIALA FA 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JOHOR DT MELAWAN PKNS
SABTU 14.5,2016
STADIUM SHAH ALAM
JAM 9.00

SIARAN LANGSUNG TV3

Jumaat, 13 Mei 2016

Misi tebus kecewa 2013

Aziman Rosdi -aziman@hmetro.com.my
Johor Bahru: Kapten Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Safiq Rahim berharap dapat menebus kekecewaan tiga tahun lalu dengan merangkul Piala FA di Stadium Shah Alam esok.

Pemain perancang tengah itu turut beraksi ketika skuad Harimau Selatan tumpas di tangan Kelantan 0-1 di pentas final 2013.

Kini skuad kendalian Mario Gomez sekali lagi tampil di final buat kali kedua namun halangan terakhir kali ini adalah PKNS.

“Saya harap kami dapat tebus kekalahan sebelum ini dan Piala AFC (2015) yang kita menangi sebelum ini akan menjadi pemangkin semangat untuk beraksi lebih baik,” kata Safiq ketika ditemui pada sesi latihan terakhir sebelum berangkat ke Shah Alam semalam.

Di pentas antarabangsa, pemain berusia 28 tahun sudah menempa nama dengan menjuarai Piala AFF 2010 bersama skuad kebangsaan serta Piala AFC tahun lalu.

Bagaimanapun selain Liga Super dan Piala Malaysia, trofi Piala FA antara kejuaraan domestik yang belum dimenangi pasukan dari selatan tanah air.

Melihat kepada status pasukan kali ini, ramai yang berpendapat Johor DT memiliki peluang lebih baik berbanding lawan dari kelab Liga Perdana namun Safiq tidak mahu mereka terlalu yakin.

“Kami bukan terlampau yakin, cuma percaya dengan barisan pemain yang ada. Kami tak boleh memandang rendah PKNS, kalau tak bagus mereka tak akan sampai ke final.

“Memang harapan kami untuk bawa balik piala dan saya harap boleh galas tugas dengan baik,” katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 9:40 AM
 

SAFIQ (kiri) melayan peminat Johor DT sebelum menaiki bas ke Shah Alam semalam.

JDT, PKNS FC janji pertarungan terbaik

Oleh Aziman Rosdi & Firdaus
Shah Alam : Finalis Piala FA musim 2016, pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) dan PKNS FC berjanji akan membariskan skuad terbaik pada malam kemuncak final Piala itu yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, malam esok.

Menurut pengendali Johor DT, Mario Gomez, kehadiran juara Piala AFC itu di pentas final amat dinanti-nantikan seluruh penyokong Harimau Selatan selepas kali terakhir mereka melangkah ke final pada 2013 namun tewas kepada Kelantan dengan 1-0.

"Semua pemain dalam prestasi terbaik dan mereka bersedia untuk diturunkan pada aksi itu esok.

"Kami akan memperagakan permainan menghiburkan sekali gus menjuarai gelaran," katanya pada sidang media pra-perlawanan di Hotel Concorde, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, pengendali Red Ants E Elavarasan berkata, skuad kendaliannya sudah bersedia menghadapi ancaman pasukan lawan yang diakui mempunyai pemain-pemain berkualiti.

"Siapa tidak kenal Johor DT, mereka sebuah pasukan hebat di liga kita.

"Namun pemain-pemain saya bersedia untuk melakukan kejutan seperti mana yang kami lakukan dalam laluan ke final dengan menewaskan beberapa pasukan di Liga Super," katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 4:04 PM
 

Gomez (dua kiri) bersama Elavarasan (dua kanan) bersama kapten JDT Safiq Rahim (kiri) dan kapten PKNS FC, Shahrul Azhar Ture (kanan) pada sidang media rasmi. FOTO STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

Rabu, 11 Mei 2016

JDT 0-0 BENGALURU FC

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor  JDT 0-0  Bengaluru FC
PEMAIN JDT
Farizal Marlias, Safee Sali, Gary Steven Robbat, Fazly Mazlan, Shakir Shaari, Amri Yahyah (C), Mahali Jasuli, Nazrin Nawi, Junior Eldstàl, Amer Saidin, Fadhli Shas
PEMAIN SIMPANAN
Izham Tarmizi, Asraruddin Putra Omar, Amirul Hadi Zainal, Safiq Rahim, S. Chanturu, Azinee Taib, Akram Mahinan
PEMAIN BENGALURU FC

Amrinder Singh, Curtis Osano, John Johnson, Kim Song-Yong, Michael Collins, Sunil Chhetri (C), Thoi Singh, Rino Anto, Eugeneson Lyngdoh, Udanta Singh, Lalchhuan Mawia

JDT MELAWAN BENGALURU FC


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PEMAIN JDT
Farizal Marlias, Safee Sali, Gary Steven Robbat, Fazly Mazlan, Shakir Shaari, Amri Yahyah (C), Mahali Jasuli, Nazrin Nawi, Junior Eldstàl, Amer Saidin, Fadhli Shas
PEMAIN SIMPANAN
Izham Tarmizi, Asraruddin Putra Omar, Amirul Hadi Zainal, Safiq Rahim, S. Chanturu, Azinee Taib, Akram Mahinan
PEMAIN BENGALURU FC
Amrinder Singh, Curtis Osano, John Johnson, Kim Song-Yong, Michael Collins, Sunil Chhetri (C), Thoi Singh, Rino Anto, Eugeneson Lyngdoh, Udanta Singh, Lalchhuan Mawia

SUMBER- https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/

Perubahan taktikal Johor DT

Oleh WAN NOR ZURAIHAH WAN ALI
 
GOMEZ (dua dari kanan) berjabat tangan dengan pembantu jurulatih Bengaluru, Matthew Holland menjelang aksi terakhir Kumpulan H saingan Piala AFC di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.

JURULATIH Johor Darul Takzim (Johor DT), Mario Gomez akan menurunkan pasukan simpanan pada aksi menentang Bengaluru FC dalam saingan terakhir Kumpulan H, Piala Konfe­derasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Langkah tersebut dilihat sebagai strategi pengendali dari Argentina itu yang mahu merehatkan kesebelasan utama yang bakal berdepan cabaran final Superbest Power Piala FA menentang PKNS di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Bagaimanapun, Gomez tetap mahukan anak-anak buahnya mengekalkan prestasi cemerlang dengan menyapu bersih tiga lagi mata berharga malam ini, sekali gus mara dengan rekod tanpa kalah dalam kempen Piala AFC 2016 setakat ini.

“Pada perlawanan ini, saya akan me­lakukan sedikit perubahan terhadap percaturan pasukan dengan merehatkan beberapa pemain utama.

“Saya akan menurunkan pemain sama yang membantu Johor DT menewaskan Ayeyawady 2-1 di Yangon, Myanmar sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.

Tambahnya, biarpun mereka yang bakal diturunkan bukan pemain utama, namun kesemuanya mempunyai kualiti tersendiri dan beliau optimis dapat melihat aksi yang cemerlang ketika menentang kelab dari India itu.

“Biarpun kami sudah la­yak ke pusingan seterusnya sebagai pendahulu pasukan, saya tetap mahu Johor DT memburu kemenangan ke atas Bengaluru pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, terutamanya beraksi di laman sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Junior Eldstal meluah­kan keterujaan untuk kembali beraksi selepas diberi kepercayaan oleh Gomez setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

“Sekiranya pemain dapat beraksi mengikut percaturan ampuh yang disusun ketua jurulatih (Gomez), pastinya kita tidak berdepan masalah untuk me­ngutip tiga mata,” katanya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz48LiXZ8LL Hakcipta terpelihara