Ahad, 29 Januari 2017

Johor FC, Melaka kongsi satu mata

ARKIB : 25/06/2000
MELAKA berkongsi satu mata dengan Johor FC setelah seri 1-1 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Dua di Stadium Kubu, Melaka semalam.

Gol pasukan tuan rumah ditanduk masuk pada minit ke-56 oleh Mohd. Sharulnizam Ab. Khalil setelah menyambut bola daripada sepakan percuma K. Rajan.

Bagaimanapun kira-kira 10 minit kemudian pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Hairy Azly Mahammad pada minit ke-66.

Johor FC terpaksa bermain dengan 10 orang apabila ketua pasukannya, Azni Ariffin diperintahkan keluar padang oleh pengadil, Mohd. Rosli Ibrahim pada minit ke-70.

Azni yang sebelum itu menerima kad kuning dilayangkan kad merah setelah menerjah kaki seorang pemain tuan rumah.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4XDCyhcEV © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan