MUHAMMAD Aliff Haikal dari PKNS
FC diasak pemain Melaka United, Marko Simic dalam perlawanan Liga Super di
Stadium Shah Alam, malam ini. Kedua-dua pasukan seri 1-1. - UTUSAN/MOHD.
SHAHARANI SAIBI
Yatimin Abdullah
01 Julai 2017 11:24 PM
KUALA LUMPUR 1 Julai - Johor
Darul Ta’zim (JDT) terus selesa menjadi pendahulu Liga Super yang bersambung
semula selepas berehat lebih sebulan dengan melakar kemenangan 2-0 ke atas
Pulau Pinang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi.
Harimau Selatan yang beraksi di
hadapan penyokong sendiri terpaksa menunggu sehingga minit ke-44 babak pertama
untuk menembusi benteng pelawat menerusi jaringan penyerang Lebanon, Mohammad
Ghaddar.
JDT yang beraksi di bawah
kendalian jurulatih baharu dari Portugal, Ulisses Morais terus selesa apabila
pemain tengah dari Argentina, Gonzalo Cabrera meledakkan gol kedua pada minit
ke-88.
Kemenangan itu menyaksikan JDT
mengumpul 33 mata, sekali gus memiliki kelebihan sembilan mata ke atas pencabar
terdekatnya Pahang yang tewas 2-1 kepada Felda United.
Kepulangan semula penyerang
dari Brazil, Thiago Augusto menjadi watak utama pasukan The Fighters apabila
menjaringkan gol kemenangan dua minit sebelum permainan tamat.
Gol Tok Gajah dijaringkan oleh
Mohamadou Sumareh seawal minit pertama sebelum disamakan Ifedayo Olusegun empat
minit kemudian.
Sementara itu, Selangor
berpesta gol di Stadium Majlis Perbandaran Selayang apabila membelasah T-Team
4-2.
Gol tuan rumah disumbangkan
Muhammad Syahmi Safari yang meledakkan dua gol dan masing-masing satu gol
daripada Francis Forkey Doe dan Rufino Segovia.
Dua gol T-Team pula dijaringkan
Dilshod Sharofetdinov dan Yannick N’Djeng.
Dalam pada itu, rekod tanpa
kalah Kedah di Stadium Darul Aman tercalar setelah tewas 2-3 kepada Perak.
Di Stadium Shah Alam, Melaka
United yang membawa masuk lapan muka baharu sekadar berkongsi satu mata dengan
PKNS FC setelah seri 1-1. - UTUSAN ONLINE
sumberArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-kukuh-cengkaman-di-persada-liga-super-1.498019#ixzz4ld9v4Btn
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan