Jumaat, 1 Februari 2019

JDT tagih sentuhan Akhyar Rashid

 AKHYAR Rashid
AKHYAR Rashid. - UTUSAN ONLINE
ZULHISHAM ISAHAK

01 Februari 2019 3:27 PM
JOHOR BAHRU 1 Feb. - Juara Liga Super lima kali, Johor Darul Takzim (JDT) menagih sentuhan pertama pemain kontroversi, Akhyar Rashid untuk beraksi mempertahankan Piala Sumbangsih pada perlawanan menentang Perak malam esok.

Melayan kunjungan juara Piala Malaysia, Perak dalam pertembungan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin di sini kelibat Akhyar sudah pastinya menjadi tumpuan.


Pengurus pasukan JDT, Luciano Figueroa berkata, pasukan Harimau Selatan akan membariskan kesebelasan pemain terbaik untuk menentang The Bos Gaurus.

“Ya, Akhyar kini dalam prestasi terbaik dan sudah pastinya kita akan menurunkan pemain baharu kita untuk digandingkan dengan Safawi Rashid.

“Akhyar dan Safawi adalah pemain fantastik, kita berharap mereka akan memberikan satu persembahan perlawanan yang bagus.

“Ini adalah kombinasi terbaik untuk kita memastikan permulaan Liga Super musim ini memihak kepada kita sekali gus kita kekalkan Piala Sumbangsih di sini,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Thistle di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-tagih-sentuhan-akhyar-rashid-1.833599#ixzz5eHINi2Eg
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan