MyMetroArena
Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rekod bersih dalam saingan Piala
Malaysia musim ini selepas menundukkan UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam,
malam ini.
JDT yang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir selaku juara Kumpulan B
dikejutkan dengan jaringan pembukaan UiTM menerusi Zulkifli Zakaria pada minit
ke-38.
Namun, skuad Harimau Selatan yang merehatkan beberapa tonggak utama bangkit
menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak pertama hasil jaringan Adam Nor
Azlin.
Fadhli Shas kemudian mengesahkan kemenangan JDT apabila meledak gol kedua
pelawat pada minit ke-59.
Selaku juara kumpulan, JDT akan berdepan naib juara Kumpulan A, Terengganu
FC pada suku akhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan