Selasa, 29 September 2020

  JDT boleh julang Liga Super Jumaat ini



PERTEMUAN JDT menentang Sabah, Jumaat ini akan diteruskan mengikut jadual. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS

Oleh Media Mulia

29 September 2020, 7:47 pm


KUALA LUMPUR: Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjulang Liga Super ketujuh berturut-turut di laman sendiri, Jumaat ini cerah selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan perlawanan Harimau Selatan menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim akan diteruskan mengikut jadual.

Malah, pertembungan Melaka United dan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada hari yang sama juga akan diteruskan.

Status kedua-dua perlawanan sebelum ini menjadi tanda tanya selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan semua individu yang baru tiba dari Sabah menjalani ujian swab Covid-19 serta perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) sehingga keputusan makmal dikeluarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Abdul Ghani Hassan bagaimanapun berkata, jika pindaan jadual terpaksa dilakukan ia akan diumumkan kelak.

Jadual kekal 2 September, tiada perlawanan tertangguh. Cuma jangan ada yang kena (positif Covid-19) tapi di liga lain pun ada (pemain positif) cuma yang kena itu saja tak boleh main.

MFL sentiasa berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Sabah dan sebelum ini juga kita berhubung dengan Melaka United. KKM pun sangat membantu kita,” katanya hari ini.

Melaka terpaksa mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selepas terbabit dengan aksi Liga Super berdepan Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, kelmarin.

Ia termasuk pemain dan pegawai pasukan itu kemungkinan terpaksa menjalani kuarantin di rumah, sekali gus bakal berdepan kekangan masa untuk melakukan persiapan berdepan Kedah.

JDT hanya memerlukan satu mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan..SUMBER-UM ONLINE

Sabtu, 26 September 2020

Lebih manis julang trofi di Stadium Sultan Ibrahim

Oleh Syafiq Aznan - September 26, 2020 @ 6:03pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Penyerang JDT, Safawi Rasid cuba dihalang pemain PJ City pada aksi Liga Super, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Persoalan ketika ini bukan mengenai sama ada Johor Darul Ta'zim (JDT) boleh merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh ataupun tidak, tetapi bila dan di mana skuad Harimau Selatan itu akan bergelar juara?

Meskipun pemburuan gelaran ketujuh mereka tertangguh selepas terikat 2-2 dengan PJ City malam tadi, keputusan itu sebaliknya menghadiahkan prospek lebih 'menggiurkan' untuk skuad bimbingan Benjamin Mora itu melakar sejarah dalam mengukuhkan reputasi mereka sebagai gergasi bola sepak tempatan.

Ini kerana sekiranya mereka berjaya menundukkan Sabah pada aksi 2 Oktober ini, mereka boleh mengesahkan status juara di tempat lebih baik iaitu di stadium penuh ikonik, Stadium Sultan Ibrahim.

Ketika ditanya mengenai situasi terbabit, Mora mengakui ia satu peluang baik buat Harimau Selatan walaupun dia dilihat tidak kisah untuk merangkul kejuaraan di mana-mana stadium.

"Mungkin itu lebih baik (menang Liga Super di laman sendiri). Sebagai jurulatih, saya mahu menang di semua tempat tidak kira di laman sendiri ataupun di tempat lawan. Ini mentaliti saya sebagai jurulatih tetapi anda tidak boleh sentiasa menang seperti yang anda mahukan.

"Apapun, beraksi di Stadium Sultan Ibrahim dan memenangi kejuaraan di situ, pasti ia akan lebih manis kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pemain dan penyokong menyaksikan JDT merangkul trofi di stadium terbabit," katanya.

Mengulas lanjut persembahan anak buahnya, Mora menjelaskan dia sudah menjangka anak buahnya akan menerima tentangan sengit daripada PJ City seperti yang pernah diberikan beberapa pasukan dihadapi mereka sebelum ini.

"Banyak pasukan yang memberi cabaran kepada kita pada musim ini seperti UiTM FC pada awal musim lalu, FELDA United dan Terengganu FC (TFC). Kita menguasai perlawanan dan mengawal bola tetapi dihukum dengan serangan balas dan corak permainan pantas PJ City.

"Kami tidak bernasib baik kerana dibolosi dua gol namun kami beraksi lebih baik pada babak kedua. Kami cuba melakukan sesuatu untuk mendapatkan gol ketiga tetapi tidak berjaya. Beraksi atas permukaan padang basah memang menyukarkan tetapi ia bukanlah alasan kerana lawan berdepan masalah sama.

"Satu mata di tempat lawan tetap baik untuk kami. Saya menilai pemain dengan sikap, usaha dan mentaliti mereka, jadi ini persembahan yang baik daripada pemain," katanya. SUMBER-SUKAN BH ONLINE

PJ City, JDT sama handal

Oleh Zulfaizan Mansor - September 25, 2020 @ 11:11pm

zulfaizan@bh.com.my



Penyerang JDT, Diogo Luis Santo cuba dihalang pemain PJ City pada aksi Liga Super.

KUALA LUMPUR: PJ City meranapkan impian Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk meraih kemenangan kelima berturut-turut selepas kedua-kedua pasukan itu terikat 2-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

JDT yang juga juara Liga Super enam kali berturut-turut memenangi semua empat perlawanan sejak Liga Malaysia (Liga M) bersambung semula pada hujung bulan lalu termasuk meraih kemenangan besar ke atas Perak dan Selangor.

Keputusan itu bagaimanapun langsung tidak menjejaskan kedudukan skuad Benjamin Mora yang kini di ambang merangkul gelaran juara buat kali ketujuh dan perlu menunggu keputusan perlawanan antara Pahang dan Kedah, esok.

JDT yang membelasah Selangor 6-1 minggu lalu terpaksa menunggu minit ke-35 untuk membuka tirai jaringan selepas Safawi Rasid menyudahkan umpanan Diogo Luis Santo.

Kedudukan itu hanya bertahan dua minit apabila Christie Jayaseelan bijak menggunakan peluang di depan pintu gol untuk meledak gol penyamaan PJ City.

PJ City berjaya mendahului JDT selepas K Gurusamy menyudahkan sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama.

Namun hanya kira-kira seminit selepas itu kedudukan berubah lagi apabila giliran Gonzalo Cabrera pula menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan buat JDT.

Tiada jaringan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan pada babak kedua yang menyaksikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat permainan.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Hajat JDT tertangguh

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Selepas melakar dua kemenangan besar sebelum ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) hampir menerima kekalahan pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila diikat Petaling Jaya City (PJ City) 2-2.

JDT yang bergaya membelasah Perak 7-0 dan 6-1 ke atas Selangor, gagal meneruskan rentak itu apabila PJ City memberi tentangan hebat sepanjang 90 minit aksi di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Malah, keputusan seri itu turut menangguhkan seketika hasrat skuad Harimau Selatan bagi dinobatkan juara liga lebih awal di mana pasukan di tangga kedua, Kedah mampu merapatkan jurang kepada empat mata sekiranya berjaya meraih kemenangan menentang Pahang malam esok.

Pelawat yang memburu kejuaraan liga ketujuh berturut-turut terlebih dulu di depan menerusi jaringan Safawi Rasid pada minit ke-35 selepas menerima hantaran Diogo untuk tenang menewaskan Kalamullah Al-Hafiz.

Kelebihan itu bagaimanapun dipadamkan oleh tuan rumah dua minit kemudian hasil sentuhan bekas pemain kebangsaan, Christie Jayaseelan yang menolak mudah ke gawang JDT untuk mengikat kedudukan 1-1.

Skuad kendalian K Devan yang pernah meleburkan rekod bersih JDT dalam saingan Liga Super musim lalu seakan mengulangi skrip sama apabila berjaya mendahului lawan pada masa kecederaan.

Ia susulan sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin selepas Washington dos Santos dijatuhkan oleh penjaga gol JDT, Farizal Marlias sekaligus diberikan layangan kad kuning.

Ketua pasukan PJ City, K Gurusamy mudah menyempurnakan tugasnya namun semangat melawan anak buah Benjamin Mora cukup tinggi apabila mereka pantas mengikat kembali 2-2, juga hasil sepakan penalti Gonzalo Cabrera di masa kecederaan.

Aksi pantas terus disajikan pada separuh masa kedua dengan JDT memiliki sekurang-kurangnya dua peluang keemasan namun dihalang Kalamullah di gawang gol.

Keputusan seri bagaimanapun kekal hingga tamat aksi dan JDT perlu menunggu aksi berikutnya bertemu Sabah Jumaat depan di Stadium Sultan Ibrahim untuk mengesahkan kejuaraan.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2020 @ 11:04 PM

Jumaat, 25 September 2020

‘JDT mahu julang gelaran ketujuh di PJ’



PEMAIN JDT akan merangkul kejuaraan Liga Super esok jika mengalahkan PJ City FC.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

24 September 2020, 8:59 pm

JOHOR BAHRU: Pertemuan menentang Petaling Jaya (PJ) City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) esok menjadi perlawanan penentuan buat Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi merangkul kejuaraan Liga Super ketujuh berturut-turut.

Biarpun pencabar terdekat, Kedah turut mencatat kemenangan pada perlawanan menentang Pahang, Sabtu ini dan mengekalkan perbezaan enam mata, kedudukan JDT sukar dicabar kerana jurang perbezaan gol bagi kedua-dua pasukan terlalu besar.

Sungguh pun begitu, ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora masih belum mahu mendabik dada dan menganggap pertemuan menentang PJ City sebagai satu perlawanan sukar.

Katanya, rekod pertemuan menentang skuad bimbingan K.Devan menunjukkan mereka sentiasa memberi tentangan sengit dan sukar ditewaskan.

Saya menjangkakan ia adalah satu perlawanan yang sengit setiap kali menentang PJ City sejak tahun lalu. Walaupun terdapat beberapa pertukaran, pastinya ia tidak menjejaskan kualiti permainan mereka.

Walau bagaimana pun, keputusan akhir perlawanan itu bergantung kepada kami. Sekiranya kami bermain bermati-matian dan memberikan 100 peratus di atas padang, kemenangan pasti dalam genggaman.

Sungguh pun kejayaan mengutip tiga mata sudah cukup memastikan kejuaraan kali ketujuh, kami akan pastikan kemenangan ini dikecapi dengan gaya permainan dan karakter JDT yang sebenar,” katanya kepada pemberita.

Pengendali kelahiran Mexico itu turut menuntut kesungguhan keseluruhan pemainnya memberi tumpuan penuh sepanjang 90 minit permainan dan menganggap perlawanan itu sebagai perlawanan terakhir dalam karier mereka.

Dalam perlawanan seperti ini, kita tidak dapat jangka apa yang akan berlaku dan pemain tidak boleh leka.

Justeru, pemain perlu memberikan aksi terbaik dan melaksanakan tugas dengan cemerlang mengikut perancangan ampuh yang direncanakan,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan tonggak bek tengah JDT, Mauricio Dos Santos, beliau masih belum mahu memberi kata putus sama ada dapat diturunkan menjelang perlawanan tersebut.

Jelasnya, beliau amat berharap pertahanan kelahiran Brazil itu cergas sepenuhnya dan dapat diturunkan membarisi benteng pertahanan Harimau Selatan.

AARON Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik bersama Pengurus Kanan Pemasaran 100Plus, Leong Wai Yin dalam majlis perjanjian penajaan di Kuala Lumpur hari ini.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Isnin, 21 September 2020

JDT ratah Selangor



Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

19 September 2020, 11:21 pm

ISKANDAR PUTERI: Red Giants rebah di Stadium Sultan Ibrahim selepas dibelasah penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) 6-1 dalam aksi Liga Super malam ini.

Selangor bukan sahaja gagal memenuhi misi membawa pulang satu mata, malah tidak memperlihatkan reputasi sebagai antara gergasi bola sepak tempatan apabila mudah diratah Harimau Selatan.

Kemenangan meletakkan JDT semakin hampir menggapai gelaran liga ketujuh berturut-turut selepas mengutip 22 mata menerusi lapan perlawanan, sembilan mata di hadapan pencabar terdekat, Kedah.

Babak pertama perlawanan menyaksikan permainan seimbang oleh kedua-dua pasukan namun tidak ada serangan berbahaya dilancarkan ke arah kubu lawan masing-masing .

Harimau Selatan dilihat berdepan kesukaran untuk menembusi benteng ampuh gandingan kapten, Francis Taylor dan Nicholas Ryan Swirad bagi menguji kecekapan penjaga gawang, Mohd. Farizal Harun.

Gonzalo Cabrera hampir memecah kebuntuan pada minit ke-22 namun sepakan lerek yang dilakukan sedikit tersasar.Gol pembukaan bagi pasukan tuan rumah hadir pada minit akhir babak pertama menerusi sepakan percuma yang diambil Safawi Rasid bagi meletakkan JDT di hadapan.

Sepakan lencong Safawi yang melepasi benteng membuatkan Mohd. Farizal hanya terpaku melihat bola menerjah jaring gawang.

Bersambung babak kedua, JDT tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria menghadiahkan sepakan penalti setelah Diogo Luis Santo diterjah oleh Nicholas Ryan dalam kotak penalti.

Safawi tidak mensia-siakan peluang tersebut dengan menyempurnakan sepakan penalti itu bagi menambah jaringan buat pasukan bimbingan Benjamin Mora pada minit ke-48.

Zulkarnain hampir menghadiahkan penalti kedua buat skuad Harimau Selatan pada minit ke-53 namun menukar keputusannya setelah merujuk kepada penjaga garisan.

JDT sekali lagi menambah jaringan bagi menambah derita buat pasukan B.Sathiananthan, kali ini menerusi tendangan voli dari sudut sukar oleh penyerang sensasi, Diogo pada minit ke-64.

Dua minit berselang, kini giliran Cabrera meletakkan nama dalam senarai penjaring setelah menyudahkan umpanan cantik Diogo bagi melebarkan jaringan.

Penyerang cilik berusia 19 tahun, Muhammad Ramadhan Saifullah yang dibawa masuk menggantikan Cabrera meledak dua gol bagi melengkapkan pesta gol pasukan tuan rumah.

Red Giants memperoleh gol saguhati menerusi jaringan oleh pemain simpanan, Rufino Segovia pada babak akhir perlawanan.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Sabtu, 19 September 2020

JDT 0-0 SELANGOR

 OLEH-AHMAD YAAKOB




 

Pertembungan epik JDT, Selangor

MyMetroArena



Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Pertembungan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang melayani kunjungan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri, malam esok dianggap pertemuan buku dengan ruas tatkala kedua-dua pasukan memiliki reputasi tinggi dalam saingan liga musim ini.JDT mengecapi kejayaan muncul juara liga enam musim berturut-turut, manakala Selangor tampak gah dengan status pasukan legenda dalam kancah bola sepak negara dan pastinya pertembungan dua pasukan itu dianggap 'epik'.

Ditambah pula skuad Harimau Selatan memerlukan kemenangan untuk berada dalam keadaan selesa bagi menghampiri kejuaraan liga ketujuh pada musim ini, Selangor pastinya mahu menebus kehampaan prestasi tidak menentu yang dialami sejak saingan bersambung 28 Ogos lalu akibat pandemik Covid-19.

Namun di sebalik memburu kemenangan ke atas skuad The Red Giants, pengendali JDT tampak enggan terlalu tertekan dan menyifatkan berharap tuah menyebelahi skuad bimbingannya untuk meneruskan pemburuan kejuaraan liga.

"Kita harap dapat terus mencapai kemenangan dengan Selangor di laman sendiri yang pasti tampak sengit dan sedikit tuah untuk mencapai matlamat mempertahankan kejuaraan liga dengan lebih cepat.

"Kami tidak boleh terlalu selesa dan perlu memikirkan untuk capai kemenangan dalam setiap perlawanan. Malah harus berwaspada bagi mengelak berlaku kejutan yang sememangnya mahu dielakkan," kata Mora.

Yang pasti, pengendali kelahiran Mexico bakal menurunkan kesebelasan terbaik untuk berdepan anak didik B Sathianathan dan kelibat rangkaian serangan Gonzalo Cabrera, Safawi Rasid dan Diogo Luis Santo akan mengemudi jentera serangan.

Tanpa kelibat Matthew Davies yang masih dalam proses pemulihan, posisi bek kanan bakal menyaksikan S Kunanlan akan beraksi di posisi itu bersama Mauricio Dos Santos, Aidil Zafuan Abd Radzak yang menggalas tugas selaku kapten dan Corbin Ong bagi membentuk keampuhan benteng skuad Harimau Selatan.

Apa pun barisan pemain JDT perlu lebih konsisten dengan memperaga aksi terbaik untuk memastikan kemenangan memihak pasukan itu bagi membuka jalan lebih selesa memburu kejuaraan liga buat kali ketujuh berturut-turut.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 2:55 PM

Jumaat, 18 September 2020

Harimau Selatan terlalu kuat



JDT hampir pasti menjulang kejuaraan Liga Super ketujuh berturut-turut. - JOHOR SOUTHERN TIGERS

Oleh Nor Azan Fitri Ahmad Hidzir

18 September 2020, 12:07 p

KUALA LUMPUR: Ia mungkin kenyataan yang pahit untuk ditelan penyokong Selangor, namun B. Sathianathan percaya, berjaya pulang bersama satu mata dalam kunjungan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) esok sudah dianggap ‘bonus’.

Malah pengendali Red Giants itu menegaskan, amat mustahil buat mana-mana pasukan menghalang Harimau Selatan daripada dinobat sebagai juara Liga Super kali ketujuh berturut-turut biarpun saingan masih berbaki empat perlawanan.

Kata Satianathan, pertemuan menentang JDT tidak mudah kerana realitinya mereka pasukan yang hampir sempurna dan terlalu konsisten.

Bagaimanapun kata bekas Ketua Jurulatih Malaysia itu, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan paling pen­ting Selangor perlu turun de­ngan mentaliti yang kuat.

Realitinya JDT tidak se­nang nak lawan, mereka pasukan pa­ling konsisten dan muncul juara Liga Super enam kali berturut-turut bukan kerana nasib.

Kalau seri pun sudah dikira bonus…penyokong mungkin tidak suka dengan apa saya cakap ini tetapi inilah realiti,” kata Sathianathan kepada ­Utusan Malaysia.

B. SATHIANATHAN

Harimau Selatan hanya memerlukan dua lagi kemena­ngan untuk mengesahkan kejuaraan musim ini dan berusaha mengekalkan rekod tanpa kalah.

Sementara itu, Satiantahan mengakui, ketumpulan jentera serangan Selangor juga membimbangkannya dan dia me­ngakui sudah pelbagai usaha dilakukan bagi mengatasi masalah itu semasa sesi latihan.Katanya, dalam perlawanan sebelum ini, banyak peluang dicipta oleh Selangor tetapi mereka gaga memanfaatkannya.

Red Giants tidak boleh me­ngulangi kesilapan sama apabila berdepan JDT.

Kita kena cipta peluang sebanyak mungkin tetapi dengan JDT bukan senang, jadi kena manfaat setiap peluang.“Sebagai pasukan, pemain kena ada mentaliti yang kuat dan buktikan mereka berhak pakai jersi Selangor,” katanya.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Sabtu, 12 September 2020

JDT hampiri kejuaraan ketujuh berturut-turut

MyMetroArena

PENGENDALI JDT Mora gembira selepas pasukannya kian menghampiri kejuaraan Liga Super kali ketujuh berturut-turut. FOTO MALIK MUHAMAD

Malik Muhamad

sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora tanpa berselindung meluahkan rasa gembira selepas anak buahnya berjaya menyerap tekanan Terengganu FC (TFC) sebelum melakar kemenangan tipis 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam tadi.

Pengendali berusia 41 tahun itu menjelaskan lebih manis kejayaan itu semakin menghampiri pasukannya untuk memburu kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut.

"Saya gembira selepas anak buah berjaya merakam kemenangan berharga tanpa bolos, namun begitu aksi ini agak sukar kerana pemain TFC memberi tekanan hebat kepada kami dengan bermain tempo pantas dan intensiti tinggi.

"Begitupun pemain-pemain saya berjaya mengawalnya dan mengekalkan formasi pasukan sepanjang perlawanan bagi mempertahankan kelebihan satu gol sekali gus memenangi aksi ini.

"Kita harap dapat terus mencapai kemenangan dengan Selangor di laman sendiri pada aksi seterusnya dan sedikit tuah untuk mencapai matlamat mempertahankan kejuaraan Liga Super dengan lebih cepat," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan itu, jaringan tunggal pemain kelahiran Terengganu dan kebangsaan, Safawi Rasid yang bijak memanfaatkan kesilapan komunikasi benteng pertahanan TFC pada minit kelima mengundang padah selepas tewas kepada skuad Harimau Selatan itu.

Kemenangan itu menyaksikan JDT terus gah di puncak liga dengan mengutip 19 mata, kelebihan lapan mata di hadapan Perak yang kini berada di tangga kedua dengan 11 mata, manakala TFC di tangga keempat dengan 10 mata.

Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Mexico itu akui peningkatan dipamerkan pemain TFC menyukarkan anak buahnya menembusi benteng pertahanan skuad Penyu itu.

"Pasukan dalam liga di Malaysia berkembang begitu juga dengan Terengganu, mereka bukan lagi pasukan sama seperti tahun lalu atau tahun sebelumnya.

"Sebaliknya mereka selalu melangkah di kedudukan terbaik sekali gus mampu meningkat lagi permainan, kami begitu menghargai perkembangan ini kerana kami juga mahu bermain dengan baik," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 6:44 PM

TMJ kritik pengadil, TFC wajar dapat penalti

 MyMetroArena



Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

PEMILIK kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan pengadil yang mengadili aksi Liga Super antara Terengganu FC dan JDT yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam adalah 'teruk' dan gagal mengawal perlawanan.

Kritikan 'pedas' Tunku Ismail itu hadir selepas beberapa keputusan pengadil perlawanan, Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim boleh dipertikaikan terutama insiden membabitkan pemain skuad Penyu.

Dalam beberapa situasi, Tarmizi dilihat seolah berat sebelah dengan cenderung memihak pasukan pelawat.

Malah, ia turut diakui Tunku Ismail yang menganggap Terengganu FC seharusnya dihadiahkan dua sepakan penalti disamping pemain tuan rumah dilayangkan kad merah.

"Tahniah Terengganu. Masa depan yang cerah buat Terengganu FC. Sikap profesionalisme yang tinggi oleh kapten dan potensi yang tinggi oleh pemain muda. Bukan mudah untuk kami JDT.

"Referee (pengadil) teruk dan tidak mengawal game dengan baik. Sepatutnya satu atau dua penalti untuk Terengganu dan kad merah untuk penyerang Terengganu yang melakukan tackle yang tinggi.

"Apa pun, game sudah tamat. Tahniah kepada kedua-dua pasukan. Padang dan stadium first class (kelas pertama). Tahniah dan terima kasih," katanya diruangan komen Instagram officialterengganufc.

Dalam aksi itu, JDT melakar kemenangan 1-0 menerusi jaringan Safawi Rasid seawal minit kelima yang kekal hingga wisel penamat.

Hasil kejayaan tiga mata di tempat lawan itu, skuad Harimau Selatan kini semakin mengukuhkan kedudukan dipersada liga dan memiliki kelebihan besar untuk muncul sebagai juara musim ini seterusnya meraih slot automatik peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia musim depan.

SUMBER-rtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 3:14 PM

Jumaat, 11 September 2020

JDT kukuh cengkaman di persada liga

MyMetroArena

Safawi Rasid (kiri) penjaring gol tunggal perlawanan berdepan TFC. FOTO Bernama

Malik Muhamad

sukan@hmetro.com.my

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan cengkaman puncak liga selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Kemenangan tipis skuad Harimau Selatan itu adalah hasil kesilapan pertahanan TFC, Argzim Redzovic menolak bola ke belakang yang gagal dibaca penjaga gol sehingga berjaya dihidu ayam tambatan pelawat berasal dari Dungun, Terengganu, Safawi Rasid untuk meledak jaringan.

JDT yang masih segar hasil kemenangan besar 7-0 ke atas Perak minggu lalu terlebih dahulu mencemaskan benteng pertahanan tuan rumah apabila mendapat peluang terbaik pada minit ketiga menerusi penyerang, Diogo Santo yang merebut bola daripada Muhammad Mohd Fauzi, namun rembatannya sedikit sipi melepasi tiang gol.

Pada minit ke-11, Safawi sekali lagi berpeluang untuk melebarkan jaringan kedua peribadinya apabila berjaya melakukan rembatan kencang dalam kotak penalti, tapi berjaya dihalang pertahanan, Hafizal Alias.

Skuad Penyu yang dilihat lebih banyak bertahan sekali lagi diuji juga melalui Safawi pada minit ke-35 selepas pemain itu bijak meloloskan diri sebelum melakukan rembatan dari sebelah kanan pintu gol tapi berjaya dipatahkan pertahanan, Arif Fadzilah Abu Bakar.

Selepas kerap ditekan, skuad kendalian Nafuzi Zain mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-42 hasil sepakan percuma kapten, Lee Tuck yang singgah di kepala Redzovic namun tandukan pemain kelahiran Montenegro itu melepasi palang gol.

Sepanjang babak pertama, skuad kendalian Benjamin Mora lebih banyak mendominasi permainan manakala skuad TFC dilihat bergelut untuk memecah benteng pertahanan pelawat yang diketuai Aidil Zafuan Abd Radzak.

Bersambung babak kedua, skuad tuan rumah memperkemaskan gerakan apabila berjaya melakukan percubaan menarik namun masih gagal memecah kebuntuan gol hingga tamat perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2020 @ 11:24 PM

Gol Safawi terbaik Asia

Oleh Rozaidi Zulkifli

11 September 2020, 8:44 pm

KUALA LUMPUR: Reputasi bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid terus kukuh di pentas Asia selepas merangkul Anugerah Gol Terbaik Sedekad Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini.

Gol menerusi lencongan kaki kiri ketika menewaskan penjaga gol Shandong Luneng, Wu Xinghan dari luar kotak penalti dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu menerima undian tertinggi daripada peminat bola sepak benua ini.

Menerusi keputusan undian yang dikeluarkan AFC, gol itu meraih 34 peratus undi, sekali gus mengetepikan sembilan pencabar lain untuk diangkat sebagai gol terbaik ACL sejak 10 tahun lalu.

Jaringan itu sebelum ini turut dinobat pemenang undian gol Lencongan Terbaik ACL 2019 pada Mei lalu.

Menerusi pencapaian terbaharu ini, ia bakal menaikkan semangat dan motivasi pemain berusia 23 tahun itu yang bakal mengembangkan kariernya ke kelab Portugal Portimonense SC musim depan.SUMBER-UM ONLINE

Sabtu, 5 September 2020

Bukan mudah tewaskan Perak' - Mora

MyMetroArena

SAFAWI berjaya melepasi penjaga gol Perak, Mohammad Nasrullah Abdul Aziz pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, semalam. FOTO Bernama

Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.myPENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora mengakui bukan mudah untuk menang besar 7-0 menewaskan Perak pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim semalam selepas barisan anak didik Mehmet Durakovic kerap mematahkan setiap serangan berbahaya di awal aksi itu.

Katanya, pengendali Perak itu bijak mengatur susunan pemainnya dan membentuk corak permainan taktikal yang menyukarkan pemain JDT bergerak secara bebas apabila tidak memberi tekanan sebaliknya begitu kompak di posisi tengah.

Malah katanya, Perak beraksi dengan formasi 4-4-2 dengan empat pemain di posisi tengah sentiasa berusaha untuk mematikan gerakan tengah JDT yang diketuai Naxto Insa, Leandro Velazquez dan Afiq Fazail tatkalan pasukan lawan menutup ruang untuk bergerak.

"Sebelum Afiq menjaring gol pertama, ia agak sukar untuk kami menembusi benteng pertahanan lawan dan gol itu beri lebih keyakinan kepada kami untuk mengatur langkah bagi meneruskan momentum perlawanan yang lebih konsisten untuk menguasai perlawanan dan seterusnya mendahului 4-0 pada babak pertama.

"Mengenai permainan Ramadhan (Saifullah Usman), saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pemain yang berusia 20 tahun itu. Dia tidak kekok untuk memperagakan aksi terbaik walaupun berdepan dengan pemain yang lebih berpengalaman dan pemain itu akan diberi peluang kerana tanpa tempoh minit perlawanan sudah tentu dia tidak boleh beri yang terbaik.

"Saya tidak menafikan dia pemain yang bijak dan tahu untuk bertindak dan pantas menyesuaikan diri dengan corak permainan kompetitf malah dia juga berada di dalam keadaan yang positif dan saya sebagai jurulatih harus beri dia peluang untuk beraksi.

"Safawi (Rasid) tidak berada dalam kesebelasan utama pada aksi menentang Pahang dan Perak kerana dia masih kepenatan dan sebab itu saya menurunkan dia pada babak kedua malah aksi pemain itu tidak mengecewakan kerana turut mencipta jaringan," katanya.

Mengulas mengenai corak permainan yang dipamerkan barisan JDT ketika menentang Pahang yang hanya menang tipis 3-2 berbanding kemenangan besar 7-0 menewaskan Perak, Mora menegaskan tiada perbezaan yang dipamerkan tatkala aksi ketika menentang skuad Tok Gajah, barisan pemainnya jelas menguasai perlawanan.

Katanya, dua kesilapan membolehkan Pahang menjaringkan gol bukanlah ketara sebaliknya pemain bermain dengan konsisten untuk membawa pulang tiga mata dan aksi menentang Perak barisan pemain JDT tampil dengan corak permainan yang sama, kelebihan yang ada buat pemain JDT apabila mereka tahu membaca corak permainan Pahang dan Perak.

"Saya juga melihat ada pemain yang bangkit dengan permainan lebih konsisten berbanding ketika menentang Pahang dan beri impak positif dalam pasukan terutama keinginan untuk memburu kemenangan menjadi kunci utama setiap pemain," kata Mora.SUMBER=Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2020 @ 1:24 PM

Jumaat, 4 September 2020

JDT berpesta gol, tewaskan Perak 7-0

 TERKINI

JDT berpesta gol apabila menewaskan Perak 7-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam ini. Foto IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGER

JDT berpesta gol, tewaskan Perak 7-0

Oleh AHMAD MUSTAKIM ZULKIFLI

4 September 2020, 11:05 pmOleh KHAIRUL MOHD. ALI

ISKANDAR PUTERI – Ketiadaan penyokong setia Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menghalang pasukan tuan rumah berpesta gol apabila menundukkan Perak 7-0 dalam saingan Liga Super, malam ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di sini itu menyaksikan JDT menjaringkan empat gol dalam separuh masa pertama.

Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan melakukan beberapa percubaan berbahaya sehingga minit ke-20 permainan sebelum JDT berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-21 menerusi Mohd. Afiq Fazail.

Pesta gol pasukan tuan rumah berterusan pada minit ke-35 mereka berjaya menggandakan jaringan menerusi percubaan pemain import, Gonzalo Cabrera.Tuah juga memihak kepada JDT apabila pada minit ke-43 mereka dianugerahkan sepakan penalti selepas Diogo Santo dijatuhkan oleh Muhammad Rafiuddin Roddin.

Cabrera tidak mensia-siakan peluang itu dengan menjaringkan gol ketiga JDT melepasi penjaga gawang Perak, Mohammad Nasrullah Abdul Aziz.Muhammad Ramadhan melengkapkan separuh masa pertama JDT dengan menjaringkan gol keempat pada masa kecederaan sebelum wisel rehat ditiup pengadil.

Permainan babak kedua bermula dengan JDT terus memburu jaringan apabila pada minit ke-62, Cabrera mencatat hatrik sekaligus menjaringkan gol kelima tuan rumah.16 minit kemudian, Safawi Rasid yang dibawa masuk pada separuh masa kedua menambah jaringan pada minit ke-78 menjadikan keputusan 6-0.

Menutup malam sempurna JDT, Akhyar Rashid yang juga dibawa masuk pada separuh masa kedua menutup tirai jaringan JDT dengan gol ketujuh pada minit ke-83.

Kemenangan ini mengukuhkan lagi kedudukan JDT selaku pendahulu Liga Super sekaligus menutup harapan Perak untuk merampas kejuaraan.sumber-K! ONLIN

Harimau Selatan garang bedal Perak

MyMetroArena

PEMAIN Perak, Rafiuddin Roddin  mengelak asakan pemain JDT,  Mauricio Dos Santos. FOTO Bernama

Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.my

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super selepas membaham Perak 7-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.Kegarangan skuad Harimau Selatan yang kembali beraksi di gelanggang keramat Stadium Sultan Ibrahim terserlah seawal minit kedua menerusi rembatan leret Leandro Velazquez namun ditangkap kemas Nasrullah Abdul Aziz.

Disusuli pada minit ke-19, tandukan kapten JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak yang menerima bola sepakan sudut Velazquez sekadar melewati palang gol.Serangan berterusan tuan rumah akhirnya gagal dikekang benteng pelawat pada minit ke-22 apabila bola bergolek tepat ke kaki Afiq Fazail dan mudah untuknya melencong tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Nasrullah.

Pelawat berpeluang menyamakan jaringan pada minit ke-27 namun sepakan percuma Chanthacheary Bin dari jarak 25 meter sekadar terkena benteng tuan rumah.Tuan rumah menambah derita anak didik Mehmet Durakovic apabila mencipta gol kedua selepas bola umpanan Velazquez di dalam kotak penalti membuka ruang buat Gonzalo Cabrera merembat bola tepat ke penjuru kanan untuk meletak kedudukan selesa 2-0.

Gol ketiga tuan rumah bagaikan menamat sisa perjuangan pelawat apabila Cabrera mencetak gol kedua peribadi selepas mudah menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-44 berpunca daripada kesilapan Rafiuddin Roddin mengasari Diogo Luis Santo di dalam kotak penalti.

Pemain meningkat naik , Ramadhan Saiffullah Usman ternyata berada di dalam kelas tersendiri apabila menjaringkan gol pada minit akhir babak pertama selepas melakukan voli di luar kotak penalti memerangkap Nasrullah yang sekadar melihat bola menerjah jaring.

Bersambung babak kedua, Cabrera melakar hatrik pertama buat dirinya dalam saingan liga apabila menjaringkan gol pada mint ke-63 selepas menyudahkan hantaran Ramadhan untuk meletak tuan rumah selesa dengan jaringan 5-0.

Pemain gantian, Safawi Rasid yang masuk menggantikan Ramadhan turut mencipta jaringan pada minit ke-78 selepas bertindak secara solo dan sempat mengelirukan Nasrullah sebelum merembat leret ke gawang yang terbuka luas dan Akhyar Rashid turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-84 melengkapkan kemenangan besar 7-0 ke atas Perak.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2020 @ 11:05 PM

DT ratah Perak

 SUKAN»Bola

Jumaat, 4 September 2020 | 11:13pm

 Pemain JDT, Muhammad Safawi Rasid meraikan jaringannya bersama Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. - BERNAMA

Pemain JDT, Muhammad Safawi Rasid meraikan jaringannya bersama Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. - BERNAMA

DT ratah Perak

Oleh Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.m

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super selepas membaham Perak 7-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.Kini pasukan yang menjuarai liga enam musim berturut-turut itu perlu mengharungi baki lima perlawanan untuk memburu kejuaraan ketujuh sekali gus mencipta sejarah bola sepak Malaysia sebagai satu-satunya pasukan memenangi liga tujuh musim berturut-turut.

Serangan berterusan tuan rumah gagal dikekang benteng pelawat selepas gol menjelma pada minit ke-22 apabila bola bergolek tepat ke kaki Afiq Fazail dan begitu mudah untuknya melencong tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Nasrullah Abdul Aziz.Tuan rumah meneruskan derita anak didik Mehmet Durakovic apabila mencipta gol kedua selepas bola umpanan Leandro Velazquez di dalam kotak penalti membuka ruang buat Gonzalo Cabrera merembat bola tepat ke penjuru kanan untuk kedudukan selesa 2-0.


Gol ketiga tuan rumah bagaikan menamatkan sisa perjuangan pelawat apabila Cabrera mencetak gol kedua peribadi selepas menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-44 berpunca daripada kesilapan Rafiuddin Roddin mengasari Diogo Luis Santo di dalam kotak penalti.


Empat pemain Perak cuba menghalang pergerakan Pemain JDT, S. Kunanlan daripada membawa bola ke kawasan pintu gol Perak pada perlawanan Liga Super 2020 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Perak di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor. KHIS/ZAIN AHMED

Empat pemain Perak cuba menghalang pergerakan Pemain JDT, S. Kunanlan daripada membawa bola ke kawasan pintu gol Perak pada perlawanan Liga Super 2020 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Perak di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor. KHIS/ZAIN AHMED

Pemain meningkat naik, Ramadhan Saiffullah Usman ternyata berada di dalam kelas tersendiri apabila menjaringkan gol pada minit akhir babak pertama selepas melakukan sepakan voli di luar kotak penalti memerangkap Nasrullah yang sekadar melihat bola menerjah jaring.


Bersambung babak kedua Cabrera melakar hatrik pertama buat dirinya dalam saingan liga apabila menjaringkan gol pada mint ke-63 selepas menyudahkan bola hantaran Ramadhan untuk meletakkan tuan rumah selesa dengan jaringan 5-0.


Pemain gantian, Safawi Rasid yang masuk menggantikan Ramadhan turut mencipta jaringan pada minit ke-78 selepas bertindak secara solo dan sempat mengelirukan Nasrullah sebelum merembat bola leret ke gawang yang terbuka luas.


Akhyar Rashid turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-84 melengkapkan kemenangan 7-0 membelasah Perak.SUMBER-BH ONLINE

Perak mangsa amukan JDT

Oleh KHAIRUL MOHD ALI

4 September 2020, 11:19 pm

ISKANDAR PUTERI: Ketiadaan penyokong setia Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menghalang tuan rumah berpesta gol apabila menundukkan Perak 7-0 dalam saingan Liga Super malam ini.Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di sini itu menyaksikan JDT menjaringkan empat gol dalam separuh masa pertama.

Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan melakukan beberapa percubaan berbahaya sehingga minit ke-20 permainan sebelum JDT menjaringkan gol pertama pada minit ke-21 menerusi Mohd. Afiq Fazail.Pesta gol tuan rumah berterusan pada minit ke-35 mereka berjaya menggandakan jaringan menerusi percubaan pemain import, Gonzalo Cabrera.

Tuah juga memihak kepada JDT apabila pada minit ke-43 mereka dianugerahkan sepakan penalti selepas Diogo Santo dijatuhkan oleh Muhammad Rafiuddin Roddin.

Cabrera tidak mensia-siakan peluang itu dengan menjaringkan gol ketiga JDT melepasi penjaga gawang Perak, Mohammad Nasrullah Abdul Aziz.

Muhammad Ramadhan melengkapkan separuh masa pertama JDT dengan menjaringkan gol keempat pada masa kecederaan sebelum wisel rehat ditiup pengadil.

Permainan babak kedua bermula dengan JDT terus memburu jaringan apabila pada minit ke-62, Cabrera mencatat hatrik sekaligus menjaringkan gol kelima tuan rumah.


Berselang 16 minit, Safawi Rasid yang masuk pada separuh masa kedua menambah jaringan pada minit ke-78 menjadikan keputusan 6-0.


Menutup malam sempurna JDT, Akhyar Rashid yang juga dibawa masuk pada babak kedua menutup tirai jaringan JDT dengan gol ketujuh pada minit ke-83.


Kemenangan ini mengukuhkan lagi kedudukan JDT selaku pendahulu Liga Super sekaligus menutup harapan Perak untuk merampas kejuaraan.SUMBER-UM ONLINE