Jumaat, 11 September 2020

Gol Safawi terbaik Asia

Oleh Rozaidi Zulkifli

11 September 2020, 8:44 pm

KUALA LUMPUR: Reputasi bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid terus kukuh di pentas Asia selepas merangkul Anugerah Gol Terbaik Sedekad Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini.

Gol menerusi lencongan kaki kiri ketika menewaskan penjaga gol Shandong Luneng, Wu Xinghan dari luar kotak penalti dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu menerima undian tertinggi daripada peminat bola sepak benua ini.

Menerusi keputusan undian yang dikeluarkan AFC, gol itu meraih 34 peratus undi, sekali gus mengetepikan sembilan pencabar lain untuk diangkat sebagai gol terbaik ACL sejak 10 tahun lalu.

Jaringan itu sebelum ini turut dinobat pemenang undian gol Lencongan Terbaik ACL 2019 pada Mei lalu.

Menerusi pencapaian terbaharu ini, ia bakal menaikkan semangat dan motivasi pemain berusia 23 tahun itu yang bakal mengembangkan kariernya ke kelab Portugal Portimonense SC musim depan.SUMBER-UM ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan