Sabtu, 10 Oktober 2020

MyMetroArena



Nazri Abu Bakar

am@hmetro.com.my

Melaka: Johor Darul Ta'zim (JDT) menutup saingan Liga Super menerusi aksi tanpa kalah selepas mencatat kemenangan menewaskan Melaka 5-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Menguasai hampir keseluruhan babak pertama barisan pelawat bagaimanapun gagal memecah kebuntuan jaringan selepas Melaka kental bertahan.

Malah beberapa peluang mereka yang terhidang berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali selain tersasar.

Peluang terbaik buat JDT mencipta gol pembukaan hadir pada minit ke-19 menerusi Gonzalo Cabrera namun sepakan kencangnya berjaya ditepis keluar Norazlan.

Skuad Hang Tuah yang sesekali memasuki kawasan pelawat turut memiliki peluang menjaringkan gol namun percubaan lemah Sony Norde (m-30) berjaya diselamatkan penjaga gol Mohd Farizal Marlias.

Babak kedua menyaksikan anak buah jurulatih Benjamin Mora terus berusaha gigih memecah kubu pertahanan Melaka namun tandukan kencang Gonzalo sekali lagi berjaya diselamatkan Norazlan.

JDT yang sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super untuk musim ketujuh berturut-turut nyata memiliki kelas tersendiri akhirnya berjaya mencipta jaringan pertama menerusi sepakan penalti Leandro Velazquez pada minit ke-70 perlawanan.

Sebelum menggandakan jaringan menerusi Shafiq Ahmad pada minit ke -75 diikuti tandukan Aidil Zafuan Abd Razak (m-78), Fernando Rodriguez (m-84) dan Leandro Velazquez m- 90 perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 11:30 PM

Ahad, 4 Oktober 2020

Safawi sebak jumpa TMJ

Oleh Zulfaizan Mansor - Oktober 3, 2020 @ 5:49pm

zulfaizan@bh.com.my



Safawi (kanan) mengadap Tunku Ismail sebelum berlepas ke Portugal melalui KLIA malam ini. - Foto ihsan Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR: Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid kelihatan sebak ketika bertemu dengan pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Johor Bahru, hari ini.

Ia mungkin pertemuan terakhir pemain kebangsaan itu dengan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebelum pemain berusia 23 tahun itu berlepas ke Portugal malam ini.

Menerusi video ringkas yang dimuat naik akaun Facebook rasmi JDT iaitu, Johor Southern Tigers mengenai pertemuan itu, TMJ dilihat cuba menenangkan Safawi yang menyertai kelab itu sejak 2017.

"Jangan sedih, kuatkan semangat dan saya doakan semoga berjaya. Apa-apa call (hubungi)," kata Tunku Ismail.

"Hantar sampai ke liflah, kalau boleh sampai airport (lapangan terbang) pun saya pergi. Terima kasih untuk semuanya Safawi. Jangan lupakan kita (JDT), jaga diri baik-baik."

Safawi akan menyertai kelab Portimonense SC dan perlawanan menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi menjadi aksi terakhir dia bersama JDT.

Malah, menerusi kenyataan ringkas di Facebook sama, TMJ membayangkan ia bukan pengakhiran buat Safawi bersama JDT.

"Selamat Maju Jaya kepada Safawi. Saya berdoa semoga anda berjaya. Pintu kelab JDT sentiasa terbuka untuk Safawi. This is not the end, it's only the beginning (Ini bukan pengakhiran, ia hanya permulaan)," katanya.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

‘Saya mahu buru kesebelasan utama’



SAFAWI Rasid berlepas ke Portugal untuk menyertai kelab Portimonense SC di KLIA, Sepang hari ini. - FAISOL MUSTAFA

Oleh Rozaidi Zulkifli

3 Oktober 2020, 9:31 pm

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar menjadi pelengkap, Safawi Rasid sebaliknya berjanji akan memberi aksi terbaik untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama kelab Primeira Liga, Portimonense SC ketika bertolak ke Portugal malam ini.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata, memang sejak kecil dia mengimpikan untuk bermain di pentas Eropah dan kesempatan yang hadir akan digunakan sebaik mungkin.

Saya sangat gembira kerana peluang ini datang sekali seumur hidup, pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang dan ini (perpindahan) akan saya ingat sampai bila-bila.

Sebaik sahaja menjadikan bola sepak sebagai kerjaya, saya sudah pasang impian untuk bermain di luar negara.

Ramai bintang dunia ber­aksi di Eropah dan saya mahu mendapat peluang sama. Cabaran pasti berbeza dengan liga tempatan tetapi harap dapat cepat sesuaikan diri di sana.

Saya juga mahu berterima kasih kepada JDT (Johor Darul Ta’zim) dan TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) kerana memberi peluang ini,” kata Safawi ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini.


SAFAWI Rasid bergambar bersama ibu, Salemeh Abu Bakar dan bapa, Rasid Sulong sebelum berlepas ke Portugal hari ini. SUMBER– UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Safawi, 23, akan memulakan babak baharu dalam kariernya dengan menyertai Portimonense SC selama semusim secara pinjaman selepas membantu JDT merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut semalam.

Terdahulu, dia sempat bertemu Tunku Ismail yang memberi kata-kata semangat sebelum berlepas ke Portugal.

Jangan sedih, kuatkan semangat dan saya doakan semoga berjaya. Apa-apa call (hubungi).

Hantar sampai ke liflah, kalau boleh sampai airport (lapangan terbang) pun saya pergi. Terima kasih untuk semuanya Safawi.

Jangan lupakan kita (JDT), jaga diri baik-baik,” kata Tunku Ismail dalam satu video ringkas yang dimuat naik oleh Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers hari ini.

Safawi telah membuat 101 penampilan bersama JDT dengan merekodkan 47 gol dan melakukan 18 bantuan jaringan.

Safawi sudah memenangi empat kejuaraan Liga Super, dua Piala Malaysia dan tiga Piala Sumbangsih bersama Harimau Selatan.

Dia berlepas ke Portugal pukul 11 malam ini beraksi cemerlang dalam skuad Harimau Selatan sejak melakukan penampilan pada 27 Januari 2017 dan dijangka tiba di Portugal pada 2 petang waktu Malaysia.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Safawi bawa impian besar ke Portugal



| | 3 Oktober 2020Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Portugal hari ini bagi menyertai Liga Premier Portugal bersama kelab Portimonense FC. Foto: Bernama


BINTANG bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Safawi Rasid berlepas ke Portugal malam ini bagi melengkapkan perpindahannya secara pinjaman ke pasukan liga utama negara itu, Portimonense SC.Pemain sayap berusia 23 tahun itu yang membantu JDT merangkul kejuaraan Liga Super sebanyak empat kali sejak menyertainya pada 2017, dipinjamkan ke Portimonense selama satu musim.
Beliau dijangka tiba di Porto petang esok menjelang tarikh akhir jendela perpindahan liga utama Eropah yang berakhir pada Isnin.
Mengulas mengenai penghijrahannya ke Portugal, Muhammad Safawi berkata, ia merupakan satu peluang keemasan dalam mengembangkan kariernya.

“Saya sangat gembira kerana peluang ini datang sekali seumur hidup, pengalaman ini tidak boleh dibeli dengan wang dan ini (perpindahan) akan saya ingat sampai bila-bila.

“Sasaran utama saya adalah membuktikan kemampuan dan merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam ini.
Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid (tengah) memeluk ibu bapanya sambil mengucapkan selamat tinggal sebelum berlepas ke Portugal hari ini bagi menyertai Liga Premier Portugal bersama kelab Portimonense FC. Foto: Bernama
Muhammad Safawi dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) pada 2018 dan 2019 sekali gus menjadikan beliau pemain paling muda memenangi anugerah MVP pada usia 21 tahun.

Tonggak pasukan kebangsaan itu telah meledak 47 gol dalam 101 penampilan bersama skuad Harimau Selatan dalam kesemua pertandingan tempatan dan antarabangsa.

“Berat hati sebenarnya nak tinggalkan JDT sebab dah empat tahun bersama, banyak pencapaian saya raih dan banyak memori manis dicipta di sana,” kata anak jati Dungun itu.
Muhammad Safawi akan menjadi pemain Malaysia kedua yang berhijrah ke liga utama Eropah selepas pemain muda meningkat naik negara Luqman Hakim Shamsuddin yang menyertai kelab liga Belgium KV Kortrijk daripada Selangor 2.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/103788/BERITA/Sukan/Safawi-bawa-impian-besar-ke-Portugal© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Malam penuh emosi buat JDT, Safawi

Oleh Rizar Mohd Noor - Oktober 3, 2020 @ 12:37pm

rizar@mediaprima.com.my



Safawi (kanan) memeluk pengurus pasukan Luciano Figueroa sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. - Foto ihsan JST

Safawi (kanan) memeluk pengurus pasukan Luciano Figueroa sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. - Foto ihsan JST

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) meraikan kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut dengan penuh emosi apabila ia turut menjadi perlawanan terakhir buat Safawi Rasid.

Safawi yang akan menyertai kelab Portugal, Portimonense SC turut memakai baju yang tertulis 'I will miss JDT Family' (Saya akan merindui keluarga JDT).

Aksi menentang Sabah yang menyaksikan JDT menang 4-1 malam tadi kemungkinan akan menjadi aksi terakhir Safawi buat kelab yang disertai sejak tahun 2014 itu.

Bagaimanapun pengendali JDT Benjamin Mora hanya memberitahu pemain itu akan ke luar negara sama ada hari ini atau selepas aksi terakhir liga menentang Melaka United, di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

"Saya tidak pasti sama ada Safawi akan meninggalkan JDT hari ini atau selepas beraksi dalam beberapa perlawanan saingan Piala Malaysia.

"Kami akan tunggu apa juga keputusan. Kita tidak tahu bila dia akan berlepas ke luar negara dan ia adalah baik untuk dirinya melebarkan karier bola sepak profesional," kata Mora.

Pasukan JDT meraikan kejayaan menjulang Piala Liga Super 2020 selepas menewaskan Sabah dengan keputusan 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. - Foto BERNAMA

SUMBER-BH ONLINE

Safawi Rasid bakal tinggalkan JDT

 SUKAN



Safawi Rasid bakal tinggalkan skuad gergasi JDT selepas membantu Harimau Selatan rangkul kejuaraan Liga Super kali ketujuh berturut-turut malam tadi. Foto JOHOR SOUTHERN TIGERS

Safawi Rasid bakal tinggalkan JDT

Oleh KOSMO!

3 Oktober 2020, 12:25 pm

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut merupakan satu detik penuh emosi buat pasukan Johor Darul Ta’zim.

Pengendalinya, Benjamin Mora memberitahu, antara yang membangkitkan perasaan itu termasuklah persoalan berhubung masa depan ayam tambatan mereka, Safawi Rasid.

Menurutnya, pihaknya sendiri tidak tahu bilakah kali terakhir pemain tersebut akan menyarung jersi Harimau Selatan.

Malam ini (semalam) penuh emosi, kita mahu memastikan kemenangan dalam perlawanan akhir liga selaku tuan rumah dan merangkul kejuaraan Liga Super kali ketujuh selain memikirkan Safawi akan meninggalkan kita.

Kami akan tunggu apa juga keputusannya nanti kerana kita tidak tahu bila dia akan berlepas ke luar negara, tetapi itu merupakan satu perkara baik buat kariernya dalam bola sepak profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam semalam selepas pasukan menundukkan Sabah 4-1 dan dinobatkan sebagai juara Liga Super musim ini.

Selepas perlawanan semalam, Safawi turut kelihatan memakai baju tertera tulisan ‘I will miss JDT Family’ (Saya akan merindui keluarga JDT) menguatkan lagi khabar angin perpindahannya untuk menyertai kelab Portugal, Portimonense SC.

Sementara itu, Mora turut memberitahu kejayaan memenangi perlawanan semalam tidak semudah yang disangka atas beberapa faktor.

Kemenangan ini bukan mudah, Sabah semalam bermain dengan mentaliti untuk bertahan dan mencari peluang untuk melakukan serangan balas pantas.

Pada awal permainan agak sukar bagi kami untuk menembusi pertahanan mereka, namun setelah berjaya mendapatkan jaringan pertama, barulah kami berjaya mengawal permainan,” ujarnya.SUMBER-K! ONLINE


JDT juara CIMB Liga Super 2020

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 3 Oktober 2020



Diogo (kanan) menyumbang gol pertama JDT ketika menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. -Foto FB Johor Southern Tigers
JDT mengesahkan status selaku juara CIMB Liga Super 2020 setelah menewaskan Sabah 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.Kejayaan berkenaan sekali gus mencatatkan sejarah tersendiri buat skuad Harimau Selatan itu yang dinobatkan selaku juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut.
JDT bermula garang sebaik wisel permulaan menerusi asakan bertali arus ke gawang pelawat dalam usaha membuka jaringan.Bagaimanapun, usaha mereka hanya berhasil pada minit ke-38 menerusi jaringan bintang import, Diogo Santo mudah menolak masuk bola lorongan cantik Mohd Afiq Fazail.

Gol itu semakin menyemarakkan semangat kesebelasan JDT untuk mengasak ke gawang Sabah, namun gagal melepasi benteng skuad Tambadau itu selain menyaksikan beberapa percubaan yang dilakukan gagal menepati sasaran.Pada penghujung babak pertama, Sabah hampir menyamakan kedudukan, namun tandukan pemain import, Park Tae Su yang naik membantu jentera serangan pelawat sedikit tersasar.

Kedua-dua pasukan dilihat saling menggandakan asakan bagi menambah jaringan pada babak kedua, namun percubaan-percubaan yang dilakukan dilihat gagal menepati sasaran.

JDT bagaimanapun berjaya menambah jaringan pada minit ke-56 menerusi percubaan cantik Safawi Rasid yang berjaya melepasi kawalan pertahanan sebelum merembat melepasi jangkauan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim.

Ketinggalan dua gol nyata tidak melemahkan semangat kesebelasan Sabah yang dilihat tetap bersemangat mengatur asakan ke gawang JDT hingga berjaya menjaringkan gol menerusi percubaan cantik pemain import, Dennis Buschening pada minit ke-74.

Gol berkenaan dilihat mula memberikan suntikan semangat kepada kesebelasan pelawat untuk kembali mengatur serangan bagi menambah jaringan.

Bagaimanapun, hasil satu serangan balas Safawi menyumbat gol ketiga JDT pada minit ke-81 sebelum pemain import JDT, Leandro Velazquez meledak gol keempat Harimau Selatan menerusi sepakan percuma dua minit kemudian.

Tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan sehingga ke wisel penamat, sekali gus mengesahkan JDT selaku juara Liga Super kali ketujuh berturut-turut.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/103670/BERITA/Sukan/JDT-juara-CIMB-Liga-Super-2020© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Sabtu, 3 Oktober 2020

Nazmi belum puas

MyMetroArena



Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.my

PENJARING gol kemenangan Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor enggan diangkat sebagai wira apabila jaringannya pada minit ke-70 memastikan kemenangan 2-1 menewaskan UiTM FC pada aksi Liga Super, di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Malah dia menganggap kemenangan yang diraih hasil kerjasama berpasukan dan tidak mungkin dia dapat melakukan bersendirian tanpa sokongan rakan sepasukan sepanjang 90 minit perlawanan.

Di awal 15 minit babak pertama beraksi dengan baik. Tapi selepas kami menjaringkan gol untuk mendahului UiTM FC 1-0, rentak permainan kami mula perlahan dan kerap hilang bola. Situasi itu menjejaskan rentak permainan sebenar JDT.

Apa yang boleh saya katakan, kami akan perbaiki lagi kelemahan sepanjang perlawanan itu biarpun meraih tiga mata namun kami tidak boleh cepat berpuas hati kerana banyak lagi harus diperbaiki untuk memantapkan corak permainan,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Nazmi Faiz beraksi di posisi sayap kanan bagi menggantikan Safawi Rasid yang direhatkan dan persembahan pemain itu tampak tidak kekok tatkala kerap melakukan gerakan berbahaya yang mengundang cemas di benteng skuad The Lion Troops.

Dia dilihat begitu teruja selepas tersenarai dalam kesebelasan utama dan ia penampilan kedua buat dirinya beraksi dalam perlawanan kompetitif selepas diturunkan kerika menentang Suwon Bluewings pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), baru-baru ini.

"Tidak kisah posisi mana yang diarahkan oleh jurulatih (Benjamin Mora), yang penting berada dalam skuad utama dan komited 100 peratus dalam perlawanan itu.

Saya bersyukur kerana dapat membantu JDT meraih kemenangan namun saya tidak boleh cepat berpuas hati dan perlu memperbaiki kelemahan diri untuk aksi seterusnya,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mac 2020 @ 6:03 PM

Aksi terakhir Safawi bersama JDT?

MyMetroArena



Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora mendedahkan kejuaraan Liga Super yang digapai buat kali ketujuh berturut-turut tampak beremosi tatkala bakal kehilangan Safawi Rasid yang akan berkelana di Eropah untuk menyertai kelab Portugal, Portimonense SC.

Malah baju dipakai Safawi yang tertera 'I will miss JDT Family' (Saya akan merindui keluarga JDT) sudah cukup memberi isyarat pemain itu akan meninggalkan pasukan disertai sejak 2017 dengan aksi menentang Sabah yang dimenangi 4-1 semalam kemungkinan aksi terakhirnya.

Bagaimanapun, Mora enggan mengesahkan lebih lanjut mengenai status Safawi dan hanya memberitahu pemain itu akan ke luar negara sama ada hari ini atau selepas aksi terakhir liga menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

"Saya tidak pasti sama ada Safawi akan meninggalkan JDT hari ini atau selepas beraksi dalam beberapa perlawanan saingan Piala Malaysia. Kami akan tunggu apa jua keputusan. Kita tidak tahu bila dia akan berlepas ke luar negara dan ia baik untuk dirinya melebarkan karier bola sepak profesional," katanya.

Mengulas mengenai kejayaan JDT merangkul kejuaraan liga untuk tujuh musim berturut-turut, Mora mengakui setiap pemain begitu beremosi tatkala menjulang piala berkenaan tanpa kehadiran penyokong yang menjadi pembakar semangat buat barisan pemain.

Apapun, Mora tidak menafikan aksi menentang skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto tampak sukar selepas pasukan itu mengamalkan corak permainan bertahan yang menyukarkan barisan pemain JDT mencipta jaringan.

"Kami kerap melakukan serangan pantas tapi pemain lawan bertindak dengan cara bertahan malah pemain juga sukar menembusi pertahanan lawan. Akibatnya pemain saya tampak kecewa sepanjang 30 minit babak pertama.

"Selepas jaringan Diogo (Luis Santo), barulah kami mula menguasai perlawanan dan corak pemainan lebih agresif di babak kedua.

Hasilnya kami menang dan tiga mata yang amat penting itu milik JDT untuk rangkul kejuaraan liga," kata Mora.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2020 @ 10:30 AM

Jumaat, 2 Oktober 2020

Debaran 90 minit JDT

Oleh Rizar Mohd Noor - Oktober 1, 2020 @ 2:08pm

rizar@mediaprima.com.my



Aksi pemain JDT ketika latihan menjelang menentang Sabah, esok.JOHOR BAHRU: Aksi 90 minit menentang Sabah menjadi penentu buat Johor Darul Ta'zim (JDT) sama ada mampu menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut atau tidak di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.Sememangnya ia detik yang ditunggu-tunggu skuad kendalian Benjamin Mora selepas usaha menoktahkan kejuaraan lebih awal terbantut apabila sekadar seri 2-2 ketika menentang PJ City, 25 September lalu.

Apapun, Mora tetap berwaspada dan enggan terlalu ghairah menjulang trofi, seballknya mahu memberi sepenuh fokus bagi persiapan melayani skuad Tembadau yang kini menghuni di tangga kesembilan liga.

"Walaupun kami hanya perlu mencari satu mata sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super, hakikatnya kami perlu waspada dengan corak permainan Sabah yang pasti akan turun habis-habisan untuk mencari kemenangan.

"Kami mahu beri tumpuan 90 minit perlawanan dengan memburu kemenangan. Selepas itu barulah boleh memikirkan untuk menjulang kejuaraan liga di stadium baharu serta di hadapan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim," katanya.

Untuk memburu kemenangan di laman sendiri, Mora pasti akan menurunkan kesebelasan terbaik apabila berdepan Sabah dan kemungkinan kelibat rangkaian serangan Safawai Rasid, Diogo Luis Santo dan Gonzalo Cabrera menjadi pertaruhan untuk menggempur benteng Sabah.


Mora juga harus memikirkan untuk mengukuhkan lagi benteng pertahanan supaya tidak mudah ditembusi serta membina persefahaman lebih mantap bagi mengelak melakukan kesilapan mudah.


Seandainya, kemenangan mampu direalisasikan, ia pasti terpahat dalam sejarah bola sepak Malaysia sebagai satu-satunya pasukan yang menjuarai liga tujuh musim berturut-turut dan pasti sukar di atasi mana-mana pasukan lain.SUMBER-BH ONLINE