Ahad, 4 Oktober 2020

Safawi sebak jumpa TMJ

Oleh Zulfaizan Mansor - Oktober 3, 2020 @ 5:49pm

zulfaizan@bh.com.my



Safawi (kanan) mengadap Tunku Ismail sebelum berlepas ke Portugal melalui KLIA malam ini. - Foto ihsan Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR: Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid kelihatan sebak ketika bertemu dengan pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Johor Bahru, hari ini.

Ia mungkin pertemuan terakhir pemain kebangsaan itu dengan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebelum pemain berusia 23 tahun itu berlepas ke Portugal malam ini.

Menerusi video ringkas yang dimuat naik akaun Facebook rasmi JDT iaitu, Johor Southern Tigers mengenai pertemuan itu, TMJ dilihat cuba menenangkan Safawi yang menyertai kelab itu sejak 2017.

"Jangan sedih, kuatkan semangat dan saya doakan semoga berjaya. Apa-apa call (hubungi)," kata Tunku Ismail.

"Hantar sampai ke liflah, kalau boleh sampai airport (lapangan terbang) pun saya pergi. Terima kasih untuk semuanya Safawi. Jangan lupakan kita (JDT), jaga diri baik-baik."

Safawi akan menyertai kelab Portimonense SC dan perlawanan menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi menjadi aksi terakhir dia bersama JDT.

Malah, menerusi kenyataan ringkas di Facebook sama, TMJ membayangkan ia bukan pengakhiran buat Safawi bersama JDT.

"Selamat Maju Jaya kepada Safawi. Saya berdoa semoga anda berjaya. Pintu kelab JDT sentiasa terbuka untuk Safawi. This is not the end, it's only the beginning (Ini bukan pengakhiran, ia hanya permulaan)," katanya.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan