Khamis, 1 April 2021

JDT harus bangkit jumpa MUFC

Rizar Mohd Noor - April 1, 2021 @ 8:47pm

rizar@mediaprima.com.my

Skuad JDT menjalani latihan menjelang pertemuan menentang Melaka United. - Foto ihsan Facebook Johor Southern Tigers

Skuad JDT menjalani latihan menjelang pertemuan menentang Melaka United. - Foto ihsan Facebook Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) harus bangkit untuk kembali menemui rentak kemenangan apabila melayani kunjungan Melaka United FC (MUFC) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Skuad bimbingan Benjamin Mora tidak boleh lagi keciciran tiga mata selepas mencatat dua keputusan seri sebelum ini iaitu ketika menentang Selangor (1-1) di laman sendiri dan Perak (2-2) di Ipoh.

Apa yang diperkatakan Mora mungkin benar mengenai setiap pasukan yang berdepan JDT bagai `naik hantu' apabila tiba-tiba tampil dengan aksi luar biasa dan itu juga mungkin berlaku apabila melayan MUFC.

Kenderaan yang dipandu pemegang pas bermusim berbaris untuk melakukan kod imbasan di kaunter pandu lalu Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, hari ini bagi mendapatkan pas masuk menyaksikan aksi JDT dan MUFC malam esok. - Foto ihsan Facebook Johor Southern Tigers

Pengendali dari Mexico itu perlu mengambil inisiatif membentuk formasi permainan yang lebih ampuh kerana jika diamati selepas mengharungi empat perlawanan, taktikal yang diterapkan Mora tampak sudah dapat dibaca pasukan lawan.

Malah, beliau juga perlu memperkemaskan lagi 'set-piece' apabila meraih sepakan sudut. Ini berikutan ketika aksi menentang Perak FC, JDT yang memperoleh 17 sepakan sudut gagal mendapat sebarang jaringan.

Kelibat Bergson Da Silva juga harus mantap bagi membuktikan kredibiliti selaku penyerang utama. Posisi tengah yang menjadi nadi utama harus memliki kreativiti merencana strategi untuk membantu barisan serangan.

Skuad JDT menjalani latihan menjelang pertemuan menentang Melaka United. - Foto ihsan Facebook Johor Southern Tigers

Skuad JDT menjalani latihan menjelang pertemuan menentang Melaka United. - Foto ihsan Facebook Johor Southern Tigers

Apapun, kehadiran penyokong JDT walaupun dalam skala kecil pada perlawanan itu nanti bakal menghidupkan kembali semangat juang barisan pemain untuk memberi persembahan lebih mantap bagi menjelmakan kembali tiga mata yang terlepas pada dua perlawanan lalu.

Sumber-bh ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan