Khamis, 20 Mei 2021

JDT kekal ampuh di gelanggang lawan

Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI

10 Mei 2021, 11:05 am



JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus gah mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang lawan pada saingan Liga Super musim ini apabila menang 3-0 ke atas Pe­nang FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang malam kelmarin.

Tiga gol menerusi jaringan Safawi Rasid, Bergson da Silva dan Mohamadou Sumareh turut memastikan skuad Harimau Selatan itu terus mengukuhkan cengkaman di persada liga.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora tanpa berselindung mengakui pemain-pemainnya menampilkan aksi terbaik meskipun beraksi dalam kea­daan padang yang kurang baik.

Saya sangat gembira de­ngan prestasi semua pemain walaupun berdepan pasukan yang hebat seperti Penang. Kemenangan ini beri suntikan semangat kepada kami menjelang aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) nanti.

Ya, kami belum tewas (di tempat lawan) dan amat pen­ting untuk catat kemenangan apabila berkunjung ke tempat mereka. Bagi saya, ini adalah salah satu aksi terbaik kami musim ini,” kata pengendali dari Mexico itu selepas tamat perlawanan.

Meskipun mencatat kemenangan selesa, namun Mora tetap memuji aksi Penang yang banyak memberikan kesukaran kepada mereka sepanjang 90 minit permainan.

Selain itu, beliau juga gembira dengan permainan yang ditampilkan pemain tengah, Safiq Rahim apabila banyak menjadi antara kunci kemena­ngan Harimau Selatan.

Penang bukanlah calang-calang pasukan kerana mereka buatkan kami berada dalam keadaan sukar sepanjang perlawanan. Mereka memiliki corak permainan yang unik.

Pada masa sama, saya juga gembira dengan prestasi Safiq kerana dia sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan untuk membantu pasukan. Bagi saya, Safiq sudah boleh dianggap sebagai legenda,” ujarnya.1

____________________________________________________________

1https://www.kosmo.com.my/2021/05/10/jdt-kekal-ampuh-di-gelanggang-lawan/

Bergson sah milik JDT

Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.



Aksi Bergson (kiri) dalam saingan Liga M. FOTO Ihsan Johor Southern Tigers.

Johor Bahru: Spekulasi mengenai status penyerang import Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva sama ada terus bersama pasukan itu atau sebaliknya, akhirnya terjawab selepas juara Liga Super tujuh musim berturut-turut itu mengikat pemain import dari Brazil berkenaan secara tetap.

Bergson sebelum ini dipinjamkan selama empat bulan daripada kelab Brazil, Fortaleza dan tempoh pinjamannya bersama JDT akan berakhir hujung bulan depan.

Namun, dengan pengesahan oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest meleraikan segala persoalan mengenai kedudukan penyerang itu yang kini sudah meledakkan 11 gol selepas membuat 11 penampilan dalam saingan liga elit domestik.

"JDT dengan sukacita mengumumkan sudah menandatangani Bergson (Da Silva) secara tetap," kata Prest dalam kenyataan ringkas.

Bagaimanapun dalam kenyataan itu, Prest tidak mendedahkan jumlah bayaran yang harus dibayar kepada Fortaleza selepas mengesahkan untuk mendapat khidmat Bergson.

Sebelum ini, pengendali JDT, Benjamin Mora memberi bayangan betapa dia mahu terus menggunakan khidmat penyerang berusia 30 tahun itu selepas prestasi memukaunya berjaya membantu JDT untuk terus kekal di persada liga.

Katanya, Bergson adalah penjaring terbanyak JDT dan kerap menjaringkan gol dalam hampir setiap perlawanan dan beliau juga menegaskan selaku jurulatih amat penting untuk memiliki pemain itu.

Terdahulu, JDT mengumumkan mengikat pemain kelahiran Australia, Shane Lowry bagi menguatkan posisi pertahanan dan tengah.Disiarkan pada: Mei 20, 2021 @ 5:26pm.1

______________________________________________________________

JDT akan terus berkuasa



JDT pasukan paling konsisten dalam kempen Liga Super musim ini.

Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

16 Mei 2021, 12:00 pm

PETALING JAYA: Berdasarkan statistik selepas tamat 13 perlawanan Liga Super, 75 peratus kejuaraan musim ini akan dimenangi Johor Darul Ta’zim (JDT), kata bekas pemain kebangsaan yang juga pengulas bola sepak, Azlan Johar.

Berakhirnya pusingan pertama Liga Super menyaksikan juara tujuh kali berturut-turut itu mengungguli liga dengan 30 mata, tiga mata mengatasi Terengganu.

Bukan mahu menidakkan kemampuan pasukan lain, namun Azlan berkata, peluang Terengganu atau Kedah merampas kejuaraan tipis iaitu hanya 25 peratus.

Memang betul (JDT akan te­rus jadi juara), biarpun tewas kepada Terengganu tapi mereka tidak panik kerana pemain sudah matang (dibarisi pemain terbaik tempatan) dan persembahan mereka lebih konsisten.

Mereka faham corak permainan diterapkan Benjamin Mora, dia sudah lama bersama JDT dan kalau kita banding dengan pasukan lain, jurulatih bertukar-tukar. Berdasarkan persembahan mereka, saya yakin JDT boleh kekal sebagai juara liga.

Lihat kepada statistik, setiap kali perlawanan, penguasaan bola menjadi milik JDT, jadi kenapa mereka perlu panik dan mengapa kita perlu katakan peluang mereka untuk menjuarai liga sukar?

Saya bercakap berdasarkan statistik dan statistik tidak pernah menipu,” kata Azlan.

AZLAN JOHAR

Menurut Azlan, beliau tidak melihat jadual padat yang terpaksa dilalui JDT kerana bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) boleh menjejaskan persembahan dan peluang mereka menjuarai Liga Super.

Kalau cerita mengenai jadual padat, ini bukan kali pertama mereka harungi jadual padat. Mungkin sudah enam musim mereka turut beraksi dalam ­Piala AFC.

Pemain yang ada sekarang kebanyakan pemain yang dikekalkan, ditambah dengan beberapa lagi. Jadi mereka tahu apa yang patut buat,” ujarnya.

Skuad Harimau Selatan ha­nya kalah sekali musim ini dan mengharungi tujuh perlawanan di tempat lawan tanpa tewas.

Sementara itu, seorang lagi bekas pemain kebangsaan dan pengulas bola sepak, Shebby Singh percaya, 11 pasukan lain yang berada dalam Liga Super hanya bersaing untuk mencabar kedudukan naib juara kerana kejuaraan hampir pasti milik JDT.

JDT akan kekal juara kerana pasukan lain tidak konsisten. Walaupun ada masa JDT main tidak berapa bagus macam sebelum ini kalah dengan Terengganu, namun selepas itu Terengganu pula kalah kepada Penang.

Perkataan tidak konsisten ini berlaku juga kepada JDT. Secara keseluruhan Liga Malaysia musim ini tidak konsisten dari segi persembahan pasukan menyebabkan nampak ada persai­ngan,” ujarnya.1

Selasa, 11 Mei 2021

Shahrul Saad pelaburan masa depan JDT



Oleh Hasnizam Uzir 10 May 2021 2794

Shahrul Saad pelaburan masa depan JDT

Ketika pasukan-pasukan yang berada di tangga pertengahan dan bawahan Liga Super musim ini sibuk mencari pemain-pemain import untuk merubah nasib pasukan mereka semasa jendela perpindahan kedua di buka.

Ini merupakan peluang terbaik pada setiap pasukan itu untuk mendapatkan pemain-pemain import terbaik dan bersesuaian dengan falsafah bola sepak yang diwujudkan setiap kelab itu. Namun ia sungguh berbeza dengan Johor Darul Ta’zim, di mana dalam keadaan yang tenang Johor DT telah memdapatkan khidmat pemain tempatan Perak iaitu Shahrul Saad dan Guilherme De Paula.

Dengan pembelian dua pemain Perak itu telah mengejutkan ramai pihak terutama kepada peminat-peminat The Boss Gaurus dan peminat-peminat bola sepak tanah air kerana mereka tidak menjangkakan yang Johor DT menambat kedua-dua pemain itu, memandangkan Johor DT sudah mempunyai pemain yang serba lengkap. Ini satu strategi yang baik dan bijak dilakukan oleh pengurusan Johor DT stelah membawa Shahrul Saad ke Johor DT terutamanya. Sebagai pemain pertahan tengah berpengalaman dan berpengaruh di atas padang selain faktor usia yang masih muda sudah tentu ia akan membawa kebaikan pada Johor DT pada masa depan.

Shahrul sebenarnya merupakan aset Johor DT di masa hadapan kerana kalau kita perhatikan hanya Shahrul dan Adam Nor Azlin sahaja yang berusia dipertengahan 20an dan juga (diakses pada merupakan pertahanan tengah tulen, sementara Aidil Zafuan dan Fadhli Shas pula sudah hampir ke penghujung kerjaya mereka. Sudah tentu dengan kehadiran Shahrul akan terus memberi kekuatan di bahagian tengah pertahanan Johor DT kerana dengan karektor yang keras dan kualiti “Badak” dalam membaca permainan itu akan membimbing pemain-pemain muda yang lain.

Ini merupakan pelaburan yang bijak dan berbaloi dilakukan Johor DT demi menggekalkan visi dan misi Johor DT untuk terus memburu kejayaan di peringkat tempatan dan asia terutama dalam mengekalkalkan kejuaraan Liga Super setiap tahun dan memburu slot di Piala Juara-juara Asia. Sekiranya kekuatan pasukan Johor DT seimbang dan dapat mengekalkan prestasinya setiap tahun dengan kehadiran pemain-pemain berkualiti itu ia dapat mengekalkan nilai komersial. Di kesempatan ini juga penulis ingin ucapkan selamat maju jaya kepada Shahrul Saad dan De Paula bersama Johor DT dan terus tingkatkan prestasi serta kualiti diri.1