Label
- ACL 2020
- AFC2017
- JDT 2020
- JDT2020
- JOHOR DT 2014
- JOHOR FC 1998
- JOHOR FC 1999
- JOHOR FC 2000
- JOHOR FC 2001
- JOHOR FC 2003
- JOHOR FC 2004
- JOHOR FC 2006
- JOHOR FC 2007
- JOHOR FC 2008
- JOHOR FC 2009
- LIGA SUPER 2015
- LIGA SUPER 2016
- LIGA SUPER 2019
- PIALA AFC 2016
- PIALA FA 1998
- PIALA FA 2016
- PIALA FA 2018
- PIALA MALAYSIA 2000
- PIALA MALAYSIA 2016
- PIALA MALAYSIA 2017
- PIALA SUBANGSIH 2017
Khamis, 17 Mac 2016
Amukan Johor FC
PENYERANG Johor FC, Andres Gustavo (kanan) diasak oleh pemain pertahanan
Sarawak, Shahrizam Mohd. pada perlawanan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir
Gudang malam tadi.
JOHOR FC mengamuk di Pasir Gudang.
Malam tadi Bujang Senang menjadi mangsa mereka apabila menang bergaya 3-1
pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang.
Johor FC tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan apabila memperoleh
gol pembukaan seawal minit keempat.
Penyerang import dari Argentina, Andres Fuentes Gustavo
menyempurnakannya.
Begitupun, gol tersebut tidak melunturkan semangat pemain lawan dan
mereka bangkit melancarkan serangan, tetapi mudah disekat pertahanan tuan
rumah.
Ketika perlawanan sudah memasuki minit ke-32, Johor FC berpesta lagi.
Andres Fuentes sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring bagi
membolehkan pasukannya mendahului Sarawak 2-0.
Pergerakan berpunca daripada sepakan Eddy Helmi Manan yang terkena
pengadil dan Fuentes yang berada pada kedudukan terbaik, menyambar bola
tersebut untuk tindakan penyudah yang gagal diselamatkan penjaga gol Sarawak,
Mohd. Firdaus Ishak.
Pada minit-minit terakhir separuh masa pertama, keadaan berubah. Sarawak
berjaya merapatkan jurang selepas memperoleh gol menerusi sepakan penalti oleh
penyerang importnya, Nyom Nyom Aloys untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Sarawak diberikan sepakan penalti selepas pertahanan Johor FC, Mohd.
Nurul Azwan Roya tertampan bola dengan tangan ketika mahu menyelamatkan keadaan
kucar-kacir di depan pintu gol mereka.
Pada separuh masa kedua, aksi semakin rancak apabila kedua-dua pasukan
saling berbalas serangan.
Namun, Johor FC dilihat lebih berbahaya apabila memperoleh dua peluang
keemasan untuk menambah jaringan masing-masing pada minit ke-77 dan ke-78,
tetapi tidak menemui sasaran.
Malam bergaya Johor FC itu hadir pada minit ke-88 apabila bola lorongan
Andres Fuentes disempurnakan dengan kemas oleh Mohd. Ezaidy Mohd. Khadar bagi
melengkap kemenangan 3-1.
JDT kekal ungguli kumpulan H
SHAFIQ TINO
16 MAC 2016
S Kunanlan S Kunanlan cuba melepasi pertahanan pelawat dalam aksi di Stadium Larkin.
PENYANDANG juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) kekal menggunguli kumpulan H selepas menundukkan pasukan dari Laos, Lao Toyota FC 3-0 pada saingan ketiga peringkat kumpulan H, Piala AFC 2016 di Stadium Tan Sri Dato' Hassan Yunos, Larkin, malam ini.
Kejayaan tersebut sekali gus membuktikan Harimau Selatan kekal kebal bermain di laman sendiri meskipun tanpa dibarisi beberapa tonggak utama.
Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat lebih selesa mengawal permaianan apabila Harimau Selatan kelihatan hilang punca akibat kehilangan beberapa tonggak utama bagi menggerakkan jentera serangan.
Bagaimanapun, corak permainan Harimau Selatan seakan menemui rentak apabila tonggak utama Pareyra Diaz dan Safiq Rahim dimasukkan pada minit ke 55 mengantikan Nazrin Nawi dan Fadzli Mazlan.
Pasukan pelawat dilihat semakin tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan Takahiro Saito dilayangkan kad merah selepas menggunakan tangan di dalam kotak penalti.
Peluang tersebut dimanfaatkan sepenuhnya kapten pasukan, Safiq Rahim apabila menyumbat gol pembukaan JDT menerusi sepakan penalti pada minit ke 62.
Tuan rumah semakin selesa apabila dikurniakan satu lagi sepakan penalti yang berjaya disempurnakan Safiq Rahim selepas S.Chanturu dikasari pemain pertahanan pasukan pelawat pada minit ke-72.
Amri Yahya kemudiannya menambah satu lagi jaringan tuan rumah selepas gerakan satu duanya bersama Safiq Rahim gagal dikekang pertahanan lawan pada minit-minit terakhir perlawanan.
Keputusan kekal 3-0 sehingga wisel penamat sekali gus meletakkan skuad kendalian Mario Gomez kekal terajui Kumpulan H dengan memperoleh 9 mata serta rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan.
Sumber.Sinar Harian online 16 MAC 2016
Rabu, 16 Mac 2016
Hampiri pusingan ke-2
MOHAMAD FAIZAL
HASHIM |
17 Mac 2016 12:27 AM
PENYERANG JDT.
Mohd Amri Yahyah (kiri) meraikan jaringannya dengan gaya tersendiri sambil
diraikan oleh rakan sepasukan Safiq Rahim (kanan) dan Jorge Pereyra Diaz dalam
perlawanan Piala AFC peringkat kumpulan menentang Lao Toyota di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. JDT menang 3-0. UTUSAN/Raja Jaafar Ali
JOHOR BAHRU -
Dua sepakan penalti Safiq Rahim membantu penyandang juara Johor Darul Ta’zim
(JDT) mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu Kumpulan H, Piala AFC selepas
menundukkan pasukan dari Laos, Lao Toyota 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos
semalam dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan
permainan dengan 10 pemain.
Dua jaringan
kapten Safiq menerusi sepakan penalti dan satu oleh Amri Yahyah cukup untuk
memastikan Harimau Selatan memperoleh kemenangan ketiga selepas tiga perlawanan
untuk mengumpul sembilan mata, sekali gus hampir pasti akan mara ke pusingan
kedua.
JDT, yang
dibarisi ramai pemain barisan kedua, dilihat kurang menyengat dan tidak banyak
melancarkan serangan ke kubu lawan pada babak pertama yang berkesudahan tanpa
jaringan.
Safee Sali dan
Amirul Hadi masing-masing mempunyai peluang untuk meletakkan pasukan tuan rumah
di hadapan namun percubaan mereka sedikit tersasar dari gawang gol.
Perubahan taktikal
yang dilakukan ketua jurulatih Mario Gomez pada babak kedua merubah corak
permainan JDT yang dilihat lebih garang mengasak kubu lawan.
Pada minit
ke-61, JDT dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Syria, Hanna Hattab
selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Takahiro Saito ketika dia cuba
menghalang asakan tuan rumah.
Saito
dilayangkan kad merah dan Safiq berjaya menyempurnakan sepakan penalti
tersebut.
Pada minit
ke-69, giliran Harimau Selatan pula bermain dengan 10 pemain selepas S. Kunanlan
mengutip kad kuning kedua.
JDT sekali lagi
dihadiahkan sepakan pada minit ke-74 apabila S. Chanturu dikasari dalam kotak
penalti dan disudahkan dengan bersahaja oleh Safiq.
Pada babak
akhir perlawanan, Amri Yahyah menambah derita buat pasukan pelawat apabila
menjaringkan gol ketiga perlawanan hasil gerakan satu dua dengan Safiq.
Sementara itu
wakil India, Bengaluru meraih kemenangan pertamanya apabila menang 1-0 ke atas
Ayeyawady United di Pathein, Myanmar hasil jaringan S. Chhetri pada minit
ke-34.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hampiri-pusingan-ke-2-1.201258#sthash.ZurRN8q2.dpuf
Johor DT memang ada kelas
Oleh SHARKAWI
LONDING
SAFIQ
menjaringkan dua gol buat Johor DT pada aksi menentang Lao Toyota FC pada
kempen Piala AFC 2016 di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam tadi
yang berkesudahan tuan rumah menang 3-0.
DUA gol
daripada kapten Safiq Rahim dan satu lagi daripada Amri Yahyah sudah cukup
untuk menghadiahkan kemenangan 3-0 Johor Darul Takzim (Johor DT) ke atas Lao
Toyota FC dari Laos pada aksi peringkat Kumpulan H kempen Piala Konfederasi
Bola Sepak Asia (AFC) 2016 di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam
tadi.
Kemenangan
tersebut terus mengukuhkan kedudukan skuad Harimau Selatan selaku pendahulu
kumpulan dengan memungut sembilan mata selepas mengharungi tiga perlawanan
setakat ini, manakala Lao Toyota kekal di tangga tercorot dengan memungut tiga
mata.
Pada aksi
semalam, kedua-dua pasukan bermula dengan rentak permainan berhati-hati, namun
tetap memiliki peluang untuk memecah kebuntuan tetapi dinafikan penyudah yang
hambar, sekali gus menyaksikan aksi separuh masa pertama berakhir tanpa
jaringan.
Pada separuh
masa kedua, rentak Johor DT nampak berbeza selepas jurulatih, Mario Gomez
membawa masuk Safiq, Pereyra Diaz dan Mahalli Jasuli bagi menguatkan jentera
serangan dan langkah tersebut telah membuahkan hasil.
Tiga gol
berjaya disempurnakan dengan Safiq menyudahkan dua sepakan penalti (m-62,
m-74), manakala Amri melengkapkan kemenangan bergaya 3-0 itu menerusi
percubaannya pada minit ke-90.
Begitupun,
kedua-dua pasukan kehilangan seorang pemain pada separuh masa kedua apabila
pemain Johor DT, S. Kunanlan dilayangkan kad merah oleh pengadil manakala
pemain Lao Toyota, Takahiro Saito turut menerima hukuman serupa.
Kedua-dua
pasukan akan sekali lagi membuat perhitungan pada aksi kedua yang bakal berlangsung
di Stadium Nasional Laos, Vientiane pada 13 April depan.
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz437cV9Y1y
Hakcipta terpelihara
KEPUTUSAN PENUH JOHOR DT 3-0 LAO TOYOTA
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT 2-0 Lao Toyota
m-61,m-73 Safiq Rahim
m-91 Amri Yahya
PEMAIN JOHOR DT
Izham
Amirul hadi
Marcos
Aidil Zafuan
(C)
Safee
Kunanlan
Fazly
Amri
Nazrin
Jasazrin
Chanturu.
PEMAIN GANTIAN
11 Pereyra Diaz
08 Safiq Rahim
18 Mahali Jasuli
TERKINI JOHOR DT 2-0 LAO TOYOTA
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT 2-0 Lao Toyota
m-61,m-73 Safiq Rahim
PEMAIN JOHOR DT
Izham
Amirul hadi
Marcos
Aidil Zafuan
(C)
Safee
Kunanlan
Fazly
Amri
Nazrin
Jasazrin
Chanturu.
PEMAIN GANTIAN
11 Pereyra Diaz
08 Safiq Rahim
18 Mahali Jasuli
TERKINI JOHOR DT 1-0 LAO TOYOTA
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT 1-0 Lao Toyota
m-61 Safiq Rahim
PEMAIN JOHOR DT
Izham
Amirul hadi
Marcos
Aidil Zafuan
(C)
Safee
Kunanlan
Fazly
Amri
Nazrin
Jasazrin
Chanturu.
PEMAIN GANTIAN
11 Pereyra Diaz
08 Safiq Rahim
LHDN-30.4.2016
KEPUTUSAN MASA PERTAMA JOHOR DT 0-0 LAO TOYOTA
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT 0-0 Lao Toyota
PEMAIN JOHOR DT
Izham
Amirul hadi
Marcos
Aidil Zafuan
(C)
Safee
Kunanlan
Fazly
Amri
Nazrin
Jasazrin
Chanturu.
PEMAIN GANTIAN
11 Pereyra Diaz
08 Safiq Rahim
JOHOR DT 0-0 LAO TOYOTA
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT 0-0 Lao Toyota
PEMAIN JOHOR DT
Izham
Amirul hadi
Marcos
Aidil Zafuan
(C)
Safee
Kunanlan
Fazly
Amri
Nazrin
Jasazrin
Chanturu.
JADUAL PIALA AFC 16.3.2016
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
JOHOR DT LAWAN LAO TOYOTA
STADIUM LARKIN
JAM 8.30
SIARAN LANGSUNG
TV9
Johor DT bakal berpesta gol
Oleh WAN NOR ZURAIHAH WAN ALI
GOMEZ (dua dari kanan) bersalaman dengan rakan sejawatannya daripada Lao Toyota FC, Phomphakdy Valakong selepas sidang akhbar di Johor Bahru semalam yang turut dihadiri Aidil Zafuan (kanan) dan kapten Lao Toyota FC, Paseuthsack Souliyavong.
JOHOR Darul Takzim (Johor DT) bakal berpesta gol ke atas Lao Toyota FC pada aksi peringkat Kumpulan H kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam ini.
Namun, dengan satu jaminan iaitu skuad Harimau Selatan itu perlu mengulangi prestasi yang mereka pamerkan ketika membelasah kelab Myanmar, Ayeyawady United 8-1 di gelanggang yang sama bulan lalu.
Setakat ini skuad kendalian Mario Gomez itu sudah melakar dua kemenangan iaitu menewaskan Ayeyawady United dan Bengaluru FC, sekali gus membolehkan mereka menerajui kedudukan Kumpulan H dengan enam mata.
Walaupun dilihat memiliki kelebihan pada aksi malam ini, namun Gomez tetap mengingatkan barisan pemainnya agar berwaspada dan mengelak berasa terlalu yakin ke atas lawan mereka itu.
Kelab dari Laos itu kini menghuni tangga ketiga Kumpulan H dengan tiga mata.
“Bagi kami, semua perlawanan adalah penting dan tiada istilah lawan mudah kerana semua pasukan yang bersaing pada kempen Piala AFC ini memiliki kelebihan tersendiri.
“Pada perlawanan esok (malam ini) saya mungkin melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama memandangkan mereka (Lao Toyota FC) juga mungkin menampilkan corak permainan yang berbeza berbanding sebelumnya,” kata Gomez pada sidang akhbar di Hotel Thistle, Johor Bahru semalam.
Sementara itu, pemain pertahanan Harimau Selatan, Aidil Zafuan Abdul Razak pula mengharapkan aksi konsisten daripada rakan-rakan sepasukannya dalam mengharungi perlawanan tersebut selain menyifatkan ia sebagai satu ramuan yang ampuh untuk membenam skuad kendalian jurulatih Phomphakdy Valakong itu.
“Saya lebih menekankan aspek konsistensi dalam pasukan dan tidak kisah sama ada kita menjaringkan gol awal atau sebaliknya, namun apa yang penting adalah kemenangan.
“Tidak guna jika kita menjaringkan banyak gol pada awal permainan, namun tidak dapat meneruskan momentum hingga ke penghujung permainan,” jelasnya.
Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz433fpYtEX Hakcipta terpelihara
Ahad, 13 Mac 2016
JDT rampas kembali takhta liga, Perak terikat lagi
AHAD, 13 MAC 2016 @ 11:43 PM
PEMAIN PDRM, Ashfaq Ali cuba melepasi kawalan pemain pertahanan JDT, Marcos Antonio dalam pertemuan Liga Super di Stadium Hang Jebat. - Foto Rasul Azli Samad
KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan PDRM 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka manakala Perak dan Terengganu FC (TFC) II terikat 0-0 di Stadium Perak, Ipoh.
Kemenangan itu melonjak JDT ke tangga teratas liga dengan kelebihan satu mata ke atas FELDA United di tangga kedua, serta mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini. JDT bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga penalti minit ke-48 yang disempurnakan kapten pasukan, Safiq Rahim untuk menembusi benteng PDRM, dan Jorge Pereyra Diaz menambah jaringan pada minit ke-76.
Di Stadium Perak, skuad tuan rumah kendalian Syamsul Saad mencatat keputusan seri kali keempat musim ini, dan yang ketiga di laman sendiri selepas turut seri menentang Kelantan dan Kedah. Ketajaman jentera serangan Perak terus menimbulkan tanda tanya selepas hanya meledak satu gol dalam aksi Liga Super, ketika terikat 1-1 dengan Pulau Pinang pada 1 Mac lalu.
PEMAIN Perak, Amirul Azhan Aznan melepasi asakan pemain TFC II, Mohamad Arif Fadzilah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh. - Foto BERNAMA
Sumber: http://www.bharian.com.my/node/133454
JDT rampas semula takhta
14 Mac 2016 12:16 AM
Pemain Perak, Muhd Fikri Sudin (kiri) cuba mengasak penjaga gol TFC, Wan Muhammad Azraie dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh yang berkesudahan seri 0-0 semalam.Gambar: Kamal Basir Wahab / Wartawan Sayed Hesham / Kosmo Ayman Ghaffa
KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kempennya mempertahankan gelaran juara Liga Super dengan menumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 untuk merebut semula kedudukan teratas semalam.
Kemenangan itu membolehkan JDT mengumpul 13 mata selepas lima perlawanan, satu mata di hadapan Felda yang mendahului seketika persaingan selepas mereka menang 2-0 ke atas Pahang 24 jam sebelumnya.
Bagaimanapun, perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka itu menyaksikan JDT terpaksa menanti hingga babak kedua perlawanan untuk memperoleh gol apabila ketua pasukan Mohd. Safiq Rahim menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-49 sebelum penyerang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz mengesahkan penguasaan Harimau Selatan pada minit ke-77.
Di Stadium Perak, pasukan tuan rumah terus buntu dalam usaha mencari kemenangan pertama liga apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Terengganu FC (TFC) semalam.
Ini merupakan keputusan seri keempat dialami Perak, yang turut tewas sekali selepas lima perlawanan.
Lebih menghampakan sepanjang lima perlawanan liga, Perak hanya mampu meledak satu gol iaitu ketika seri 1-1 dengan Pulau Pinang.
Barisan depan skuad Bos Gaurus perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan deretan peluang gol dalam aksi semalam, bermula dengan rembatan deras Vokhid Sodhiev dari dalam kotak penalti pada minit ke-16 namun tersasar.
TFC juga hampir mencipta jaringan pada minit ke-20 hasil percubaan Konate Makan dari luar kotak penalti namun rembatannya terkena palang.
Mohd. Hafiz Ramdan hampir memecahkan kebuntuan gol seminit kemudian apabila tandukannya menewaskan penjaga gol TFC, Wan Muhammad Azraie namun bola tersasar.
Perak terus menguasai babak kedua dengan menggandakan percubaan ke gawang lawan namun dihampakan oleh ketangkasan Wan Muhammad Azraie untuk perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-rampas-semula-takhta-1.200387#sthash.Ly3bUtt9.dpuf
Johor DT kembali terajui liga
SAFIQ menjaringkan gol pembukaan Johor DT pada aksi menentang PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi yang berkesudahan Harimau Selatan menang 2-0.
JOHOR Darul Takzim (Johor DT) mengambil alih kedudukan selaku peneraju Liga Super daripada Felda United selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.
Dengan kemenangan tersebut, Johor DT kini mengumpul 13 mata, mengatasi Felda dengan kelebihan satu mata,
Pada aksi malam tadi, kapten Johor DT, Safiq Rahim terus membuktikan kehebatannya selaku pemusnah apabila menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-49 menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Walaupun sebahagian besar barisan pemain Johor DT masih keletihan selepas aksi menentang Bengaluru FC pada kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) minggu lalu, namun ia tidak menjejaskan rentak mereka yang terus mempamerkan kelas tersendiri untuk menyekat kemaraan PDRM yang dilihat lebih agresif mengatur gerak sejak di awal permainan.
Namun, pengalaman yang dimiliki pemain Johor DT membolehkan mereka mengawal permainan dengan baik tanpa memberi sebarang ruang buat para pemain PDRM meloloskan diri.
Asakan demi asakan yang dilancarkan Johor DT sekali lagi membuahkan hasil apabila mereka memperoleh gol kedua pada minit ke-77 menerusi Pereyra Diaz, sekali gus mengesahkan kemenangan 2-0 Harimau Selatan pada perlawanan tersebut.
Dalam satu lagi perlawanan, Perak dan T-Team berkongsi satu mata selepas terikat seri tanpa jaringan pada aksi yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh.
Walaupun kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk menjelmakan jaringan tetapi ketumpulan jentera serangan menghampakan hasrat mereka untuk melakar kemenangan.
Berdasarkan keputusan tersebut, Perak kini menghuni tangga kesembilan liga dengan empat mata manakala T-Team menduduki tempat kesepuluh dengan tiga mata.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0314&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz42pVuNnTr Hakcipta terpelihara
Jumaat, 4 Mac 2016
JDT ke suku akhir Piala FA
Oleh Mohd Sabran Md
Sanisab@hmetro.com.my
Johor Bahru:
Pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) menepati ramalan mara ke pusingan suku
akhir selepas menewaskan Negeri Sembilan 4-1 pada aksi Piala FA di Stadium
Larkin malam tadi.
Percaturan
jurulatih Mario Gomez meletakkan beberapa pemain simpanan mengenepikan peluang
skuad Hoben Jang Hoben untuk meneruskan misi dalam merebut saingan ke pusingan
seterusnya.
Terdahulu,
rembatan kencang Aznie Taib yang memakai jersi nombor 28, membenam impian
pelawat apabila menjaringkan gol pada minit ke-5.
Aksi cemerlang
anak didik Gomez diteruskan lima minit kemudian apabila kapten JDT, Mohd Amri
Yahya menambah gol kedua menerusi sepakan penalti ke gawang lawan pada minit
ke-10.
Usaha
memasukkan Preyra Diaz tidak sia-sia apabila dia yang menggantikan Azammuddin
Akil pada minit ke-50 menjaringkan gol ketiga JDT hasil tandukan ke gawang
lawan pada minit ke-63.
Bagaimanapun
anak didik Gary Michael Phillips menjaringkan gol sulung pasukannya menerusi
jaringan Andrew Nabbout pada minit ke-66.
Pereyra Diaz
menambah gol keempat JDT pada babak masa tambahan dua minit.
Artikel ini
disiarkan pada : Sabtu, 5 Mac 2016 @ 12:16 AM
Pemain JDT Gary
Steven Robart (13) diasak pemain Negeri Sembilan, Mohd Norhafizuan (16) pada
perlawanan pusingan ketiga Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin,
Johor Bahru. FOTO NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN
JDT layak ke suku akhir Piala FA
AZIZAN INCHE HARUN
4 MAC 2016
JDT layak ke suku akhir Piala FA Safee Sali (kanan) diasak pemain Negeri Sembilan, Annas Rahmat pada Perlawanan Superbest Power Piala FA di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Larkin.
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) layak ke pusingan suku akhir Superbest Power Piala FA selepas menang mudah ke atas Negeri Sembilan 4-1 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Larkin, di sini, malam ini.
Pasukan pelawat pada babak pertama perlawanan dikejutkan dengan gol pembuka tirai JDT hasil sepakan lambung Aznie Taib dari luar kotak penalti pada minit kelima.
Tindakan pemain Negeri Sembilan mengasari Gary Steven Robart membawa padah apabila dihadiahkan sepakan penalti oleh Pengadil Perlawanan, Mohd Fairuzi Mat Desa.
Mohd Amri Yahya berjaya menyempurnakan sepakan penalti sekaligus memberi gol kedua buat Harimau Selatan pada minit kesembilan.
Juara Liga Super musim lepas itu terus mengasak pasukan pelawat melalui sepakan leret Azammuddin Akil pada minit ke-15, namun sedikit tersasar keluar.
Sepakan lambung Aznie dari luar kotak penalti sekali lagi hampir menggegarkan gawang gol Negeri Sembilan pada minit ke-33, tetapi tidak menepati sasaran.
Anak buah Gary Michael Phillips membuat beberapa serangan balas, namun sepakan leret Joel Chianese Joseph pada minit ke-38 sedikit tersasar keluar.
Babak kedua perlawanan menyaksikan asakan bertalu-talu anak buah Mario Gomez mencari gol ketiga melalui tandukan Safee Sali pada minit ke-53, namun sekadar melepasi palang gol.
Bagaimanapun, kemasukan Pareyra Diaz serasi berkolaborasi bersama Safiq Rahim sehingga membuahkan gol ketiga JDT apabila tandukannya selepas menerima hantaran lambung Safiq berjaya memboloskan gawang gol pasukan pelawat.
Usaha Negeri Sembilan yang dilihat gigih mencari gol pertama berhasil selepas tendangan kencang Andrew Nabbout pada minit ke-62 berjaya merobohkan benteng pertahanan tuan rumah.
Pasukan pelawat sekali lagi hampir merapatkan jurang gol dengan tuan rumah melalui sepakan leret Mohd Norhafizzuan pada minit ke-79, namun berjaya didakap kemas Mohd Izham Tarmizi.
Beraksi pada masa tambahan dua minit, JDT meledakkan gol keempat hasil sepakan Pareyra Diaz sebelum wisel penamat ditiup pengadil perlawanan dari Perak.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 4.3.2016
Langgan:
Catatan (Atom)