Label
- ACL 2020
- AFC2017
- JDT 2020
- JDT2020
- JOHOR DT 2014
- JOHOR FC 1998
- JOHOR FC 1999
- JOHOR FC 2000
- JOHOR FC 2001
- JOHOR FC 2003
- JOHOR FC 2004
- JOHOR FC 2006
- JOHOR FC 2007
- JOHOR FC 2008
- JOHOR FC 2009
- LIGA SUPER 2015
- LIGA SUPER 2016
- LIGA SUPER 2019
- PIALA AFC 2016
- PIALA FA 1998
- PIALA FA 2016
- PIALA FA 2018
- PIALA MALAYSIA 2000
- PIALA MALAYSIA 2016
- PIALA MALAYSIA 2017
- PIALA SUBANGSIH 2017
Khamis, 17 Mac 2016
Amukan Johor FC
PENYERANG Johor FC, Andres Gustavo (kanan) diasak oleh pemain pertahanan
Sarawak, Shahrizam Mohd. pada perlawanan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir
Gudang malam tadi.
JOHOR FC mengamuk di Pasir Gudang.
Malam tadi Bujang Senang menjadi mangsa mereka apabila menang bergaya 3-1
pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang.
Johor FC tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan apabila memperoleh
gol pembukaan seawal minit keempat.
Penyerang import dari Argentina, Andres Fuentes Gustavo
menyempurnakannya.
Begitupun, gol tersebut tidak melunturkan semangat pemain lawan dan
mereka bangkit melancarkan serangan, tetapi mudah disekat pertahanan tuan
rumah.
Ketika perlawanan sudah memasuki minit ke-32, Johor FC berpesta lagi.
Andres Fuentes sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring bagi
membolehkan pasukannya mendahului Sarawak 2-0.
Pergerakan berpunca daripada sepakan Eddy Helmi Manan yang terkena
pengadil dan Fuentes yang berada pada kedudukan terbaik, menyambar bola
tersebut untuk tindakan penyudah yang gagal diselamatkan penjaga gol Sarawak,
Mohd. Firdaus Ishak.
Pada minit-minit terakhir separuh masa pertama, keadaan berubah. Sarawak
berjaya merapatkan jurang selepas memperoleh gol menerusi sepakan penalti oleh
penyerang importnya, Nyom Nyom Aloys untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Sarawak diberikan sepakan penalti selepas pertahanan Johor FC, Mohd.
Nurul Azwan Roya tertampan bola dengan tangan ketika mahu menyelamatkan keadaan
kucar-kacir di depan pintu gol mereka.
Pada separuh masa kedua, aksi semakin rancak apabila kedua-dua pasukan
saling berbalas serangan.
Namun, Johor FC dilihat lebih berbahaya apabila memperoleh dua peluang
keemasan untuk menambah jaringan masing-masing pada minit ke-77 dan ke-78,
tetapi tidak menemui sasaran.
Malam bergaya Johor FC itu hadir pada minit ke-88 apabila bola lorongan
Andres Fuentes disempurnakan dengan kemas oleh Mohd. Ezaidy Mohd. Khadar bagi
melengkap kemenangan 3-1.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan