Jumaat, 4 Mac 2016

JDT ke suku akhir Piala FA

  Oleh Mohd Sabran Md Sanisab@hmetro.com.my
Johor Bahru: Pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) menepati ramalan mara ke pusingan suku akhir selepas menewaskan Negeri Sembilan 4-1 pada aksi Piala FA di Stadium Larkin malam tadi.

Percaturan jurulatih Mario Gomez meletakkan beberapa pemain simpanan mengenepikan peluang skuad Hoben Jang Hoben untuk meneruskan misi dalam merebut saingan ke pusingan seterusnya.

Terdahulu, rembatan kencang Aznie Taib yang memakai jersi nombor 28, membenam impian pelawat apabila menjaringkan gol pada minit ke-5.

Aksi cemerlang anak didik Gomez diteruskan lima minit kemudian apabila kapten JDT, Mohd Amri Yahya menambah gol kedua menerusi sepakan penalti ke gawang lawan pada minit ke-10.

Usaha memasukkan Preyra Diaz tidak sia-sia apabila dia yang menggantikan Azammuddin Akil pada minit ke-50 menjaringkan gol ketiga JDT hasil tandukan ke gawang lawan pada minit ke-63.

Bagaimanapun anak didik Gary Michael Phillips menjaringkan gol sulung pasukannya menerusi jaringan Andrew Nabbout pada minit ke-66.

Pereyra Diaz menambah gol keempat JDT pada babak masa tambahan dua minit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Mac 2016 @ 12:16 AM
 

Pemain JDT Gary Steven Robart (13) diasak pemain Negeri Sembilan, Mohd Norhafizuan (16) pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru. FOTO NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan