28 April
2016 12:40 AM
PENYERANG
JDT, Safee Sali (kiri) meraikan jaringannya bersama Muhammad Akram Mahinan
(kanan) dalam perlawanan Kumpulan H, Piala AFC menentang Ayeyawady United di
Yangon, Myanmar semalam. GAMBAR IHSAN JDT
KUALA LUMPUR
27 April – Walaupun tidak menyenaraikan beberapa nama besar pasukan, juara
bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) masih mampu meraih kemenangan untuk
mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu selepas menumpaskan Ayeyawady 2-1
dalam perlawanan Kumpulan H, Piala AFC di Yangon hari ini.
Dengan
kemenangan itu, JDT yang sudah pun melayakkan diri ke pusingan kedua
mengekalkan rekod bersih untuk mengumpul mata maksimum 15 mata daripada lima
perlawanan.
Pengendali
JDT, Mario Gomez meletakkan kepercayaan kepada tenaga tempatan sepenuhnya
dalam perlawanan itu manakala pemain import dan pemain tonggak seperti Mohd.
Safiq Rahim, Farizal Marlias dan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak direhatkan
untuk memastikan mereka memiliki tenaga secukupnya bagi menghadapi Kedah dalam
separuh akhir kedua Piala FA Sabtu ini.
Tanpa ramai
pemain utama, pasukan tuan rumah yang sebelum ini dibelasah 8-1 di Larkin, cuba
mencipta kejutan dan berjaya menyaingi JDT pada awal perlawanan di Pusat
Latihan Belia di ibu negara Myanmar itu
Ayeyawady
hampir membuka tirai jaringan menerusi percubaan Naing Lin Oo pada minit ke-20
dan rembatan Kyaw Zayar Win selang dua minit kemudian namun gagal membuahkan
hasil.
Asakan
bertubi-tubi Ayeyawady akhirnya meletakkan mereka di depan apabila pemain
tengah Thiha Zaw memanfaatkan situasi kelam-kabut di depan gawang JDT berpunca
daripada hantaran lintang Christopher Chizoba untuk menyumbat masuk bola pada
minit ke-26.
Tuan rumah
hampir menggandakan jaringan selang dua minit kemudian tetapi rembatan Zaw
terkena palang selepas menerima hantaran lintang daripada Chizoba.
Tersentak
dengan serangan tuan rumah, JDT membalas asakan dan hampir menyamakan kedudukan
tetapi percubaan Amirul Hadi Zainal berjaya dinafikan oleh penjaga gol Vanlal
Hruala.
Bagaimanapun,
Amirul tidak dapat dihalang pada minit ke-30 apabila dia melepaskan rembatan
leret setelah mendapat umpanan cantik pemain sayap S. Chanturu untuk
menggegarkan gawang.
JDT meneruskan
momentum garang mereka selepas rehat dan berpeluang menggandakan jaringan pada
minit ke-60 tetapi bola yang ditanduk pertahanan Junior Eldstal berlalu begitu
sahaja di depan gol tanpa disambut oleh rakan sepasukannya setelah menerima
hantaran lintang ketua pasukan Mohd. Amri Yahyah.
Ketika
perlawanan dilihat akan berkesudahan seri 1-1, Safee Sali memastikan tiga mata
penuh menjadi milik Harimau Selatan empat minit sebelum permainan tamat apabila
merembat masuk bola yang melantun selepas Mohammad Fadhli Shas menyaksikan
tandukannya terkena palang selepas menyambar sepakan bebas Amri.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-kekal-rekod-bersih-1.293441#sthash.cia0mr1V.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan