GOMEZ
Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my
Johor Bahru: Percaturan
taktikal ampuh menjadi taruhan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) untuk memburu
kemenangan apabila berdepan Bengaluru FC pada aksi separuh akhir kedua Piala
AFC di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore, India, malam ini.
Pengendali skuad Harimau
Selatan Mario Gomez menyifatkan dalam permainan bola sepak tiada yang mustahil
dan jika pemain beraksi mengikut strategi serta taktikal dirancang maka tiada
masalah untuk mencipta kemenangan walaupun beraksi di tempat lawan.
Katanya, biarpun tanpa kelibat
dua tonggak utama, Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero di posisi serangan
termasuk Mohd Amri Yahyah selepas ketiga-tiga pemain itu digantung satu
perlawanan, senario itu tidak menjejaskan perancangan yang dibuat rapi sejak
seminggu lalu.
“Ada baki 90 minit yang menjadi
penentu kemaraan kami, jadi saya anggap kedudukan masih 0-0 walaupun kita
mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama di laman sendiri,
28 September lalu dan saya percaya pemain sudah bersedia untuk aksi kali ini.
“Rombakan akan dilakukan
terutama di posisi serangan apabila Safee Sali akan bertindak selaku penyerang
dan kemungkinan dibantu Safiq Rahim atau Mohd Azinee Taib. Siapa yang akan
diturunkan akan diputuskan sebelum perlawanan malam ini.
“Walaupun kelebihan tampak
memihak Bengaluru FC yang memiliki jaringan di tempat lawan, kami perlu hanya
satu gol saja untuk melangkah ke pentas final. Tapi kalau boleh saya ingin
menang dengan lebih daripada satu gol,” katanya.
Kehadiran semula pemain bek
kanan, S Kunanlan dalam skuad itu selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan
nyata melegakan Gomez bagi memastikan benteng pertahanan kembali mantap
menerusi gandingan Marcos Antonio, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Muhd Fazly
Mazlan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Rabu, 19 Oktober 2016 @ 6:53 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan