Oleh NASRI JAMALUDIN
PENYERANG Johor FC, Andres
Gustavo (kanan) diasak oleh pemain pertahanan Sarawak, Shahrizam Mohd. pada
perlawanan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam tadi.
JOHOR FC mengamuk di Pasir
Gudang.
Malam tadi Bujang Senang
menjadi mangsa mereka apabila menang bergaya 3-1 pada perlawanan bola sepak
Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang.
Johor FC tidak menunggu lama
untuk memecah kebuntuan apabila memperoleh gol pembukaan seawal minit keempat.
Penyerang import dari
Argentina, Andres Fuentes Gustavo menyempurnakannya.
Begitupun, gol tersebut tidak
melunturkan semangat pemain lawan dan mereka bangkit melancarkan serangan,
tetapi mudah disekat pertahanan tuan rumah.
Ketika perlawanan sudah
memasuki minit ke-32, Johor FC berpesta lagi.
Andres Fuentes sekali lagi
mencatat nama sebagai penjaring bagi membolehkan pasukannya mendahului Sarawak
2-0.
Pergerakan berpunca daripada
sepakan Eddy Helmi Manan yang terkena pengadil dan Fuentes yang berada pada
kedudukan terbaik, menyambar bola tersebut untuk tindakan penyudah yang gagal
diselamatkan penjaga gol Sarawak, Mohd. Firdaus Ishak.
Pada minit-minit terakhir
separuh masa pertama, keadaan berubah. Sarawak berjaya merapatkan jurang
selepas memperoleh gol menerusi sepakan penalti oleh penyerang importnya, Nyom
Nyom Aloys untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Sarawak diberikan sepakan
penalti selepas pertahanan Johor FC, Mohd. Nurul Azwan Roya tertampan bola
dengan tangan ketika mahu menyelamatkan keadaan kucar-kacir di depan pintu gol
mereka.
Pada separuh masa kedua, aksi
semakin rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Namun, Johor FC dilihat lebih
berbahaya apabila memperoleh dua peluang keemasan untuk menambah jaringan
masing-masing pada minit ke-77 dan ke-78, tetapi tidak menemui sasaran.
Malam bergaya Johor FC itu
hadir pada minit ke-88 apabila bola lorongan Andres Fuentes disempurnakan
dengan kemas oleh Mohd. Ezaidy Mohd. Khadar bagi melengkap kemenangan 3-1.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4w7bU09JN
Hakcipta terpelihara