SKUAD Johor FC 'tengah sedap'.
Semuanya gara-gara kejayaan
mereka menjinakkan Pahang minggu lalu selepas tewas dalam dua perlawanan
berturut-turut pada saingan Liga Super sebelum itu.
Jurulatih Sang Lebah, Ramlan
Rashid (gambar) mengakui, moral pasukannya kini begitu tinggi bagi meneruskan
rentak kecemerlangan dalam usaha mengejar pendahulu Liga Super, Kedah yang kini
agak jauh meninggalkan mereka dengan 28 mata.
Advertisement
Begitupun ujar Ramlan, beliau
tidak mahu anak buahnya terlalu yakin sehingga menjerat diri sendiri menjelang pertemuan
menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Majlis Perbadanan Selayang
malam ini.
Menurut Ramlan, pasukan lawan
yang terkenal dengan jolokan 'Sang Saka Biru' itu pastinya mahu menebus
kekecewaan selepas 'ditembak' Negeri Sembilan Naza dalam perlawanan sebelum
ini.
"Saya harapkan setiap
pemain dapat mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan tersebut dalam usaha
membawa pulang tiga mata berharga," ujarnya kepada KOSMO!
Johor FC yang mengumpul 16 mata
kini di tangga ketujuh liga, empat mata di depan PDRM yang mengekori rapat di
tangga kelapan.
Ramlan berkata, kepulangan
tonggak pertahanan importnya, Mouise Moudourou yang sebelum ini cedera ternyata
melegakan kerana kehadirannya bakal mengukuhkan lagi benteng mereka.
"Kreativiti kapten pasukan,
Tengku Hazman Raja Hassan serta kelincahan dua lagi pemain import, Walter Ariel
Silva dan Andres Fuentes Gustavo juga amat ditagih bagi memastikan kami tidak
berputih mata esok (malam ini)," ujarnya bersemangat.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4wipJXpmN
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan