Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my
PENYERANG Johor FC, Andres
Fuentes Gustavo diasak pemain pertahanan Sarawak, Shahrizam Mohd. pada
perlawanan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang kelmarin.
KEJAYAAN menundukkan Sarawak
3-1 di Stadium Jcorp, Pasir Gudang pada aksi Liga Super malam kelmarin ternyata
mencetuskan inspirasi penyokong setia Johor FC.
Dengan memungut 12 mata serta
menghuni tangga keenam liga, skuad bimbingan Ramlan Rashid itu dilihat semakin
ghairah ‘berdansa’ bagi mengejar pendahulu, Kedah yang masih unggul dengan
kelebihan empat mata.
Begitupun jelas Ramlan, ia
bukan satu alasan bagi anak buahnya mendabik dada memandangkan perjalanan liga
masih panjang.
Selain memastikan konsentrasi
pemain tidak terjejas, Ramlan juga mahu skuad Lebah beraksi dengan lebih
cemerlang selepas ini tidak kira di gelanggang sendiri mahupun lawan.
“Kita sedar, setiap pasukan
dalam Liga Super mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri.
“Apapun, skuad Johor FC juga
bukan calang-calang pasukan yang pasti akan memberikan saingan dalam setiap
perlawanan,” ujarnya kepada KOSMO!
Dalam perlawanan kelmarin,
Johor FC yang turun tanpa dua tonggak utama iaitu Tengku
Hazman Raja Hassan dan Moise
Mandou Rou tenang membenam cabaran Sarawak menerusi dua gol oleh Andres Fuentes
Gustavo serta satu menerusi Mohd. Ezai- dy Mohd. Khadar.
Gol sagu hati Sarawak pula
dijaringkan oleh penyerang importnya, Nyom Nyom Aloys.
Menurut Ramlan, beliau amat
berpuas hati dengan gandingan mantap penyerangnya, Andres Fuentes dan Eddy
Helmi Manan dalam melakukan penyudah berkesan ke kubu gol lawan.
“Malah, saya juga yakin perse-
fahaman sesama pemain akan dapat dibentuk dengan lebih baik dalam
perlawanan-perlawanan selepas ini bagi memastikan rentak ‘tarian’ kemenangan
Sang Lebah berterusan, sekali gus menceriakan penyokong kami,” ujarnya
bersemangat
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4w8b8TUXC
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan