Isnin, 19 Mac 2018

Piala AFC: Cabaran Johor FC berakhir selepas tewas 1-4


ARKIB : 22/04/2009
Oleh arif nizam abdullah
sukan@utusan.com.my
JOHOR BAHRU - Cabaran Johor FC pada saingan bola sepak Piala AFC berakhir apabila dibelasah South China dari Hong Kong 1-4 di Stadium J. Corp Pasir Gudang di sini, semalam.

Johor FC yang turun dengan misi antara hidup dan mati serta perlu menewaskan pasukan pelawat ternyata gagal menggunakan kelebihan bermain pada waktu petang di gelanggang sendiri.

Perlawanan keempat skuad Lebah dalam Kumpulan F itu mempamerkan sikap leka anak buah Ramlan Rashid yang hampir memakan diri apabila dikejutkan dengan rembatan padu pemain import lawan dari Brazil, Caca yang menggegar pintu gol kiri tuan rumah pada minit ke-19.

Namun, gawang Johor FC akhirnya bocor apabila Caca mudah menyempurnakan hantaran silang rakan senegaranya, Tales Schutz yang lincah bergerak dari sebelah kiri padang pada minit ke-28.

Aksi seterusnya jelas milik pasukan pelawat yang membariskan tiga pemain luar dari Brazil apabila garang mengatur serangan ke arah kubu lawan namun kedudukan 1-0 kekal hingga separuh masa pertama.

Dua minit separuh masa kedua bermula, pemain lawan terus mengganas di gawang Johor FC apabila giliran Tales pula menjadi pemusnah menerusi rembatan kencang untuk kedudukan 2-0.

Jaringan itu bagaimanapun memberi suntikan semangat kepada Johor FC apabila berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-50 apabila sepakan percuma Eddy Helmi Abdul Manan terus menerjah jaring lawan.

Permainan yang menjadi rancak selepas itu masih gagal menambah jaringan yang memihak kepada pasukan Johor FC dan mereka dihukum oleh serangan pantas pihak lawan apabila Chan Chi Hong mengubah kedudukan 3-1 pada minit ke-65.

Johor FC terus memberikan tentangan sengit untuk merapatkan kedudukan namun kesilapan penjaga G. Jeevanatham menangkap kemas hantaran silang membuka peluang kepada Caca untuk menambah jaringan peribadi keduanya untuk kedudukan 4-1 pada minit-minit akhir perlawanan.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas perlawanan, jurulatih lawan, Kim Pam Gon berkata, dia tidak menyangka anak buahnya dapat menjaringkan empat gol di tempat lawan berbanding kemenangan 2-0 di tempat sendiri, awal bulan ini.

Katanya, rata-rata pemain berjaya mengikut arahan agar bijak menggunakan stamina dalam cuaca panas terik bagi tidak menjejaskan permainan mereka.

"Mereka tahu bila perlu menyerang dan bertahan agar tidak terlalu kerap berlari untuk mewujudkan gaya permainan yang efisien.

"Malah kehadiran tiga pemain luar dari Brazil juga merupakan satu kelebihan kepada pasukan saya berbanding Johor FC yang mempertaruhkan pemain tempatan," katanya.

Ramlan pula mengakui dia berasa kecewa apabila pasukannya gagal melepasi cabaran seterusnya dalam percubaan pertama Piala AFC itu, namun kekalahan 1-4 itu adalah di luar jangkaan.

Jelasnya, kekalahan itu merupakan satu pendedahan yang baik untuk pemainnya mengukur kemampuan mereka apabila kerap menonjolkan kelemahan kurang disiplin dalam setiap permainan.
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5AD9IldC1
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 18 Mac 2018

Hatrik Safawi sekat hajat besar UiTM

SUKAN»Bola
Ahad, 18 March 2018 | 12:12am
 
PENYERANG muda JDT , Safawi Rasid (dua dari kiri) meraikan gol jaringannya ketika menentang UiTM FC pada aksi Piala FA di Stadium UiTM, sebentar tadi. - FOTO BERNAMA
Hatrik Safawi sekat hajat besar UiTM
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
KONGSI ARTIKEL

SHAH ALAM: Penyerang muda Johor Darul Ta'zim (JDT),  Safawi Rasid membuktikan dia layak mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jorge Pereyra Diaz selepas melakar hatrik untuk membantu pasukannya menang tipis 3-2 ke atas UiTM FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Ketika tumpuan lebih terarah kepada Gonzalo Cabrera, penggempur berusia 21 tahun itu memastikan malam ini miliknya apabila meledak hatrik untuk menghalang kebangkitan UiTM FC.

Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengesahkan tempat ke suku akhir dan meneruskan perjuangan mereka untuk memburu Piala FA selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 2016.

Walaupun tewas, anak buah Wan Mustaffa Wan Ismail itu seharusnya berbangga apabila menunjukkan peningkatan pada musim ini terutamanya selepas mengambil kira mereka dibelasah 5-0 dan 4-0 dalam dua edisi Piala FA sebelum ini.

Pada aksi terbabit, tiada percubaan berbahaya dapat dihasilkan dalam tempoh 10 minit pertama sebelum gerakan menarik menerusi hantaran Natxo Insa disudahkan menerusi satu rembatan kencang oleh Safawi untuk gol pembukaan JDT pada minit ke-11.

JDT terus mengasak dan seharusnya menambah lagi gol tetapi ketangkasan Mohamad Soffuan menafikan percubaan kencang Natxo pada minit ke-23 sebelum mengecewakan Safiq Rahim pada minit ke-31.

Pemburuan gol kedua JDT berhasil apabila sepakan percuma Safawi terbias mengenai pertahanan tunah rumah sekali gus menerjah jaring ketika separuh masa pertama berbaki empat minit.

Selang seminit, penjaga gol JDT Farizal Marlias menafikan percuban satu lawan satu Dao Bakary, namun akhirnya tewas di penghujung babak pertama menerusi Lucas Ramon yang menggelecek bekas penjaga gol kebangsaan itu sebelum meledak ke gawang kosong untuk mengurangkan defisit gol.

Babak kedua bersambung, UiTM FC memperkemas corak permainan dan berjaya menekan serta mematahkan serangan JDT sehingga menyebabkan pelawat bergelut untuk mencipta peluang bagi memburu gol ketiga.

JDT akhirnya mampu menarik nafas lega apabila berjaya meledak gol ketiga selepas Safawi melengkapkan hatriknya menerusi voli hasil hantaran Azrif Nasrulhaq empat minit berselang.

Namun jaringan ketiga JDT belum mampu merentap semangat UiTM FC dan mereka sekali lagi berjaya mengurangkan defisit menerusi penyudah kemas Faiz Mohd Bandong yang mudah menewaskan Farizal pada minit ke-89.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 18 March 2018 | 12:12am

Sabtu, 17 Mac 2018

Magis Safawi sekat UiTM

Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
 
 PENYERANG muda Johor Darul Ta’zim (JDT),  Safawi Rasid membuktikan dia layak mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jorge Pereyra Diaz selepas melakar hatrik untuk membantu pasukannya menang tipis 3-2 ke atas UiTM FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Ketika tumpuan lebih terarah kepada Gonzalo Cabrera, penggempur berusia 21 tahun itu memastikan malam ini miliknya apabila meledak hatrik untuk menghalang kebangkitan UiTM FC.

Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengesahkan tempat ke suku akhir dan meneruskan perjuangan mereka untuk memburu Piala FA selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 2016.

Walaupun tewas, anak buah Wan Mustaffa Wan Ismail itu seharusnya berbangga apabila menunjukkan peningkatan pada musim ini terutamanya selepas mengambil kira mereka dibelasah 5-0 dan 4-0 dalam dua edisi Piala FA sebelum ini.

Pada aksi terbabit, tiada percubaan berbahaya dapat dihasilkan dalam tempoh 10 minit pertama sebelum gerakan menarik menerusi hantaran Natxo Insa disudahkan menerusi satu rembatan kencang oleh Safawi untuk gol pembukaan JDT pada minit ke-11.

JDT terus mengasak dan seharusnya menambah lagi gol tetapi ketangkasan Mohamad Soffuan menafikan percubaan kencang Natxo pada minit ke-23 sebelum mengecewakan Safiq Rahim pada minit ke-31.

Pemburuan gol kedua JDT berhasil apabila sepakan percuma Safawi terbias mengenai pertahanan tunah rumah sekali gus menerjah jaring ketika separuh masa pertama berbaki empat minit.

Selang seminit, penjaga gol JDT Farizal Marlias menafikan percuban satu lawan satu Dao Bakary, namun akhirnya tewas di penghujung babak pertama menerusi Lucas Ramon yang menggelecek bekas penjaga gol kebangsaan itu sebelum meledak ke gawang kosong untuk mengurangkan defisit gol.

Babak kedua bersambung, UiTM FC memperkemas corak permainan dan berjaya menekan serta mematahkan serangan JDT sehingga menyebabkan pelawat bergelut untuk mencipta peluang bagi memburu gol ketiga.

JDT akhirnya mampu menarik nafas lega apabila berjaya meledak gol ketiga selepas Safawi melengkapkan hatriknya menerusi voli hasil hantaran Azrif Nasrulhaq empat minit berselang.

Namun jaringan ketiga JDT belum mampu merentap semangat UiTM FC dan mereka sekali lagi berjaya mengurangkan defisit menerusi penyudah kemas Faiz Mohd Bandong yang mudah menewaskan Farizal pada minit ke-89.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Mac 2018 @ 12:07 AM

JDT, Tampines janji perlawanan sengit


SAFIQ RAHIM (dua dari kanan) bersalaman dengan tonggak Tampines Rovers, Fazrul Nawaz sambil diperhat
SAFIQ RAHIM (dua dari kanan) bersalaman dengan tonggak Tampines Rovers, Fazrul Nawaz sambil diperhatikan oleh jurulatih mereka Raul Longhi (kanan) dan Jurgen Raab dalam sidang akhbar menjelang perlawanan Piala AFC 2018 bagi kumpulan H di Johor Bahru semalam.
14 Mac 2018 3:00 AM

JOHOR BAHRU 13 Mac – Safiq Rahim yakin Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pulih daripada insiden pemergian bintang penyerang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz dan Harimau Selatan kini bersedia untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan menentang Tampines Rovers esok.

Diaz meninggalkan JDT secara tiba-tiba pada malam mereka sepatutnya ke Vietnam untuk menghadapi Song Lam Nghe An pada penghujung bulan lalu. Ketiadaannya menyaksikan JDT tumpas 2-0 dan kemudian sekadar seri tanpa jaringan dengan Tampines di Singapura.


Walau bagaimanapun, ketua pasukan JDT, Safiq berkata ketia­daan Diaz tidak memberi impak negatif terhadap moral pemain dan beberapa perlawanan dalam Liga Super membuktikan perkara tersebut.

JDT kini merampas semula kedudukan teratas liga selepas menumpaskan Terengganu 1-0 minggu ini.

Safiq juga memberi jaminan bahawa setiap pemain yang terpilih dalam kesebelasan utama akan memberi aksi terbaik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos esok untuk meraih kemenangan ke atas Tampines.

“Kami lebih fokus terhadap pasukan sendiri dengan menilai kekuatan dan kelemahan kami. Setiap kelemahan diperbaiki, manakala kekuatan terus dipertingkat,” katanya dalam sidang akhbar menjelang perlawanan di sini hari ini.

Jurulatih JDT, Raul Longhi bagaimanapun mengingatkan pemainnya agar tidak memandang rendah kemampuan Tampines walaupun mereka akan menghadapi lawan dalam Kumpulan H itu di gelanggang keramat mereka.

Katanya, setiap pasukan yang menentang Harimau Selatan pasti akan berusaha untuk menewaskan JDT.

“Ini kerana setiap pasukan yang bertemu dengan JDT pasti akan melakukan yang terbaik. Jadi, amat penting untuk pemain sentiasa bersedia sama ada dalam aspek fizikal mahupun mental.

“Kami akan bermain sepenuh hati untuk mencatatkan kemenangan, sekali gus mengutip tiga mata penuh, apatah lagi bermain di gelanggang sendiri,” katanya.

Ketua jurulatih Tampines, Jurgen Raab pula berkata pasukannya bersedia untuk memberi saingan sengit buat JDT walaupun me­ngakui kelebihan Harimau Selatan kerana bermain di laman sendiri.

“Saya tahu kemampuan dan kekuatan JDT, namun esok kami akan bermain bersungguh-sungguh dan beri saingan kepada mereka.

“Kami juga turun dengan misi untuk menang dalam perlawanan esok,” katanya.



SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-tampines-janji-perlawanan-sengit-1.626959#ixzz5A4SwUXdP
© Utusan Melayu (M) Bhd

KEPUTUSAN MASA PERTAMA PIALA FA 17.3.2018


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB      
Pahang            1 - 0     Kedah
m-45 Sumareh

Melaka United       1 - 0          Kuala Lumpur
m-4 Yahor Zubovich  m-31 Guilherme de Paula

UiTM       1 – 2 Johor Darul Ta'zim
                       m-11,m-40 Safawi Rasid
           
Pulau Pinang   0 - 1     Perak
                            m-17 Wander Luiz
PKNS  2 - 0     Kelantan
m-17 Romel Oswaldo
m-43 Mahali Jasuli

TERKINI MASA PERTAMA PIALA FA 17.3.2018


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB      
Pahang            0 - 0     Kedah

Melaka United       1 - 0          Kuala Lumpur
m-4 Yahor Zubovich  m-31 Guilherme de Paula

UiTM  0 - 1     Johor Darul Ta'zim
                       m-11,m-40 Safawi Rasid
           
Pulau Pinang   0 - 1     Perak
                            m-17 Wander Luiz
PKNS  1 - 0     Kelantan
m-17 Romel Oswaldo

TERKINI PIALA FA 17.3.2018

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB      
Pahang            0 - 0     Kedah

Melaka United 1 - 0    Kuala Lumpur
m-4 Yahor Zubovich

UiTM  0 - 1     Johor Darul Ta'zim
                       m-11 Safawi Rasid
           
Pulau Pinang   0 - 0     Perak

PKNS  1 - 0     Kelantan
m-17 Romel Oswaldo

JDT tewaskan Tampines Rovers di Larkin


SAFAWI RASID (tengah) meraikan jaringannya ketika aksi Piala AFC menentang Tampines Rovers di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.
Mohamad Faizal Hashim

14 Mac 2018 10:26 PM

JOHOR BAHRU 14 Mac - Johor Darul Ta'zim (JDT) dipaksa bekerja keras oleh pasukan Singapura, Tampines Rovers sebelum mencatatkan kemenangan tipis 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Ahmad Hazwan Bakri muncul penyelamat Harimau Selatan apabila menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan hampir memasuki tempoh 10 minit terakhir permainan.


Beraksi di hadapan lebih 8,000 penonton, JDT terlebih dahulu membuka jaringan menerusi percubaan Safawi Rasid melepaskan rembatan deras dengan menggunakan kaki kiri dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan pada minit ke-13.

Sebelum babak pertama berakhir, pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil setelah bola terkena tangan La’ Vere Corbin-Ong dan melayangkan kad kuning kepada pemain pertahanan itu.

Khairul Amri tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gawang, Mohd. Izham Tarmizi bagi menyamakan kedudukan.

Skuad bimbingan Raul Longhi memerah keringat melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang lawan akhirnya berjaya mendapat gol kemenangan menerusi percubaan Ahmad Hazwan pada minit ke-79 bagi membolehkan JDT mengutip tiga mata
.

Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan H, Persija Jakarta menewaskan pasukan dari Vietnam, Song Lam Nghe An 1-0 di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-tewaskan-tampines-rovers-di-larkin-1.627534#ixzz59ziydsiB
© Utusan Melayu (M) Bhd