SAFAWI RASID (tengah) meraikan
jaringannya ketika aksi Piala AFC menentang Tampines Rovers di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.
Mohamad Faizal Hashim
14 Mac 2018 10:26 PM
JOHOR BAHRU 14 Mac - Johor Darul
Ta'zim (JDT) dipaksa bekerja keras oleh pasukan Singapura, Tampines Rovers
sebelum mencatatkan kemenangan tipis 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan H,
Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.
Ahmad Hazwan Bakri muncul
penyelamat Harimau Selatan apabila menjaringkan gol kemenangan ketika
perlawanan hampir memasuki tempoh 10 minit terakhir permainan.
Beraksi di hadapan lebih 8,000
penonton, JDT terlebih dahulu membuka jaringan menerusi percubaan Safawi Rasid
melepaskan rembatan deras dengan menggunakan kaki kiri dari luar kotak penalti
menewaskan penjaga gol lawan pada minit ke-13.
Sebelum babak pertama berakhir,
pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil setelah bola terkena
tangan La’ Vere Corbin-Ong dan melayangkan kad kuning kepada pemain pertahanan
itu.
Khairul Amri tidak berdepan
masalah menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gawang, Mohd. Izham
Tarmizi bagi menyamakan kedudukan.
Skuad bimbingan Raul Longhi
memerah keringat melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang lawan
akhirnya berjaya mendapat gol kemenangan menerusi percubaan Ahmad Hazwan pada
minit ke-79 bagi membolehkan JDT mengutip tiga mata
.
Terdahulu, dalam satu lagi
perlawanan kumpulan H, Persija Jakarta menewaskan pasukan dari Vietnam, Song
Lam Nghe An 1-0 di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-tewaskan-tampines-rovers-di-larkin-1.627534#ixzz59ziydsiB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan