Khamis, 19 Februari 2015

TMJ lepaskan jawatan penasihat Presiden FAM

WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Februari 2015
 TMJ
TMJ
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai penasihat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, beliau tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil.

"Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.

"Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya sebagai penasihat FAM," katanya seperti dipetik dalam JOHOR Southern Tigers di sini hari ini.

Tunku Ismail berkata, beliau mengimpikan negara mempunyai badan pentadbir bola sepak yang dikendalikan oleh golongan berdedikasi, profesional dan berpengetahuan tentang bola sepak sekali gus bukannya ditadbir oleh pihak yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik satu masa nanti.

"Saya mempunyai satu impian. Satu impian dan idea yang menjadi pegangan saya, dan ianya satu impian dan idea yang saya sanggup berkorban untuk mencapainya.

"Saya impikan bahawa suatu hari nanti, persatuan-persatuan bola sepak diuruskan oleh mereka yang profesional. Saya impikan suatu hari nanti, para penyokong bola sepak tempatan lebih bertamadun dalam menyokong pasukan masing-masing dan tidak berbalah sesama sendiri."Saya mengimpikan setiap pasukan dilayan secara adil. Hanyalah bola sepak, permainan yang indah, tiada politik," katanya.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 20.2.2015

TERKINI PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2015

OLEH – AHMAD BIN YAAKOB

TIGA GOL
Dramane Traore-PDRM
DUA GOL
Billy Mehmet-Sarawak
Makache Ndumba-Felda United
Nuridzuan Abu Hassan-Perak

SATU GOL
Ismail Faruqi-Terengganu
Daruli Gustavo Lopez-Terengganu
Noor Hazrul Mustafa-Kelantan.
Erwin Carillo-Kelantan
Jonathan McKain-Kelantan
Badhri Radzi-Kelantan
Bojan Miladonovic-Felda United
Edward Junior Wilson-Felda United
Ahmad Syahmim Yahya-Felda United
Shukor Adan-Felda United
Shahrol Saperi-Sarawak
Hairol Mokhtar-Sarawak
Ashri Chuchu-Sarawak
Joseph Kalang Tie-Sarawak
Namkung Wong-Perak
Gabriel Quak- Lions XII
Faris Ramli- Lions XII
Izzdin Shafiq- Lions XII
Hafiz Sujad- Lions XII
Sahil Suhaimi- Lions XII
Marcos Antonio-Johor DT
Luciano Figueroa-Johor DT
Paulo Rangel-Terengganu
Mohamadou Sumareh-PDRM
Matías Conti-Pahang
Andik Vermansyah-Selangor

Rabu, 18 Februari 2015

Selangor enggan bagi muka

MUHAMMAD DAYNE AZMIN  |  18 Februari 2015 1:45 AM
Kuala Lumpur 26 Oktober  2014-Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri
Kuala Lumpur 26 Oktober  2014-Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri
Datuk Seri Afandi Hamzah
KUALA LUMPUR – Maaf Johor Darul Ta’zim (JDT).
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak berhasrat untuk meng­ubah jadual perlawanan ketiga Liga Super yang telah diatur pada Sabtu ini seperti yang diminta oleh Persa­tuan Bolasepak Negeri Johor(PBNJ).
PBNJ sebelum ini meminta perlawanan itu diawalkan sehari untuk membolehkan JDT mendapat rehat secukupnya bagi menghadapi Piala AFC Selasa depan.
Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd. Ibrahim bagaimanapun ber­kata, mereka bukannya sengaja ti­dak mahu melayani permintaan JDT, tetapi terikat dengan beberapa kekangan memandangkan Jumaat ini adalah hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina.
Cuti pada hari tersebut akan menye­babkan kesukaran untuk mendapatkan anggota keselamatan yang mencukupi bagi mengawasi perlawanan, selain mengganggu perancangan jurulatih memandang­kan perlawanan hanya tinggal beberapa hari, membuatkan permohonan JDT sukar dipenuhi.
“Tidak ada perubahan (jadu­al perlawanan), aksi Selangor ber­depan JDT tetap akan berlangsung seperti dijadualkan iaitu pada Sabtu di Stadium Shah Alam dan kami tidak dapat ikut permintaan PBNJ kerana banyak masalah yang akan timbul nanti.
“Perkara ini diputuskan sele­pas mesyuarat khas yang diadakan hari ini (semalam) dan kami di FAS mendapati perkara ini mengganggu perancangan pasukan, selain hari yang dipohon oleh PBNJ jatuh pada cuti umum.
“Jadi, timbul kesukaran untuk mendapatkan jumlah anggota bertugas yang cukup untuk me­ngawal keselamatan kerana ke­banyakan mereka sudah mengambil cuti dan segala perancangan bagi perlawanan pada Sabtu ini telah dirancang rapi.
“Jurulatih (Mehmet Durakovic) juga tidak mahu jadual perlawanan diubah kerana dia tidak mahu pe­rancangan pasukannya terganggu walaupun diawalkan sehari,” kata­nya ketika dihubungi semalam.
Utusan Malaysia semalam me­laporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Seri Afandi Hamzah memberitahu, PBNJ telah mengemukakan permohonan agar perlawanan Selangor dan JDT dipercepat daripada Sabtu kepada Jumaat ini.
Asas kepada rayuan itu disebabkan mereka perlu memberi tumpuan kepada Piala AFC pada 24 Februari (Selasa depan) berdepan kelab India, East Bengal dan mahu mendapatkan rehat yang mencukupi.
Namun, JKPT FAM berkata, mereka tiada kuasa mutlak untuk meminda jadual perlawanan kecuali mendapat persetujuan bersama daripada FAS.
Sementara itu, Afandi ketika dihubungi mengesahkan mereka telah menerima maklum balas daripada FAS yang bermakna tiada sebarang pindaan akan dilakukan dalam perlawanan antara Selangor dan JDT.
“Saya telah mendapat jawapan daripada FAS dalam soal berkenaan dan kami menghormati padangan serta alasan terhadap penolakan Selangor yang tidak mahu perlawanan ini diawalkan.
“JDT juga ada diberitahu dan mereka menerima keputusan tersebut secara profesional walaupun kurang gembira, jadi saya harap tiada lagi sebarang isu mengenai perkara ini,” katanya.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selangor-enggan-bagi-muka-1.60955#sthash.7R5MP1u0.dpuf

Aksi Selangor-JDT ditangguh?



Afandi Hamzah


17 Februari 2015 1:36 AM
  
KUALA LUMPUR – Pertembungan antara dua gergasi Liga Super, Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini di Stadium Shah Alam besar kemungkinan bakal diawalkan sehari.
Afandi Hamzah
Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada persetujuan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) terhadap rayuan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang menjadikan faktor jadual perlawanan Piala AFC yang bermula 24 Februari ini sebagai punca mereka mahu aksi itu diadakan pada Jumaat.
Bukan sekadar JDT, pasukan Pahang yang turut bersaing dalam Piala AFC juga berdepan dilema yang sama apabila mereka mahu aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur pada 1 Mac dilewatkan beberapa hari agar mereka mendapat rehat secukupnya sebelum berdepan JDT.
Ujar Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Seri Afandi Hamzah, mereka ada menerima surat daripada JDT pada lewat petang semalam dan pihaknya akan meneliti dengan lebih mendalam asas yang dikemukakan selain menunggu maklum balas FAS.
“JDT ada mengemukakan permohonan agar aksi dengan Sela­ngor pada Sabtu ini diawal sehari iaitu Jumaat (20 Februari) kerana pada 24 Februari, mereka akan buka cabaran dalam Piala AFC di tempat sendiri menentang East Bengal.
“Mereka mahu mendapat rehat yang cukup sekurang-kurangnya tiga hari namun dalam hal ini, JKPT tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan sebaliknya kena dapat persetujuan daripada FAS, surat ini juga telah diberi kepada mereka.
“Jika FAS tidak bersetuju, maka kami FAM tidak boleh berbuat apa-apa atau terpaksa mencari titik pertemuan antara ke­dua-dua pihak,” katanya semalam.
Berkenaan Pahang, Afandi berkata, skuad Tok Gajah terpaksa bertandang ke Myanmar bertemu Yanadarbon pada 25 Februari dan hanya pulang ke tanah air, dua hari kemudian.
“Satu lagi wakil yang akan bersaing dalam Piala AFC, Pahang juga berdepan masalah ke­rana terpaksa bertandang ke tempat lawan iaitu di Myanmar.

 “Beberapa hari kemudian, mereka perlu bersaing dalam Piala FA bertemu JDT, jadi PBNP (Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang) ada meminta perlawanan di Stadium Darul Makmur itu dilewatkan.
“Berdasarkan cadangan awal, tarikh 3 Mac mungkin pa­ling sesuai untuk perlawanan pusi­ngan pertama Piala FA antara Pahang dan JDT, namun perkara itu kena dibincangkan terlebih dahulu sebelum diluluskan, “ katanya.
Sementara itu, FAS yang dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan mereka belum mendapat sebarang surat daripada FAM berkenaan permohonan JDT mahu aksi di Shah Alam dilangsungkan Jumaat ini.
Penolong Pengurus Selangor, Noor Hisham Mohd. Ghouth, berkata, dia terkejut mendapat perkhabaran itu, malahan jurulatihnya, Mehmet Durakovic yang ditemui pada petang semalam di sesi latihan, juga tidak mendapat maklumat tersebut.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/aksi-selangor-jdt-ditangguh-1.60453#sthash.t0Zh8qwp.dpuf

Isnin, 16 Februari 2015

Nazirul tak ‘lemas’


 
Kelana Jaya: Kapten skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Nazirul Naim Che Hashim percaya dia dan rakan sepasukan tidak lemas dengan pujian susulan kejayaan diraih baru-baru ini sebaliknya kekal fokus dengan misi sebenar kejohanan kelayakan AFC B-23 bulan depan.

Skuad kendalian Razip Ismail itu dijulang selepas merangkul Piala Emas Bangabandhu di Bangladesh 8 Februari lalu dan harapan lebih tinggi kini diletakkan di bahu pemain untuk merealisasikan misi utama pada kelayakan itu nanti.

Bagi Nazirul, 21, dia percaya kejayaan awal diraih itu tidak membuatkan mereka cepat ‘besar kepala’ kerana mereka masih berpijak di bumi nyata.

“Peringatan akan selalu diberikan jika ada pemain bersikap sedemikian, tapi saya yakin semua pemain tetap fokus dengan misi sebenar. Kejayaan di Bangladesh itu kami anggap hanyalah aksi persahabatan sebagai persiapan bagi pusingan kelayakan (AFC B-23) kerana itu sasaran utama kami,” katanya kepada Arena Metro.

Skuad B-22 berlepas ke Surabaya semalam bagi perlawanan persahabatan dengan skuad Olimpik Indonesia Selasa ini sebelum dijadual bertemu skuad B-20 Fiji pada 23 Februari dan skuad B-23 Pakistan tiga hari selepas itu di Kuala Lumpur.

“Saya lihat peningkatan semangat berpasukan dalam kalangan pemain. Mereka tidak cepat mengalah dan memberikan komitmen lebih 100 peratus.

“Namun masih ada banyak perkara yang perlu diperbaiki, kami perlu kurangkan kesilapan mudah,” katanya.

Pemain kelahiran Perak itu pernah mengikat kontrak dengan kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu bersama seorang lagi bekas pemain Harimau Muda A Wan Zack Haikal pada 2003 selama hampir setahun sebelum kembali ke Malaysia.

Pada pusingan kelayakan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan I bakal bertemu Vietnam pada 27 Mac, diikuti Macau (29 Mac) dan Jepun (31 Mac).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 7:20 AM

NAZIRUL harap rakan mampu pamer aksi kosisten pada kelayakan AFC B-23.

SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/31205#sthash.8u32JhQV.dpuf

JDT masuk perangkap Polis

MUHAMMAD DAYNE AZMIN  |  15 Februari 2015 12:26 AM

 PENYERANG JDT, Luciano Figueroa cuba melepaskan diri daripada
PENYERANG JDT, Luciano Figueroa cuba melepaskan diri daripada
PENYERANG JDT, Luciano Figueroa cuba melepaskan diri daripada asakan dua pemain PDRM, Kughebe Onoriode dan Mohamad Muslim (bawah) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam semalam. PDRM menang 1-0. – MINGGUAN/Saharuddin Abdullah
SHAH ALAM - Reputasi hebat juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) tercalar di Stadium Shah Alam apabila mereka tumpas 1-0 di tangan PDRM melalui jaringan pemain dari Gambia, Mohamadou Sumareh pada minit ke-76.
Kemenangan PDRM itu, yang merupakan juara Liga Perdana musim lalu, jelas memberikan amaran tersendiri kepada pencabar-pencabar lain bahawa kehadiran skuad kendalian Azman Adnan itu tidak boleh dipandang sepi pada musim ini.
Selain Sumareh, aksi lincah yang dipamerkan oleh beberapa lagi pemain import PDRM, Dramane Traore, Kughebe Onoriode dan Ali Ashfaq membuatkan JDT kelihatan kelam-kabut untuk mengawal pergerakan mereka.
The Cops, yang tumpas 5-3 kepada Lions XII minggu lalu, memulakan permainan dengan langkah menyakinkan sebaik sahaja aksi bermula apabila hantaran silang V. Thirumurugan pada minit ketiga hampir membuahkan hasil tetapi Traore gagal menanduk kemas ke arah gawang JDT.
Bagaimanapun, Harimau Selatan membalas serangan dua minit kemudian menerusi Luciano Figueroa yang melepaskan rembatan sipi dalam situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol The Cops.
Tuan rumah sekali lagi hampir berada di hadapan pada minit keenam melalui gerakan Ashfaq yang membuat hantaran silang ke dalam kotak penalti namun bola sekadar melintasi celah kaki Traore.
Reputasi hebat dimiliki JDT langsung tidak menggentarkan PDRM apabila terus menguasai permainan cuma dihampakan ketumpulan jentera serangan, kali ini melalui Mohd. Fauzi Abd. Majid yang merembat tinggi melepasi palang pada minit ke-35, juga selepas menerima umpanan Ashfaq.
Pada minit ke-57, penyokong PDRM gembira seketika kerana menyangkakan sepakan jarak jauh pertahanan dari Nigeria, Onoriode menerjah gawang JDT, namun pengadil Suhaizi Shukri membatalkan gol berkenaan kerana mendakwa bola mengenai salah seorang pemain PDRM yang berada dalam kedudukan ofsaid.
Namun, ketika penyokong JDT mula menyanyi dan bersorak, PDRM akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-76 menerusi gerakan solo Sumareh.
Selepas memperdayakan tiga pemain, bola percubaannya dari luar kotak penalti mengenai tiang sebelum bergolek masuk menewaskan penjaga gol kebangsaan Farizal Marlias.
JDT yang amat memerlukan jaringan penyamaan memasukkan Safee Sali pada minit ke-81 untuk menggantikan S. Chanturu tetapi perubahan itu tidak memberi sebarang kesan apabila benteng PDRM kental mempertahankan kelebihan tipis mereka.
Sementara itu Perak mengekalkan aksi konsisten apabila meraih kemenangan kedua dalam kempen Liga Super selepas menewaskan ATM 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban.
Kemenangan Bos Gaurus itu membolehkan pasukan tersebut berada di puncak liga dengan enam mata dan menjarakkan kedudukan menerusi kelebihan dua mata daripada pasukan tangga kedua Felda United.
Pada perlawanan tersebut Perak yang berkunjung di laman lawan tidak menghadapi masalah untuk beraksi dengan baik dan mendapatkan gol pertama pada minit ke-20 menerusi Nasir Basharuddin sebelum menambah gol kedua hasil jaringan Nurridzuan Abu Hassan pada minit ke-53.
Di Stadium MP Selayang menyaksikan Felda United beraksi cemerlang untuk meraih tiga mata dengan membelasah Sime Darby 3-0.
Tiga gol Felda United hadir menerusi Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-12, Ndumba Makeche minit ke-15 dan hasil jaringan kapten pasukan Muhammad Shukor Adan minit ke-77.
Kini Felda Unied telah me­ngumpul empat mata selepas dua perlawanan liga yang turut menyaksikan pasukan tersebut meraih keputusan seri 3-3 pada aksi pertama musim ini menentang Sarawak minggu lepas.
Perlawanan di Stadium Negeri, Kuching menyaksikan Sarawak berjaya mendapatkan kemenangan pertama dalam kempen musim ini selepas menewaskan Terengganu 3-1.
Pada perlawanan tersebut Sarawak tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan seawal minit keempat menerusi Billy Mehmet dan menambah jaringan kedua melalui Ashri Chuchu minit keenam.
Terengganu cuba untuk merapatkan kedudukan jaringan apabila berjaya mendapatkan gol pada minit ke-14 menerusi Paulo Rangel namun tuan rumah terus menambah derita pasukan pelawat dengan meledak gol ketiga yang dijaringkan oleh Joseph Kalang Tie minit ke-39.
Sarawak kini berada di tangga ketiga liga berkongsi empat mata dengan pasukan tangga kedua Felda United.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-masuk-perangkap-polis-1.59555#sthash.bjEeEs0V.dpuf

Selasa, 10 Februari 2015

Bangkok Glass 3 – 0 JDT

Play-Off AFC Champions League 2015

Keputusan       Bangkok Glass  3 – 0  JDT 2015
Status  Masa Penuh
Bangkok Glass  
penjaring gol
29′ Narong Jansawek
52′, 62′ Lazarus Kaimbi
dikemaskini logo         Kekalahan kepada pasukan kelab dari Thailand, Bangkok Class FC sekali gus menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) tersingkir dalam cabaran perlawanan kelayakan Liga Juara-juara AFC (AFC Champions League)

sumber : http://www.mysumber.com/keputusan-jdt-vs-bangkok-glass-10-februari-2015.html#ixzz3RLox15Wm

Isnin, 9 Februari 2015

PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2015

OLEH – AHMAD BIN YAAKOB

TIGA GOL
Dramane Traore-PDRM

SATU GOL
Ismail Faruqi-Terengganu
Daruli Gustavo Lopez-Terengganu
Noor Hazrul Mustafa-Kelantan.
Erwin Carillo-Kelantan
Bojan Miladonovic-Felda United
Makache Ndumba-Felda United
Edward Junior Wilson-Felda United
Shahrol Saperi-Sarawak
Billy Mehmet-Sarawak
Hairol Mokhtar-Sarawak
Nuridzuan Abu Hassan-Perak
Namkung Wong-Perak
Gabriel Quak- Lions XII
Faris Ramli- Lions XII
Izzdin Shafiq- Lions XII
Hafiz Sujad- Lions XII
Sahil Suhaimi- Lions XII
Marcos Antonio-Johor DT
Luciano Figueroa-Johor DT

Jumaat, 6 Februari 2015

FAM beri JDT surat tunjuk sebab

MUHAMMAD DAYNE AZMIN  |  06 Februari 2015 2:45 AM


Kain rentang bergambarkan manusia berkepala anjing dibentangkan di kawasan tempat duduk penyokong JDT oleh sekumpulan penyokong, disyaki sebagai tanda protes sebahagian penyokong JDT kepada FAM sewaktu perlawanan sumbangsih di Johor Bahru pada Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR - Seperti diramalkan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bakal mendapat surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkaitan insiden kain ren­tang gambar manusia berkepala anjing ketika perlawanan sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang Sabtu lalu.
Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Afandi Hamzah, PBNJ diberi masa tujuh hari untuk menjawab surat berkenaan dan kes itu bakal dibincangkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM sekiranya jawapan yang diberikan oleh pihak JDT menuntut pembelaan.
“Dalam mesyuarat sebentar tadi, pihak JKPT mencapai keputusan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada JDT dan mereka diberi masa selama tujuh hari untuk menjawab.

Advertisement
“Surat itu berkaitan dengan isu kain rentang yang terdapat gambar anjing semasa perlawanan sumbangsih di Stadium Larkin, Sabtu lalu dan apa jua tindakan akan dilihat selepas itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Bagi mengelakkan insiden sama berulang dalam perlawanan akan datang, Afandi berkata, mesyuarat juga memutuskan untuk mengeluarkan surat pekeliling sekali lagi kepada semua pasukan yang bertanding bagi mengingatkan mereka mengenai Garis Panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) terhadap penggunaan sepanduk yang dibenarkan.

“Pihak JKPT mengambil serius akan hal ini dan berpendapat kami perlu mengeluarkan satu lagi surat pekeliling kepada semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia berkenaan penggunaan ayat dalam sepanduk semasa perlawanan berlangsung.
“SOP ini perlu dipatuhi oleh semua pasukan bagi mengelakkan ayat atau gambar yang dianggap sensitif serta boleh mengundang provokasi pihak lawan demi mengelak insiden yang berlaku di Larkin pada Sabtu lalu berulang,” katanya.
Sabtu lalu, sekumpulan penyokong JDT membentangkan tifo gergasi yang memaparkan gambar anjing sebagai tanda melepaskan kekecewaan terhadap FAM sewaktu perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru.
Insiden itu mendapat perhatian meluas banyak peminat dan pemerhati yang menyifatkan perbuatan itu tidak menghormati tatasusila dan adab orang Malaysia.
Dalam kes berlainan, Afandi mengesahkan dua pemain Harimau Muda, D. Saarvindran dan Mohd. Ferris Danial tidak boleh beraksi se­lagi status mereka masih tergantung namun mereka mendapat pengecualian istimewa untuk didaftarkan ketika liga masih berlangsung.
“Buat masa ini, kami di JKPT masih belum boleh mendaftarkan nama kedua-dua pemain ini kerana belum ada jalan penyelesaian antara pihak yang berkaitan dalam kes ini.
“Walaupun saya dengar akan di­selesaikan secara baik antara Pahang dan Selangor dalam kes Saarvindran manakala Ferris pula melibatkan Felda United dan Kelantan, kami akan tunggu sehingga mendapat kata rasmi daripada pihak yang terlibat.
“Tiada masalah sekiranya nama mereka didaftarkan semasa liga masih berlangsung sekali pun, tidak perlu tunggu hingga pintu perpindahan kali kedua pada April kerana pihak JKPT memberikan kelonggaran buat pemain Harimau Muda dalam hal ini,” katanya.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/fam-beri-jdt-surat-tunjuk-sebab-1.56568#sthash.SVY4ZRhy.dpuf

Rabu, 4 Februari 2015

KEPUTUSAN PENUH JOHOR DT 2-1 BENGALURU FC

 OLEH-AHMAD YAAKOB
PERLAWANAN PLAYOFF LIGA JUARA-JUARA ASIA 2015
JOHOR DT                  2-1 BENGALURU FC
m-47 Harris Harun           m-89 Lyngooh
m-97 S.Chanturu
JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
05 AMIRUL HADI ZAINAL
06 MARCOS ANTONIO ELIAS SANTOS
25 JUNIOR ELDSTAL
27 MOHD FADHLI SHAS
12 S.KUNALAN
14 HARISS HARUN
08 SAFIQ RAHIM-K
16 MOHD SHAKIR SHAARI
18 MAHALI JASULI
20 NAZRIN NAWI
PEMAIN GANTIAN
11 PEREYRA DIAZ
27 JASAZRIN JAMALUDDIN
23 S.CHANTURU
BENGALURU FC
28 MAWIA
04 CURTIS OSANO
06 JOHN JOHNSON
07 SEAN ROONEY
10 JOSHUA WALKER
11 SUNIL CHHETRI
13 RINO ANTO
14 LYNGOOH
18 BEIKHOKHEI
23 CHHUANTEA
PEMAIN GANTIAN

09 ROBIN SINGH

TERKINI MASA TAMBAHAN JOHOR DT 2-1 BENGALURU FC

OLEH- AHMAD YAAKOB

PERLAWANAN PLAYOFF LIGA JUARA-JUARA ASIA 2015
JOHOR DT                  2-1 BENGALURU FC
m-47 Harris Harun           m-89 Lyngooh
m-97 S.Chanturu

JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
05 AMIRUL HADI ZAINAL
06 MARCOS ANTONIO ELIAS SANTOS
25 JUNIOR ELDSTAL
27 MOHD FADHLI SHAS
12 S.KUNALAN
14 HARISS HARUN
08 SAFIQ RAHIM-K
16 MOHD SHAKIR SHAARI
18 MAHALI JASULI
20 NAZRIN NAWI
PEMAIN GANTIAN
11 PEREYRA DIAZ
27 JASAZRIN JAMALUDDIN
23 S.CHANTURU
BENGALURU FC
28 MAWIA
04 CURTIS OSANO
06 JOHN JOHNSON
07 SEAN ROONEY
10 JOSHUA WALKER
11 SUNIL CHHETRI
13 RINO ANTO
14 LYNGOOH
18 BEIKHOKHEI
23 CHHUANTEA
PEMAIN GANTIAN

09 ROBIN SINGH

TERKINI MASA KEDUA JOHOR DT 1-1 BENGALURU FC

OLEH-AHMAD YAAKOB

PERLAWANAN PLAYOFF LIGA JUARA-JUARA ASIA 2015
JOHOR DT                  1-1 BENGALURU FC
m-47 Harris Harun           m-89 Lyngooh

JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
05 AMIRUL HADI ZAINAL
06 MARCOS ANTONIO ELIAS SANTOS
25 JUNIOR ELDSTAL
27 MOHD FADHLI SHAS
12 S.KUNALAN
14 HARISS HARUN
08 SAFIQ RAHIM-K
16 MOHD SHAKIR SHAARI
18 MAHALI JASULI
20 NAZRIN NAWI
PEMAIN GANTIAN
11 PEREYRA DIAZ


BENGALURU FC
28 MAWIA
04 CURTIS OSANO
06 JOHN JOHNSON
07 SEAN ROONEY
10 JOSHUA WALKER
11 SUNIL CHHETRI
13 RINO ANTO
14 LYNGOOH
18 BEIKHOKHEI
23 CHHUANTEA
PEMAIN GANTIAN

09 ROBIN SINGH

TERKINI MASA KEDUA JOHOR DT 1-0 BENGALURU FC

OLEH-AHMAD YAAKOB

PERLAWANAN PLAYOFF LIGA JUARA-JUARA ASIA 2015
JOHOR DT  1-0 BENGALURU FC1-0 BENGALURU FC
m-47 Harris Harun

JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
05 AMIRUL HADI ZAINAL
06 MARCOS ANTONIO ELIAS SANTOS
25 JUNIOR ELDSTAL
27 MOHD FADHLI SHAS
12 S.KUNALAN
14 HARISS HARUN
08 SAFIQ RAHIM-K
16 MOHD SHAKIR SHAARI
18 MAHALI JASULI
20 NAZRIN NAWI
PEMAIN GANTIAN
11 PEREYRA DIAZ


BENGALURU FC
28 MAWIA
04 CURTIS OSANO
06 JOHN JOHNSON
07 SEAN ROONEY
10 JOSHUA WALKER
11 SUNIL CHHETRI
13 RINO ANTO
14 LYNGOOH
18 BEIKHOKHEI
23 CHHUANTEA

TERKINI MASA PERTAMA JOHOR DT 0-0 BENGALURU FC

OLEH-AHMAD YAAKOB

PERLAWANAN PLAYOFF LIGA JUARA-JUARA ASIA 2015

JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
05 AMIRUL HADI ZAINAL
06 MARCOS ANTONIO ELIAS SANTOS
25 JUNIOR ELDSTAL
27 MOHD FADHLI SHAS
12 S.KUNALAN
14 HARISS HARUN
08 SAFIQ RAHIM-K
16 MOHD SHAKIR SHAARI
18 MAHALI JASULI
20 NAZRIN NAWI
PEMAIN GANTIAN


BENGALURU FC
28 MAWIA
04 CURTIS OSANO
06 JOHN JOHNSON
07 SEAN ROONEY
10 JOSHUA WALKER
11 SUNIL CHHETRI
13 RINO ANTO
14 LYNGOOH
18 BEIKHOKHEI
23 CHHUANTEA
PEMAIN GANTIAN