MUHAMMAD DAYNE AZMIN | 18
Februari 2015 1:45 AM
Kuala Lumpur 26 Oktober 2014-Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri
Datuk Seri Afandi Hamzah
KUALA LUMPUR – Maaf Johor Darul
Ta’zim (JDT).
Persatuan Bola Sepak Selangor
(FAS) tidak berhasrat untuk mengubah jadual perlawanan ketiga Liga Super yang
telah diatur pada Sabtu ini seperti yang diminta oleh Persatuan Bolasepak
Negeri Johor(PBNJ).
PBNJ sebelum ini meminta
perlawanan itu diawalkan sehari untuk membolehkan JDT mendapat rehat secukupnya
bagi menghadapi Piala AFC Selasa depan.
Setiausaha Agung FAS, Rosman
Mohd. Ibrahim bagaimanapun berkata, mereka bukannya sengaja tidak mahu
melayani permintaan JDT, tetapi terikat dengan beberapa kekangan memandangkan
Jumaat ini adalah hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina.
Cuti pada hari tersebut akan
menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan anggota keselamatan yang mencukupi
bagi mengawasi perlawanan, selain mengganggu perancangan jurulatih memandangkan
perlawanan hanya tinggal beberapa hari, membuatkan permohonan JDT sukar
dipenuhi.
“Tidak ada perubahan (jadual
perlawanan), aksi Selangor berdepan JDT tetap akan berlangsung seperti
dijadualkan iaitu pada Sabtu di Stadium Shah Alam dan kami tidak dapat ikut
permintaan PBNJ kerana banyak masalah yang akan timbul nanti.
“Perkara ini diputuskan
selepas mesyuarat khas yang diadakan hari ini (semalam) dan kami di FAS
mendapati perkara ini mengganggu perancangan pasukan, selain hari yang dipohon
oleh PBNJ jatuh pada cuti umum.
“Jadi, timbul kesukaran untuk
mendapatkan jumlah anggota bertugas yang cukup untuk mengawal keselamatan
kerana kebanyakan mereka sudah mengambil cuti dan segala perancangan bagi
perlawanan pada Sabtu ini telah dirancang rapi.
“Jurulatih (Mehmet Durakovic)
juga tidak mahu jadual perlawanan diubah kerana dia tidak mahu perancangan
pasukannya terganggu walaupun diawalkan sehari,” katanya ketika dihubungi
semalam.
Utusan Malaysia semalam
melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Seri
Afandi Hamzah memberitahu, PBNJ telah mengemukakan permohonan agar perlawanan
Selangor dan JDT dipercepat daripada Sabtu kepada Jumaat ini.
Asas kepada rayuan itu
disebabkan mereka perlu memberi tumpuan kepada Piala AFC pada 24 Februari
(Selasa depan) berdepan kelab India, East Bengal dan mahu mendapatkan rehat
yang mencukupi.
Namun, JKPT FAM berkata, mereka
tiada kuasa mutlak untuk meminda jadual perlawanan kecuali mendapat persetujuan
bersama daripada FAS.
Sementara itu, Afandi ketika
dihubungi mengesahkan mereka telah menerima maklum balas daripada FAS yang
bermakna tiada sebarang pindaan akan dilakukan dalam perlawanan antara Selangor
dan JDT.
“Saya telah mendapat jawapan
daripada FAS dalam soal berkenaan dan kami menghormati padangan serta alasan
terhadap penolakan Selangor yang tidak mahu perlawanan ini diawalkan.
“JDT juga ada diberitahu dan
mereka menerima keputusan tersebut secara profesional walaupun kurang gembira,
jadi saya harap tiada lagi sebarang isu mengenai perkara ini,” katanya.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selangor-enggan-bagi-muka-1.60955#sthash.7R5MP1u0.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan