Johor Bahru: Gandingan trio
Safiq Rahim-Hariss Harun-Shakir Shaari berjaya membentuk persefahaman mantap
buat Johor Darul Ta’zim (Johor DT) apabila mendominasi posisi tengah pada aksi
pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M) untuk merebut Piala Sumbangsih di Stadium
Larkin, kelmarin.
Ternyata kelibat Safiq menjadi
watak penting menjana gerakan di kawasan tengah sambil Hariss dan Shakir
membentuk corak permainan bertahan di posisi itu menyebabkan barisan tengah
skuad Tok Gajah gagal bergerak.
Bagi Safiq, kemenangan 2-0 ke
atas skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan dijadikan pembakar semangat untuk
meneruskan perjuangan pada saingan Liga Super dan ia juga menebus kehampaan
musim lalu selepas Harimau Selatan gagal menewaskan juara Piala Malaysia dan
Piala FA itu.
“Alhamdulillah, apa yang kami
hajati akhirnya terlaksana dan tiga mata diraih meleraikan badi tanpa
kemenangan ke atas Pahang musim lalu dan ia tercapai hasil semangat satu
pasukan.
“Kombinasi saya, Hariss dan
Shakir sudah dibentuk sejak musim lalu dan kami sudah memahami corak permainan
masing-masing sekali gus memudahkan lagi tugas di padang.
“Taktik digunakan jurulatih,
Bojan Hodak memberi ruang kepada saya bergerak bebas untuk melaksanakan tugas
mengumpan bola kepada Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz,” jelasnya.
Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 2 Februari 2015 @ 5:53 AM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/27892#sthash.rVmaK63Q.dpuf
SUMBER-HARIAN METRO 2.2.2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan