Selasa, 28 Februari 2017

Bujang Senang kena gigit


 
Ronny Harun (tengah) berebut bola dengan pemain pasukan JDT. FOTO HM/NADIM BOKHARI
Azmil Sulaiman
sukan@hmetro.com.my

Petra Jaya: Impian Skuad Ngap Sayot mengejutkan barisan bintang Johor Darul Ta'zim (Johor DT) musnah apabila tewas 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, malam tadi.

Ternyata skuad bimbingan David Usop gagal mengekalkan momentum kecemerlangan ketika menundukan PKNS FC pada aksi lepas.


Kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri masih belum cukup untuk Sarawak meraih kemenangan di stadium keramatnya sebagai hadiah buat peminat berdepan JDT.

Tuan rumah bermula garang seawal minit pertama bagi mendahului pelawat namun tandukan Demerson Bruno Costa diselamatkan pemain pertahanan JDT ketika penjaga golnya tertewas.

Namun keghairahan Sarawak memburu gol awal mengundang padah apabila pelawat bijak menggunakan peluang melakukan serangan balas.

Gerakan jentera serangan anak buah Benjamin Mora berhasil apabila Gonzalo Gabriel menyempurnakan peluang terhidang bagi meletakkan pelawat di depan dengan 1-0 m-8.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad Bujang Senang kembali memperkemaskan corak permainan.

Bagaimanapun kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati selain mempamer corak seimbang sehingga wisel tamat separuh masa pertama.

Skuad Bujang Senang berpeluang merapatkan defisit gol menerusi Mark Hartmann namun sepakan percumanya m-59 sedikit melambung melepasi palang.

Gonzalo Gabriel sekali lagi mencuri tumpuan menggunakan kelincahannya melepasi halangan pertahanan Sarawak sebelum memperdayakan Shahril Saari untuk meletakkan JDT selesa dengan 2-0 di m-70.

Bagaimanapun anak didik David Usop tidak berputus asa dan terus melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu JDT namun gawang yang dikawal Mohd Idzam Tarmizi terus kental bertahan.

Perlawanan sedikit panas apabila pengadil perlawanan S Sittharajan tidak memberikan sepakan penalti kepada Sarawak selepas dua kali Mateo Roskam dan Abdul Rahim Abdul Razak dijatuhkan pertahanan kental, S Kunanlan dalam kotak penalti.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 11:19 PM

Ahad, 26 Februari 2017

Gary, PBNJ tanggung akibat

16 Januari 2015 3:20 PM
KELANA JAYA 16 Jan. - Kontroversi yang menyelubungi Gary Steven Robbat berakhir dengan pemain tengah itu digantung tiga bulan daripada menyertai sebarang kejohanan di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selain didenda RM50,000.
Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan selepas bermesyuarat lebih tiga jam di Wisma FAM di sini, hari ini.

Takiyuddin berkata, hukuman gantung ke atas pemain kelahiran Kedah itu berkuat kuasa serta merta selepas dia disahkan melanggar peraturan perjanjian mengikut Artikel 15 (a).

Selain Gary, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut didenda RM100,000 dan diberi amaran keras kerana didapati bersalah menandatangani Gary sebelum pemain itu dilepaskan FAM, selain menimbulkan permasalahan itu.

Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang turut didapati bersalah menandatangani Gary sebelum dilepaskan FAM bagaimanapun hanya diberikan amaran. - UTUSAN ONLINE

Gary silap langkah

Oleh Aziman Rosdiaziman@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) Izham Ismail menyifatkan pemain muda Gary Steven Robbat sudah tersilap langkah apabila menandatangani kontrak dengan dua pasukan, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan Pahang musim ini.

Beliau berkata, pelanggaran kontrak satu kesalahan besar bagi mana-mana pemain dan kini mengharapkan hukuman yang adil bagi pemain berusia 22 tahun itu apabila kesnya dibicarakan Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Jumaat ini.

“Kesilapannya adalah menandatangani kontrak dengan dua pasukan iaitu Pahang dan Johor DT. Ini tidak sepatutnya berlaku. PFAM sedia maklum mengenai perkara ini. Ini satu cabaran buat kami dalam memberi kesedaran kepada pemain mengenai perjanjian kontrak dan impak jika gagal mematuhinya.

“Memang Gary sendiri mengakui kesilapannya dan sedia tampil memberikan penjelasan bagi membetulkan keadaan. Apa yang diharapkan agar keputusan bakal diambil tidak terlalu berat hingga boleh mengancam kariernya dengan mengambil kira faktor usianya dan sumbangan kepada skuad kebangsaan,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Dalam laporan Arena Metro semalam, Gary mengakui bersedia menerima segala keputusan FAM mengenai dakwaan melanggar kontrak yang ditandatangani dengan Pahang November lalu sebelum menyertai Johor DT.

Tambah mengusutkan keadaan apabila Kedah mendakwa mereka lebih berhak ke atas Gary kerana mengikut peraturan FAM pemain Harimau Muda A yang tamat kontrak perlu kembali ke pasukan negeri kelahiran masing-masing.

PFAM yang bakal bertindak sebagai wakil Gary pada perbicaraan itu menggesa semua pihak tampil dengan segala maklumat tepat bagi menyelesaikan kes itu.

“Kami tetap akan membantu pemain dalam apa juga keadaan, tapi itu tidak bermakna kami melindungi pemain yang melakukan kesilapan. Dalam kes Gary ini, kita harap ia boleh dijadikan teladan kepada semua pemain.

“Semua pihak perlu tampil memberikan maklumat kerana melalui penelitian kami tiada ketetapan dalam kontrak (Harimau Muda A) untuk mewajibkan pemain pulang ke pasukan negeri, tapi kita memerlukan kepastian mengenai perkara ini,” kata Izham yang berpendapat pemain berhak untuk menentukan hala tuju karier mereka.Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 7:33 AM

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/23698#sthash.mMkoEqSR.dpuf

Karisma Hodak

Oleh Rizar Mohd Noorrizar@hmetro.com.my
Johor Bahru: Kecederaan Safiq Rahim tidak menjejaskan perancangan pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Bojan Hodak (gambar) yang kini membuat persiapan rapi bagi memulakan kempen Liga Super, hujung bulan ini.

Hodak yang ditemui Arena Metro, di Padang Seri Gelam, semalam berkata, Safiq yang tidak diturunkan pada empat aksi persahabatan pramusim di Australia, baru-baru ini, sekadar menjalani latihan ringan dan akan mendapat rawatan susulan, hari ini.

Beliau berkata, tindakannya tidak menurunkan pemain tengah skuad Harimau Selatan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kecederaan lebih serius ketika saingan liga menyingkap tirai tiga minggu lagi.

“Saya tidak mahu ambil risiko menyenaraikan Safiq pada aksi persahabatan di Australia. Saya mahu pemain itu cergas sepenuhnya untuk berada dalam kesebelasan utama Johor DT.

“Sepanjang aksi persahabatan di Australia, saya sudah kenal pasti 13 pemain yang mampu beraksi dalam skuad utama. Tapi saya tetap beri peluang kepada pemain lain untuk bekerja keras bagi merebut tempat.

“Walaupun kami gagal menang selepas tewas dua dan seri dua perlawanan, saya puas hati dengan pemain diturunkan selepas mereka beraksi dengan konsisten,” katanya

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 6:21 AM

Trofi liga misi utama JDT

Menang Piala Malaysia, Piala FA sekadar bonus
NURUL HUDA HASSAN  |  06 Januari 2015 12:40 AM

JOHOR BAHRU - Mempertahankan kejua­ra­an Liga Super menjadi sasaran utama Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini, bukan memburu kejohanan tertua dan berprestij seperti Piala Malaysia atau Piala FA.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, sasaran pasukan Harimau Selatan itu adalah sama seperti musim lalu iaitu merangkul gelaran liga, sekali gus layak ke Piala AFC.

Namun, sekiranya mereka berjaya merangkul Piala Malaysia atau Piala FA, ia dianggap bonus buat pasukan.

“Sekarang adalah generasi baharu dan dunia masa kini lebih tumpukan kepada saingan liga, bukan lagi seperti Piala FA dan sebagainya. Jadi, sasaran kita setiap tahun adalah untuk saingan liga.

“Kalau boleh saya nak menang liga, namun sasaran kami sekurangkurangnya tiga teratas. Untuk Piala FA dan Piala Malaysia, kami sasar separuh akhir,” katanya di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini.

Dalam pada itu, Tunku Ismail melahirkan rasa puas hati dengan perkembangan bola sepak negeri ini yang diusahakan PBNJ terutama perancangan berhubung pemba­ngunan bola sepak dan kemudahan serta infrastruktur.Sambil menyifatkan segala perancangan ber­jalan lancar, beliau memberitahu, semua diusahakan sudah mula membuahkan hasil.Pada masa sama, Tunku Ismail turut menekankan berhubung usaha memperhebat dan melahirkan lebih ramai pemain tempat­an yang mewakili 80 hingga 90 peratus da­lam pasukan sekali gus mahu mereka berkongsi pengalaman bersa­ma pemain import.

Jadi, katanya, PBNJ mahu menampilkan pemain tempatan yang bagus bukan hanya untuk Johor te­tapi juga negara dan akan mencari pemain import yang berkualiti dan boleh memberikan khidmat kepada pasukan dalam jangka masa panjang.“Itu semua adalah perancangan kita, dan seperti saya beritahu keutamaan adalah untuk pembangunan bola sepak negeri ini serta infrastruktur terbaik untuk pasukan. Piala pula adalah satu bonus kalau dapat.

“Ini kerana kalau tidak dapat piala sekali pun, tidak semestinya projek bola sepak Johor runtuh,” ka­tanya sambil menyifatkan sai­ngan Liga Malaysia pada musim 2015 sangat kompetetif dan ia dapat dilihat apabila banyak pasukan bekerja keras untuk memantapkan skuad mereka.


‘Mana boleh paksa pemain’

Gary berhak memilih pasukan yang ingin diwakili
NURUL HUDA HASSAN  |  06 Januari 2015 12:40 AM
Tunku ISMAIL SULTAN IBRAHIM percaya pemain berhak menentukan pasukan mana yang mahu diwakili.

JOHOR BAHRU - “Saya tidak faham macam mana ada persatuan dalam negara yang masih ada fikiran memaksa pemain.”

Itu kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai status pemain tengah Harimau Malaya, Gary Steven Robbat yang kini menjadi rebutan tiga pasukan.

Menurut Tunku Mahkota Johor, pemain berusia 23 tahun itu berhak menentukan pasukan mana yang menjadi pilihannya untuk beraksi dalam musim baharu Liga Malaysia.

Katanya, biarpun PBNJ me­nunggu keputusan Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), namun pada akhirnya pemain itu sendiri sepatutnya dibenarkan memilih pasukan mana dia mahu berkhidmat.

Tambahnya, jika Gary tidak mahu beraksi bersama Pahang atau Kedah dan mahu beraksi dengan Johor, itu hak dia.

“Mana boleh paksa pemain... Bebaslah, hak pemain. Jadi itu (status Gary) atas jawatankuasa FAM.

“Sama ada hendak keluarkan denda oleh kerana dia tandatangan dua kontrak, tetapi macam mana pun....keputusan tetap pergi kepada pemain di mana dia mahu berada,” katanya kepada pemberita di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini.

Dalam pada itu, ditanya bila FAM akan membuat keputusan mengenai status Gary, Tunku Ismail berkata, beliau menyerahkan kepada badan induk bola sepak negara itu untuk memberi jawapan kepada setiap persoalan yang timbul.

“Jadi kita tunggu bila pemain itu kena 'report' dan saya akan hantar pemain tersebut ke Wisma FAM,” katanya.

Pada masa sama, Tunku Ismail memberitahu, PBNJ sudah menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengenai hasrat PBNJ untuk memiliki Gary dan ia terpulang kepada persatuan negeri itu untuk menolak atau terima.

“Sudah, itu atas Kedah hendak tolak atau tidak, tetapi apa yang pasti kalau apa-apa pun kita kena bayar pampasan kepada KFA.

“Bagaimanapun terpulang kepada mereka sama ada (mahu) melepaskan Gary atau tidak.

“Tetapi macam mana saya katakan tadi, pada akhirnya semua terpulang kepada di mana pemain tersebut mahu berkhidmat,” katanya.

Sabtu, 25 Februari 2017

JDT daftarkan TMJ sebagai pemain

 Tunku Ismail Sultan Ibrahim
25 Februari 2017 5:52 PM
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melakukan pembaharuan luar biasa apabila akan mendaftarkan pemiliknya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai pemain pada jendela perpindahan Mei ini.

Perkara tersebut didedahkan menerusi akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST) hari ini.

“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melakukan tiga perubahan dan salah satunya adalah JDT akan mendaftarkan DYAM Tunku Mahkota Johor, pemilik Kelab Bola Sepak JDT sebagai pemain apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan Mei ini.


“Ia merupakan sejarah baru dalam negara dan kelab apabila ‘owner club’ didaftarkan sebagai ‘owner/player’ di Liga Super Malaysia dalam satu masa. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kenyataan tersebut.sumber - UTUSAN ONLINE 25 Februari 2017

Rabu, 22 Februari 2017

Piala AFC: JDT bangkit dari lena, Felda tunduk

SKUAD JDT meraikan kemenangan pertama dalam perlawanan pembukaan
SKUAD JDT meraikan kemenangan pertama dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F Piala AFC setelah membenam kelab Kemboja, Beoungket Angkor 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.- BERNAMA
21 Februari 2017 10:54 PM

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan langkah kanan apabila meraih tiga mata selepas menang 3-0 ke atas pendatang baharu dari Kemboja, Beoungket Angkor dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Tewas dalam aksi terakhir Liga Super Sabtu lalu, juara edisi 2015 itu bagaimanapun enggan dibuai episod sedih, dengan hanya mengambil tempoh 10 minit pertama untuk menyumbat dua gol masing-masing menerusi Gabriel Guerra (minit kedua) dan Nazmi Faiz Mansor (minit ke-10).

Pada ketika saingan berbaki dua minit sebelum masa penuh tamat, kapten Safiq Rahim sempat menanduk masuk hantaran daripada Gonzalo Cabrera, sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya JDT ke atas juara Kemboja itu.

“Memang kami inginkan kemenangan dalam setiap perlawanan. JDT bermain dengan sangat baik, memiliki idea dan gaya tersendiri.

“Menang dalam aksi pembukaan ini sangat penting agar ia dapat menyuntik semangat kami untuk kekal bersaing dalam pertandingan ini. Harap kami dapat merangkul trofi Piala AFC seperti tahun 2015,” kata pengendali JDT, Benjamin Mora kepada Fox Sports sejurus tamat perlawanan.

JDT kini menghuni tangga teratas kumpulan dengan berkongsi tiga mata bersama Global FC, selepas kelab Filipina itu menumbangkan Magwe dari Myanmar 1-0 di Stadium Memorial Bola Sepak Rizal, Manila.

Bagaimanapun, skrip kemenangan tidak berpihak kepada Felda United, yang ‘segar’ daripada sentuhan jurulatih baharu B. Sathianathan apabila tewas kepada tuan rumah Tampines Rovers 1-2 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Terdahulu, babak pertama menyaksikan masing-masing buntu tanpa jaringan sehinggalah Son Yong Chan membuka jaringan buat kelab Singapura itu pada minit ke-64.

The Fighters cuba bangkit menyamakan kedudukan, namun Tampines sekali lagi menambah gol menerusi penyerang terbaik Singapura, Khairul Amri pada minit ke-82.


Bagaimanapun, ketika tiga minit berbaki sebelum masa penuh tamat, Fazrul Hazli Kadri merembat gol sagu hati buat Felda United, yang menyaksikan hasrat mereka untuk mengubati kekecewaan dibenam 3-1 oleh Selangor di Sela­yang, Jumaat lalu tidak kesampaian.- UTUSAN ONLINE 21.2.2017

Selasa, 21 Februari 2017

KEPUTUSAN PENUH JOHOR DT 3-0 Beoungket Angkor

OLEH-Ahmad bin YAAKOB
Johor DT 1-0 Beoungket Angkor
m-2  Gabriel Guerra
m-10  Nazmi Faiz
m-89 Safiq Rahim
PEMAIN JOHOR
24 IZHAM TARMIZI
04 AFIQ FAZAIL
06 MARCOS ANTONIO
08 SAFIQ RAHIM
09 HAZWAN BAKRI
18 MAHALI JASULI
20 AZRIF NASRUL HAQ
21 NAZMI FAIZ
22 GUERRA
12 S.KUNALAN
25 JUNIOR ELDSTAL





KEPUTUSAN MASA PERTAMA JOHOR DT 2-0 Beoungket Angkor

OLEH-Ahmad bin YAAKOB
Johor DT 1-0 Beoungket Angkor
m-2  Gabriel Guerra
m-10  Nazmi Faiz
PEMAIN JOHOR
24 IZHAM TARMIZI
06 MARCOS ANTONIO
20 AZRIF NASRUL HAQ

12 S.KUNALAN

JOHOR DT 2-0 Beoungket Angkor

OLEH-Ahmad bin YAAKOB
Johor DT 1-0 Beoungket Angkor
m-2  Gabriel Guerra

m-10  Nazmi Faiz

Mora sedia aksi sulung Piala AFC

SELASA, 21 FEBRUARI 2017 @ 10:14 AM
 Oleh Rizar Mohd Noor rizar@Bh.com.my
 
KAPTEN JDT, Safiq Rahim (dua dari kiri) bersalaman dengan Ketua Pasukan Beoungket Angkor FC, Khuon Laboravy (dua dari kanan) dan disaksikan Benjamin Mora dan Jurulatih Beoungket Angkor FC, Anthony John Mc Glynn (kanan) bergambar selepas sidang media saingan Kumpulan F Piala AFC 2017 di Johor Bahru, semalam. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora bertekad untuk memastikan skuad itu memulakan kancah Piala AFC dengan langkah kanan apabila berdepan Beoungket Angkor FC pada aksi Kumpulan F di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini. Biarpun ia adalah tugasan pertama jurulatih kelahiran Mexico membimbing skuad Harimau Selatan di saingan Piala AFC, namun beliau tampak sudah membuat persiapan rapi bagi memburu tiga mata yang dianggap begitu penting.

       "Untuk aksi menentang kelab dari Kemboja itu, saya tidak menurunkan Azammuddin Akil yang mengalami kecederaan ketika menentang Perak, Sabtu lalu dan tempatnya akan diganti oleh Mahali Jasuli.

      "Posisi pertahanan akan dirombak kerana S Kunanlan dan Muhd Fazly Mazlan perlu direhatkan dan saya sudah ada pemain gantian di posisi bek kanan dan kiri. Penggiliran pemain juga akan dibuat di posisi yang dikenal pasti.

"Ini adalah cabaran yang terbaik buat kami beraksi di laman sendiri apabila berdepan pasukan yang pertama kali bersaing di Piala AFC. Kami tidak risaukan pasukan lawan kerana keutamaan adalah pasukan JDT sendiri dengan melakukan persiapan yang rapi dan mengelak daripada membuat kesilapan mudah," katanya.

Mora juga tidak menolak skuad kendalian John MacGylinn akan turun habis-habisan untuk cuba menewaskan juara Piala AFC 2015 dan beliau tampak mahu setiap pemainnya berhati-hati dengan taktikal ditampilkan lawan. Katanya, selepas melihat rakaman video aksi Beoungket Angkor FC, beliau menyifatkan penyerang dan juga kapten pasukan itu, Khuon Lavabory mampu menggugat benteng JDT.

"Setiap jurulatih akan berdepan situasi getir apabila menentang pasukan lawan seperti itu namun kita kena ketepikan kegusaran dan lebih mengutamakan persiapan pasukan sendiri. "Kita perlu pastikan pemain mengikut arahan taktikal untuk meraih kemenangan," kata Mora.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/251047

Safiq mahu fokus persiapan

 
SAFIQ (dua dari kiri) bersalaman dengan Khuon (dua dari kanan) dan disaksikan Mora (kiri) dan McGlynn.
Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my
Johor Bahru: Kapten Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safiq Rahim enggan memikirkan kekuatan kelab dari Kemboja Beoungket Angkor FC sebaliknya mengutamakan persiapan lebih rapi skuad Harimau Selatan apabila memulakan aksi pertama saingan Kumpulan F Piala AFC di Stadium Larkin, malam ini.

Baginya, persiapan Johor DT diberi keutamaan pada saingan itu dan apabila turun ke padang pada aksi sebenar dengan memberi persembahan terbaik dan konsisten sudah pasti apa yang dihajati untuk mencipta kemenangan mampu dicapai.


“Macam jurulatih (Benjamin Mora) beritahu, beliau lebih risau dan saya juga risau mengenai pasukan kami sendiri. Bagi saya jika kami dapat menjalankan tanggungjawab dan mempamer corak permainan terbaik, saya rasa tidak ada masalah untuk raih keputusan positif.

“Kami perlu risaukan pasukan sendiri dan bukan lawan malah saya berharap misi memburu tiga mata di laman sendiri membuahkan hasil malah sepanjang aksi Johor DT pada saingan Liga Super, kami beraksi konsisten cuma keputusan tidak memihak kami.

“Malah motivasi yang tinggi juga memainkan peranan apabila berdepan Beoungket Angkor kerana mereka pasti akan turun untuk mencari kemenangan dan kami harus berhati-hati dengan taktikal permainan lawan,” ujar Safiq.

Dalam pada itu, Mora yang julung kali membimbing skuad Harimau Selatan mengharungi kancah Piala AFC tetap meletakkan sasaran bagi memburu kejuaraan selepas melakar sejarah muncul juara Piala AFC 2015 ketika di bawah bimbingan Mario Gomez.

Bagi dirinya, walaupun ia tugas berat namun bersedia menyahut cabaran dan menyatakan betapa beberapa perubahan taktikal akan dilakukan pada pertembungan itu apabila khidmat Azammudin Akil diketepikan akibat kecederaan yang dialami ketika menentang Perak, Sabtu lalu.

“Mahali Jasuli mungkin akan beraksi di posisi sayap kanan bagi menggantikan Azammuddin yang perlu direhatkan sekurang-kurangnya tiga hari walaupun kecederaan yang dialami tidak serius.

“Malah saya juga akan merehatkan S Kunanlan dan Fazly Mazlan yang tampak kepenatan dan mereka perlu berehat dan saya memiliki barisan pemain gantian yang bersedia untuk diturunkan mengisi posisi bek kanan dan kiri,” kata Mora.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 7:45 AM

Sabtu, 18 Februari 2017

KEPUTUSAN LIGA SUPER 18.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan        0-1      Kedah

Perak  2-1      Johor Darul Ta'zim
m-8 Yashir Pinto m-10 Hazwan Bakri

T-Team          2-0      PKNS
m-9 Farhod Tadjiyev          

Sarawak         0-1      Melaka United
                         m-13Jeon Woo-Young

Pahang           6-1      Pulau Pinang


TERKINI MASA KEDUA LIGA SUPER 18.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan        0-0      Kedah
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Perak  2-1      Johor Darul Ta'zim
m-8 Yashir Pinto m-10 Hazwan Bakri

T-Team          2-0      PKNS
m-9 Farhod Tadjiyev          

Sarawak         0-1      Melaka United
                         m-13Jeon Woo-Young

Pahang           3-1      Pulau Pinang


KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 18.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan        0-0      Kedah
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Perak  1-1      Johor Darul Ta'zim
m-8 Yashir Pinto m-10 Hazwan Bakri

T-Team          1-0      PKNS
m-9 Farhod Tadjiyev          

Sarawak         0-1      Melaka United
                         m-13Jeon Woo-Young


Pahang           2-1      Pulau Pinang

KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 18.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan        0-0      Kedah
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Perak  1-1      Johor Darul Ta'zim
m-8 Yashir Pinto m-10 Hazwan Bakri

T-Team          1-0      PKNS
m-9 Farhod Tadjiyev          

Sarawak         0-1      Melaka United
                         m-13Jeon Woo-Young


Pahang           2-1      Pulau Pinang

Selasa, 14 Februari 2017

TERKINI PIALA FA 14.2.2107

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

FELDA UNITED  0-1 JOHOR DT

MPKB-BRI    0-1       Pulau Pinang

PKNP  1-1       Kelantan

Melaka United              0-0     PKNS

Johor Darul Ta'zim II  2-2       Pahang

Kedah    4-1    Kuala Lumpur

PJ Rangers      1-2       UiTM

Perlis   1-0       PDRM

Selangor          0-0       Negeri Sembilan

Sarawak          6-3       MISC-MIFA

Sabah  1-0       UKM


T-Team            1-1       ATM

KEPUTUSAN MASA PERTAMA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

FELDA UNITED  0-1 JOHOR DT

MPKB-BRI    0-1       Pulau Pinang

PKNP  1-0       Kelantan

Melaka United              0-0     PKNS

Johor Darul Ta'zim II  2-0       Pahang

Kedah    3-0    Kuala Lumpur

PJ Rangers      1-2       UiTM

Perlis   1-0       PDRM

Selangor          0-0       Negeri Sembilan

Sarawak          6-3       MISC-MIFA

Sabah  1-0       UKM


T-Team            0-1       ATM

Rabu, 8 Februari 2017

‘Lupakan cuaca, 
fokus untuk menang’

‘Lupakan cuaca, fokus untuk menang’
NURUL HUDA HASSAN
06 Februari 2017 12:29 AM
JOHOR BAHRU 5 Feb. - Ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim menggesa rakan-rakannya agar melupakan cabaran cuaca sejuk dan sorakan penyokong Gamba Osaka, sebaliknya fokus kepada matlamat mereka memenangi perlawanan sekali gus mencipta sejarah menjadi pasukan pertama negara beraksi dalam Liga Juara-juara Asia (ACL).


SAFIQ RAHIM menggesa rakan-rakan sepasukannya agar berusaha mempamerkan permainan berkualiti apabila menghadapi Gamba Osaka pada Selasa depan. UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN
JDT mencipta sejarah apabila menjadi pasukan Malaysia dan Asia Tenggara pertama memenangi Piala AFC, kejohanan bertaraf kedua di Asia, pada 2015. Minggu lalu mereka mencipta sejarah baharu dengan menjadi pasukan pertama negara layak ke play-off ACL selepas menumpaskan Bangkok United.

Kemenangan di ibu negara Thailand itu bermakna mereka bakal berdepan dengan Gamba pada Selasa ini di Suita City Football Stadium di Osaka, Jepun dan jika menang akan ke peringkat kumpulan Liga Juara-juara.

Bagaimanapun, cuaca musim sejuk dijangka menyediakan cabaran getir kepada pemain-pemain JDT tetapi Safiq berkata dia dan rakan-rakannya perlu menguatkan semangat dan memberikan permainan terbaik mereka.

Katanya, dia berharap mana-mana pemain JDT yang berpeluang untuk menjaringkan gol dalam perlawanan itu tidak mensia-siakan peluang yang diberi.

“Insya-Allah, baik saya mahupun mana-mana pemain kalau diberi peluang sudah pasti mahu menjaringkan gol. Jadi, saya berharap siapapun yang dapat peluang itu dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Yang penting, kami akan hasilkan semampu yang boleh untuk menghasilkan keputusan yang baik dan mencipta satu lagi sejarah untuk JDT dan kita juga membawa nama Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Safiq berkata, antara perkara pernting perlawanan itu adalah persediaan pasukan terutama bermain dalam cuaca sejuk, namun sebagai pemain profesional dia percaya semua rakannya mampu untuk menyesuaikan diri.

JDT mencipta sejarah mara ke pusingan play-off ACL selepas menewaskan Bangkok United 5-4 menerusi sepakan penalti penentuan dalam perlawanan kedua kelayakan di Stadium Thammasat, 31 Januari lalu.

Sementara itu, pemain baharu JDT, Ahmad Hazwan Bakri berjanji untuk mempamerkan aksi terbaik sekiranya ketua jurulatih Benjamin Mora memilihnya untuk perlawanan itu.

“Gembira tetapi dalam masa sama saya berdebar-debar, bagaimanapun, apa jua halangan atau cabaran yang datang kita perlu hadapi juga. Jadi, kalau saya diturunkan, saya pasti akan memberikan yang terbaik,” katanya sambil memberitahu dia sudah bersedia dari segenap aspek menerusi latihan yang diberikan kelab


sumber- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-lupakan-cuaca-8232-fokus-untuk-menang-8217-1.440879#sthash.xk76QnaC.dpuf