Menang Piala Malaysia, Piala FA
sekadar bonus
NURUL HUDA HASSAN | 06
Januari 2015 12:40 AM
JOHOR BAHRU - Mempertahankan
kejuaraan Liga Super menjadi sasaran utama Johor Darul Ta’zim (JDT) musim
ini, bukan memburu kejohanan tertua dan berprestij seperti Piala Malaysia atau
Piala FA.
Presiden Persatuan Bolasepak
Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, sasaran pasukan
Harimau Selatan itu adalah sama seperti musim lalu iaitu merangkul gelaran
liga, sekali gus layak ke Piala AFC.
Namun, sekiranya mereka berjaya
merangkul Piala Malaysia atau Piala FA, ia dianggap bonus buat pasukan.
“Sekarang adalah generasi
baharu dan dunia masa kini lebih tumpukan kepada saingan liga, bukan lagi
seperti Piala FA dan sebagainya. Jadi, sasaran kita setiap tahun adalah untuk
saingan liga.
“Kalau boleh saya nak menang liga,
namun sasaran kami sekurangkurangnya tiga teratas. Untuk Piala FA dan Piala
Malaysia, kami sasar separuh akhir,” katanya di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di
sini.
Dalam pada itu, Tunku Ismail
melahirkan rasa puas hati dengan perkembangan bola sepak negeri ini yang
diusahakan PBNJ terutama perancangan berhubung pembangunan bola sepak dan
kemudahan serta infrastruktur.Sambil menyifatkan segala perancangan berjalan
lancar, beliau memberitahu, semua diusahakan sudah mula membuahkan hasil.Pada
masa sama, Tunku Ismail turut menekankan berhubung usaha memperhebat dan
melahirkan lebih ramai pemain tempatan yang mewakili 80 hingga 90 peratus
dalam pasukan sekali gus mahu mereka berkongsi pengalaman bersama pemain
import.
Jadi, katanya, PBNJ mahu menampilkan
pemain tempatan yang bagus bukan hanya untuk Johor tetapi juga negara dan akan
mencari pemain import yang berkualiti dan boleh memberikan khidmat kepada
pasukan dalam jangka masa panjang.“Itu semua adalah perancangan kita, dan
seperti saya beritahu keutamaan adalah untuk pembangunan bola sepak negeri ini
serta infrastruktur terbaik untuk pasukan. Piala pula adalah satu bonus kalau
dapat.
“Ini kerana kalau tidak dapat
piala sekali pun, tidak semestinya projek bola sepak Johor runtuh,” katanya sambil
menyifatkan saingan Liga Malaysia pada musim 2015 sangat kompetetif dan ia
dapat dilihat apabila banyak pasukan bekerja keras untuk memantapkan skuad
mereka.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/trofi-liga-misi-utama-jdt-1.44969#sthash.gaVs1Kbs.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan