Tunku Ismail Sultan Ibrahim
25 Februari 2017 5:52 PM
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kelab
Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melakukan pembaharuan luar biasa
apabila akan mendaftarkan pemiliknya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail
Sultan Ibrahim sebagai pemain pada jendela perpindahan Mei ini.
Perkara tersebut didedahkan
menerusi akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST) hari ini.
“Kelab Bola Sepak Johor Darul
Ta’zim (JDT) bakal melakukan tiga perubahan dan salah satunya adalah JDT akan
mendaftarkan DYAM Tunku Mahkota Johor, pemilik Kelab Bola Sepak JDT sebagai
pemain apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan Mei ini.
“Ia merupakan sejarah baru
dalam negara dan kelab apabila ‘owner club’ didaftarkan sebagai ‘owner/player’
di Liga Super Malaysia dalam satu masa. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kenyataan
tersebut.sumber - UTUSAN ONLINE 25 Februari 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan