AHAD, 25 DISEMBER 2016 @ 12:26
AM
Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my
BRIAN Ferreira (kiri), Gonzalo
Cabrerra KUALA LUMPUR: Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) sudahpun
menandatangani dua pemain import bagi memantapkan lagi barisan pemain pasukan
itu dalam usaha mempertahankan kejuaraan liga pada musim hadapan.
Menerusi akaun rasminya Johor
Southern Tigers, pengendali pasukan itu, Mario Gomez mengesahkan mereka sudah
menandatangani dua pemain import untuk JDT sementara satu lagi penyerang untuk
memperkukuh jentera serangan JDT II.
"Kami melepaskan beberapa
pemain senior kami dan telah menandatangani beberapa pemain muda yang menarik
dan berpotensi untuk memperbaiki dan menambahkan semangat baru serta persaingan
dalam pasukan.
"Untuk itu, kami sudah
menandatangani pemain muda berusia 24 tahun yang pernah diintai Porto dan
Manchester United, Brian Ferreira yang kini beraksi bersama Indipendiente dan
pernah juga bermain untuk skuad Bawah-21 tahun Argentina.
"Kami membuat tawaran dan
berbincang secara mendalam mengenai matlamat dan projek kami. Dia akhirnya
membuat keputusan untuk menyertai JDT terutamanya selepas mengetahui legenda
bola sepak Argentina seperti Luciano Fegueroa dan Pablo Aimar pernah beraksi di
sini.
"Pemain import kedua adalah Gonzalo
Cabrerra yang pernah bermain untuk Boca Juniors dan kini bermain di kelab Arab
Saudi yang dilihay adalah seorang pemain yang berkualiti dan berpengalaman yang
mana ianya penting buat pasukan.
"Selain itu, kami berjaya
mendapatkan Gabi Guerra dari Boca Juniours dan dia tidak asing di sini
memandangkan pernah beraksi buat PKNS sebelum ini. Dia akan beraksi di JDT II
dan jika prestasinya berada pada tahap yang baik, dia ada peluang untuk
membarisi skuad utama," katanya.
Dalam masa sama, pasukan
Harimau Selatan itu juga sedang mengintai seorang lagi pemain import dan hanya
akan dimaklumkan selepas semua urusan perpindahan berjaya diselesaikan.
Sumber-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/226996