FOTO JOHOR SOUTHERN TIGERS -
ISMAIL (dua dari kiri) bersalaman dengan Vidakovic menjelang aksi separuh akhir
pertama Zon ASEAN Piala AFC yang menemukan JDT dan Ceres Negros di Larkin malam
ini. Turut kelihatan Antonio (kiri) dan Ott.
SKUAD bola sepak Johor Darul
Ta’zim (JDT) mempunyai misi penting pada separuh akhir pertama Zon ASEAN Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos,
Larkin malam ini.
Skuad bimbingan Ismail Ibrahim
itu bukan sahaja mahu kemenangan memihak kepada Harimau Selatan pada aksi
menentang wakil Filipina, Ceres Negros, malah memburu kemenangan selesa sebagai
bekalan untuk dibawa ke Bacolod City dalam aksi timbal balik 31 Mei ini.
Biarpun tanpa dua tonggak
pertahanan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd. Fadhli Shaz yang masih
belum sembuh daripada kecederaan, JDT optimis mampu melakar kemenangan.
“Ia bukan perlawanan mudah,
jadi kami akan guna segala kelebihan untuk memastikan kemenangan memihak JDT
dengan jumlah jaringan selesa,” katanya di Johor Bahru semalam.
Turut hadir kapten JDT, Marcos
Antonio, ketua jurulatih Ceres Negros, Risto Vidakovic dan pemain, Manuel Ott.
-SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4hL5RmgwO
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan