ARKIB : 20/07/2008
KUALA LUMPUR - Johor FC kembali
menghampiri pintu persaingan suku akhir bola sepak Piala Malaysia sambil
merampas teraju Kumpulan B selepas menewaskan Pulau Pinang 2-1 di Stadium
Bandaraya, Pulau Pinang, semalam.Jaringan See Kok Luen dan Azuwad Arip pada
minit kelapan dan 52 sudah memadai untuk menghimpunkan mereka dengan 17 mata
sambil memintas pendahulu asal, Polis dan juara bertahan, Kedah yang
masing-masing terikat 15 mata.
Pulau Pinang yang sudah
terlepas tiket suku akhir kekal di tangga tercorot kumpulan dengan kekalahan
keenam ini tetapi sempat menyamakan kedudukan menerusi Amir Shahreen Mubin pada
minit ke-32 yang menewaskan penjaga gol Johor FC, Anis Faron Arsidi.
Kedudukan itu bagaimanapun
dijangka tidak bertahan lama apabila Kedah yang bermula agak perlahan tetapi
semakin bangkit dalam Piala Malaysia musim ini, menanti kunjungan Pulau Pinang
di Stadium Darul Aman, Alor Star, Rabu ini.
Johor FC bimbingan Ramlan
Rashid membuka gol menerusi tandukan Kok Luen yang menyambung lintangan Khairi
Kiman dari sebelah kiri sebelum Amir melegakan seketika tuan rumah dengan
rembatan hasil umpanan terus Scott Alistair Lawson Waddel.
Enggan berkongsi mata, Johor FC
menggandakan asakan lalu beroleh gol kemenangan dan tiga mata berharga itu
menerusi Azuwad.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4zmDiKAQ9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan