ARKIB : 17/08/2008
Penyerang Johor FC, Mohd.
Hamzani Omar (kiri) berjaya melepasi pertahanan Selangor pada perlawanan kedua
separuh akhir Piala Malaysia di Pasir Gudang, semalam.
- Gambar RAJA JAAFAR RAJA ALI
PASIR GUDANG - Selangor
melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah menewaskan Johor FC dengan
agregat 2-1 walaupun tewas 0-1 pada perlawanan kedua di Stadium Jcorp, Pasir
Gudang malam tadi.Johor FC yang yang tewas 0-2 di Shah Alam pada perlawanan pertama
tiga hari lepas bermula garang sebaik saja wisel dibunyikan terus mengasak ke
pintu gol Selangor.
Bagaimanapun, Selangor terlebih
dahulu menguji pintu gol Johor FC namun barisan pertahanan yang diketuai Mouise
Moudourou kental mengawal penyerang Selangor.
Skuad Lebah terus mengasak
gawang Selangor di mana penyerang import, Walter Arial Silva berjaya menanduk
bola pada minit ke-36 separuh masa pertama selepas menerima hantaran daripada
seorang lagi pemain import, Andres Fuentes Gustavo.
Semangat dengan gol pertama
itu, pemain Johor FC bertubi-tubi melancarkan serangan dan hampir menjaringkan
gol kedua setelah Andres Fuentes gagal menolak bola selepas penjaga gol
Selangor, Mohd. Suffian Abd. Raman gagal menangkap kemas bola hasil rembatan
Mohd. Hamzani Omar.
Separuh masa kedua menyaksikan
kedua-dua pasukan sering berbalas serangan tetapi ternyata kekebalan pertahanan
Selangor menafikan hasrat Johor FC untuk melangkah ke perlawanan terakhir buat
kali pertama 23 Ogos ini.
Selangor akan bertemu sama ada
dengan Terengganu atau Kedah yang akan beraksi hari ini di Stadium Sultan Mizan
Zainal Abidin Gong Badak, Terengganu.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ztbnRxLW
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan