Khamis, 1 Julai 2021

JDT di ambang penyingkiran



PEMAIN Pohang Steelers meraikan kejayaan menumpaskan JDT 2-0 di Stadium Rajamangala, Bangkok hari ini. - IHSAN AFC

Oleh Meja Sukan

1 Julai 2021, 8:18 pm

PETALING JAYA: Biarpun belum tertutup rapat, namun peluang Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk melangkah peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) semakin tipis selepas tumpas 0-2 kepada Pohang Steelers dalam perlawanan Kumpulan G di Bangkok sebentar tadi.

Kekalahan kedua berturut-turut kepada juara tiga kali dari Korea Selatan itu meletakkan anak-anak buah Benjamin Mora kekal di tangga ketiga dengan hanya mengutip tiga mata daripada empat perlawanan.

Selepas tewas 1-4 kepada lawan sama, Isnin lalu, misi JDT untuk membalas dendam di Stadium Rajamangala tidak kesampaian selepas dikejutkan dengan dua gol pantas pada separuh masa pertama.

Jaringan Lee Seong-mo pada minit ke-33 mengejutkan Harimau Selatan, dan Pohang tidak menunggu lama untuk menggandakan kedudukan apabila Kang Sang-woo meledak gol kedua hanya empat minit berselang.

Kepulangan semula Aidil Zafuan Abdul Radzak, Corbin Ong dan Safawi Rasid dalam kesebelasan utama tidak banyak membantu JDT, sebaliknya Pohang yang hanya melakukan dua pertukaran beraksi lebih agresif berbanding tiga hari lalu.1

__________________________________

1https://www.utusan.com.my/sukan/2021/07/jdt-di-ambang-penyingkiran/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan