Khamis, 21 Disember 2017

Ramlan lepas geram

ARKIB : 19/02/2009
JOHOR BAHRU - Johor FC perlu segera melakukan bedah siasat drastik bagi mengenal pasti punca sebenar penyakit yang dihidapi ekoran prestasi merudum selepas tiga kekalahan berturut-turut.

Bermula awal bulan ini, pasukan Sang Lebah itu tersingkir dalam saingan Piala FA apabila mengalami kekalahan 0-1 secara agregat kepada Pulau Pinang sebelum dibelasah teruk Negeri Sembila 3-0 dalam aksi Liga Super minggu lalu.

Sabtu lalu, anak buah Ramlan Rashid itu sekali lagi dimalukan barisan muda Perak 1-0 di gelanggang sendiri dan kelmarin, nasib Johor FC terus dirundung malang apabila lebur kepada Perlis 2-1 di hadapan penyokong mereka buat kali kedua.

Hakikatnya, pasukan yang menduduki tangga ketiga Liga Super musim lalu ini sebenarnya masih mempunyai kekuatan setanding pasukan lain.

Cuma, masalah timbul apabila kesebelasan pemain yang turun beraksi longlai dan strategi percaturan jurulatih tidak diterjemahkan.

Gaya permainan individualistik, hantaran lemah, mudah hilang kawalan bola dan bermain 'bersopan-santun', itu adalah rumusan yang diberikan oleh Ramlan dalam nada yang cukup kecewa.

Malah, dengan sinis dia berkata: "Apa yang ditunjukkan pemain bukan lagi mengecewakan saya. Kalau ada tahap yang melebihi rasa kecewa, itulah perasaan saya ketika ini."

Ramlan berkata, dia sendiri bingung dengan aksi anak buahnya sepanjang bulan ini sambil menyifatkan corak permainan yang ditunjukkan mereka adalah 'merepek'.

"Mungkin saya terpaksa kembali kepada asas permainan bola sepak bagaimana hendak mengajar mereka berlari, menyepak, menanduk dan membuat hantaran dengan tepat," tegasnya.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz51tvECfQl

© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 16 Disember 2017

Johor belum mahu mendabik dada


 

ARKIB : 15/01/2009
Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH
JOHOR BAHRU - Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid (gambar) belum mahu memasang cita-cita tinggi meskipun pasukannya berjaya membenam juara Piala Sumbangsih musim ini, Selangor dengan kemenangan 2-1, malam kelmarin.

Sebaliknya Ramlan berkata, kemenangan tersebut menjadi suntikan semangat buat Johor FC untuk meneruskan aksi cemerlang mengharungi kempen Liga Super yang masih di peringkat awal dan keputusan yang dicapai itu bukannya untuk mendabik dada.

Katanya, laluan pasukan berstatus kelab itu masih berdepan dengan pelbagai ujian getir kerana menyifatkan apa sahaja boleh berlaku dalam permainan bola sepak.

Justeru kata jurulatih itu, beliau mengingatkan para pemain Sang Lebah supaya mengekalkan komitmen dan fokus dalam setiap perlawanan supaya tidak lagi tercicir sebarang mata penting dalam misi memburu takhta liga.

"Perjalanan liga ini masih jauh dan banyak perkara akan berlaku yang mana memerlukan Johor FC sentiasa berhati-hati pada setiap perlawanan akan datang.

"Saya berharap para pemain akan sentiasa mengekalkan prestasi mereka untuk menghadapi perlawanan seterusnya dan menjadikan perlawanan semalam (kelmarin) sebagai titik tolak untuk meraih kemenangan seterusnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Kemenangan itu berjaya meletakkan Johor FC pada kedudukan tangga keenam liga dengan mengumpul lapan mata setelah beraksi dalam empat perlawanan dengan keputusan masing-masing dua kemenangan dan seri.

Mengulas perlawanan menentang Gergasi Merah itu, Ramlan memuji persembahan anak buahnya terutama pemain seperti Khairi Kiman, M. Sivakumar, Mohd. Nurul Azwan Roya, Eddy Helmi Abd. Manan dan penjaga gol gantian, Mohd. Zaidi Ibrahim yang mempamerkan aksi bertenaga bagi mengekang kegarangan bahagian tengah Selangor menerusi gandingan Mohd. Hardi Jaafar dan Mohd. Amri Yahyah.

"Saya gembira dengan prestasi pemain yang berjuang habis-habisan selepas kami tempang pada awal permainan apabila terpaksa beraksi 10 orang sejak minit ke-10.

"Malah saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ribuan penyokong yang hadir memenuhi stadium sebagai antara faktor kejayaan Johor FC kerana menyuntik semangat kepada para pemain," katanya.

Johor FC terpaksa berhempas pulas untuk memastikan kemenangan biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang 80 minit perlawanan selepas pengadil perlawanan, Shawal Shariff melayangkan kad merah kepada penjaga gol, Mohd. Anis Faron yang menjatuhkan Mohd. Amirul Hadi Zainal di dalam kotak penalti.

Penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali mudah menyempurnakan sepakan penalti namun tindakan anak buah K. Devan yang selepas itu memandang rendah kemampuan tuan rumah jelas menjerat diri mereka.

Ditanya mengenai tindakan mengeluarkan Fahruzzahar Ali untuk membawa masuk Mohd. Zaidi yang menimbulkan kebimbangan penonton pada peringkat awalnya, Ramlan berkata, dia terpaksa mengubah strategi permainan dengan meletakkan pemain tengah, Eddy Helmi sebagai penyerang tunggal.

Katanya, pengalaman pemain lincah itu yang pernah beraksi sebagai penyerang sebelum ini ternyata berbaloi apabila menjaringkan gol penyamaan selepas bertindak bijak menyungkit bola menewaskan penjaga gol lawan, Mohd. Hamsani Ahmad.
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz51TJPfJfS

© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 15 Disember 2017

Johor FC tidak rela catat keputusan seri lagi

ARKIB : 13/01/2009
JOHOR BAHRU - Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid berkata, kemenangan ke atas Selangor amat penting bagi melenyapkan sama sekali badi seri yang boleh menjerat harapan tinggi skuad Sang Lebah dalam saingan Liga Super musim ini.

Menurut Ramlan, Johor FC tidak rela mengakhiri perlawanan dengan dengan keputusan seri lagi selepas mencatatkan seri dua kali berturut-turut dalam perlawanan sebelum ini.

Walaupun masih kebal dengan rekod tanpa kalah, Ramlan mengakui anak buahnya perlu melakukan satu titik tolak yang penting bagi memastikan momentum permainan lebih garang pada perlawanan akan datang.

Perlawanan Johor FC menentang Selangor di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam ini pastinya ditunggu-tunggu peminat bola sepak selepas pasukan lawan kelihatan unggul menerajui takhta liga dengan tiga kemenangan berturut-turut pada musim ini.

"Saya tidak menafikan Selangor merupakan pasukan yang dianggap bahaya ketika ini dengan prestasi terkini mereka yang begitu konsisten.

"Saya cuma berharap pemain Sang Lebah dapat mempelajari sesuatu daripada dua keputusan seri lalu sekali gus mengelak badi seri dalam perlawanan malam esok (malam ini).

"Apa yang penting, setiap pemain Johor FC harus bermain bermati-matian untuk meraih tiga mata penuh dan bukannya sekadar mengharap keputusan seri lagi," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Ramlan turut membayangkan akan mengekalkan kesebelasan pemain yang sama ketika bertemu Kedah pada Sabtu lalu kecuali terpaksa melupakan khidmat Mohd. Ezaidy Khadar yang baru kematian ibu tersayang baru-baru ini.

"Saya percaya barisan pemain yang dipimpin ketua pasukan, Wan Rohaimi Ismail mampu menterjemahkan setiap gerakan yang menarik sekali gus memastikan Selangor tumbang di Pasir Gudang.

"Pemain perlu bangkit mempamerkan aksi terbaik walaupun dijangka terpaksa berdepan dengan ujian getir daripada pasukan lawan itu," katanya.

Johor FC kini mengumpul lima mata untuk berada di tangga ketujuh liga, manakala Gergasi Merah terus selesa di puncak dengan sembilan mata.

Selain kedua-dua pasukan itu, satu lagi pasukan yang masih belum mengalami kekalahan selepas tiga perlawanan ialah KL Plus yang kini menghuni tangga kedua liga.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz51NXFCKlX

© Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 14 Disember 2017

Johor FC masih pertaruh formasi 4-5-1

ARKIB : 02/01/2009
 
Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid (empat dari kanan) memberi taklimat kepada para pemain di Kompleks Sukan Bukit Mutiara Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU - Jurulatih Jo hor FC, Ramlan Rashid akan terus mengekalkan formasi 4-5-1 apabila menentang Pahang pada perlawa nan pembukaan Liga Super di Stadium Darul Makmur, esok, lapor ARIF NIZAM ABDULLAH.

Ramlan berkata, formasi yang digunakan sejak tiga musim lalu dijangka mampu merealisasikan matlamat Sang Lebah untuk me ngutip tiga mata penuh pertama walaupun bakal beraksi di tempat lawan.

Berdasarkan format 4-5-1, Fah ruzahar Ali akan diletakkan seba gai penyerang tunggal sambil di bantu lima pemain tengah seperti Mohamad Syaiful Sabtu, Mohd. Nurul Azwan Roya, Mohd. Safuan, Mohd. Azizan Baba dan M. Siva kumar.

"Format ini bukan asing lagi ke pada Johor FC kerana kami berja ya membuktikan kejayaan yang dicapai sepanjang tiga musim lalu.

"Justeru saya berharap segala perancangan yang dilakukan sebe lum ini dapat berjalan lancar ma lam Sabtu ini dengan satu visi utama iaitu meraih tiga mata pe nuh pertama.

"Pada masa sama, saya mahu pemain mengelakkan untuk seri pada perlawanan sulung itu nanti," katanya yang ditemui selepas sesi latihan Johor FC di Kompleks Mu tiara, semalam.

Musim lalu, pasukan berstatus kelab itu menduduki tangga ketiga dalam Liga Super dan layak ke peringkat separuh akhir Piala Ma laysia.

Ramlan mengakui pasukannya tidak berada dalam keadaan terdesak walaupun dibelenggu dengan masalah kecederaan yang menimpa Eddy Helmi Manan.

Bagaimanapun beliau berharap, semua pemain Johor FC bebas daripada sebarang kecederaan hingga ke hari perlawanan bagi mengelak gangguan percaturan yang telah dirancang.

Eddy Helmi terpaksa diketepi kan pada perlawanan sulung itu nanti selepas mengalami kecede raan di kepala akibat dirempuh pemain lawan ketika perlawanan persahabatan dengan Negeri Sem bilan minggu lalu.

Pada perlawanan itu, pemain sa yap lincah itu pengsan beberapa minit di atas padang sebelum dike jar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Ramlan berkata, ekoran kejadi an itu, bekas pemain kebangsaan itu dikecualikan daripada latihan beberapa hari dan hanya mula me nyertai latihan minggu ini.

Mengenai persiapan pasukan menjelang musim baru Liga Mala ysia, beliau berkata, pasukannya telah mengadakan enam perlawa nan persahabatan dengan keputu san dua kemenangan dan empat seri.

"Pemain tidak boleh berpuas ha ti dengan keputusan itu kerana setiap perlawanan persahabatan hanya mementingkan kombinasi pemain bagi membentuk persefa haman yang lebih mantap.

"Selain itu, kita juga tidak tahu tahap kemampuan pasukan lain pada musim baru Liga Malaysia ini apatah lagi bermain di tempat la wan pada perlawanan pembuka an," katanya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz51H23G855

© Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 29 November 2017

Johor gagal halang Selangor


 

ARKIB : 17/08/2008
Penyerang Johor FC, Mohd. Hamzani Omar (kiri) berjaya melepasi pertahanan Selangor pada perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia di Pasir Gudang, semalam.
- Gambar RAJA JAAFAR RAJA ALI

PASIR GUDANG - Selangor melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah menewaskan Johor FC dengan agregat 2-1 walaupun tewas 0-1 pada perlawanan kedua di Stadium Jcorp, Pasir Gudang malam tadi.Johor FC yang yang tewas 0-2 di Shah Alam pada perlawanan pertama tiga hari lepas bermula garang sebaik saja wisel dibunyikan terus mengasak ke pintu gol Selangor.

Bagaimanapun, Selangor terlebih dahulu menguji pintu gol Johor FC namun barisan pertahanan yang diketuai Mouise Moudourou kental mengawal penyerang Selangor.

Skuad Lebah terus mengasak gawang Selangor di mana penyerang import, Walter Arial Silva berjaya menanduk bola pada minit ke-36 separuh masa pertama selepas menerima hantaran daripada seorang lagi pemain import, Andres Fuentes Gustavo.

Semangat dengan gol pertama itu, pemain Johor FC bertubi-tubi melancarkan serangan dan hampir menjaringkan gol kedua setelah Andres Fuentes gagal menolak bola selepas penjaga gol Selangor, Mohd. Suffian Abd. Raman gagal menangkap kemas bola hasil rembatan Mohd. Hamzani Omar.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan tetapi ternyata kekebalan pertahanan Selangor menafikan hasrat Johor FC untuk melangkah ke perlawanan terakhir buat kali pertama 23 Ogos ini.

Selangor akan bertemu sama ada dengan Terengganu atau Kedah yang akan beraksi hari ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Terengganu.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ztbnRxLW

© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 28 November 2017

Peluang Johor FC kembali cerah

ARKIB : 20/07/2008
KUALA LUMPUR - Johor FC kembali menghampiri pintu persaingan suku akhir bola sepak Piala Malaysia sambil merampas teraju Kumpulan B selepas menewaskan Pulau Pinang 2-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, semalam.Jaringan See Kok Luen dan Azuwad Arip pada minit kelapan dan 52 sudah memadai untuk menghimpunkan mereka dengan 17 mata sambil memintas pendahulu asal, Polis dan juara bertahan, Kedah yang masing-masing terikat 15 mata.

Pulau Pinang yang sudah terlepas tiket suku akhir kekal di tangga tercorot kumpulan dengan kekalahan keenam ini tetapi sempat menyamakan kedudukan menerusi Amir Shahreen Mubin pada minit ke-32 yang menewaskan penjaga gol Johor FC, Anis Faron Arsidi.

Kedudukan itu bagaimanapun dijangka tidak bertahan lama apabila Kedah yang bermula agak perlahan tetapi semakin bangkit dalam Piala Malaysia musim ini, menanti kunjungan Pulau Pinang di Stadium Darul Aman, Alor Star, Rabu ini.

Johor FC bimbingan Ramlan Rashid membuka gol menerusi tandukan Kok Luen yang menyambung lintangan Khairi Kiman dari sebelah kiri sebelum Amir melegakan seketika tuan rumah dengan rembatan hasil umpanan terus Scott Alistair Lawson Waddel.

Enggan berkongsi mata, Johor FC menggandakan asakan lalu beroleh gol kemenangan dan tiga mata berharga itu menerusi Azuwad.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4zmDiKAQ9

© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 27 November 2017

Johor tetap waspada keupayaan Kedah

ARKIB : 03/07/2008
JOHOR BAHRU - Skuad Johor FC diingatkan agar tidak merendah diri ketika melayan kunjungan juara bertahan, Kedah pada pertemuan Piala Malaysia malam ini, lapor Hamdan Tawadi.

Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid berkata, skuad bimbingannya harus memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri, termasuk kemerosotan prestasi pasukan juara Liga Super dan Piala FA itu dalam beberapa perlawanan pada saingan Piala Malaysia baru-baru ini.

''Kedah adalah pasukan yang berkualiti dan seimbang di semua bahagian, namun faktor kepenatan selepas bermain terlalu banyak perlawanan menyebabkan prestasi pasukan itu merosot.

''Oleh itu pemain-pemain Johor FC sewajarnya memanfaatkan kesempatan ini, namun pada masa yang sama jangan pula leka sehingga mengambil mudah perlawanan ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Ramlan berkata, walaupun bakal berdepan tugas berat dengan empat pemain utama mengalami kecederaan termasuk dua tonggak penyerang import, Walter Ariel Silva dan Gustavo Andre Fuentes, kemenangan boleh dicapai jika para pemain mempunyai keazaman tinggi dan sanggup berusaha keras.

Turut mengalami kecederaan adalah pemain tengah, Mohd. Azizan Baba dan pertahanan, Mohd. Riduwan Maon.

Ditanya mengenai prestasi pasukannya, beliau agak berpuas hati dengan barisan penyerangnya yang dilihat menunjukkan peningkatan namun akan berusaha memperbaiki keupayaan barisan pertahanan yang agak goyah.

Selepas mengharungi empat perlawanan dalam saingan Kumpulan B, Johor FC kini berada di tangga kedua setelah mengutip tujuh mata manakala Kedah di tempat keempat dengan lima mata.

Kumpulan B kini diungguli PDRM dengan lapan mata selepas mengharungi empat perlawanan. Malam esok mereka akan berdepan pasukan yang menduduki tangga kedua terbawah dalam kumpulan itu, Sabah yang kini hanya memperoleh empat mata di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4zdPw1EFr

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 5 November 2017

Izham, Fazly membara 'terkam' Kedah



Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
 
DUA tonggak utama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Izham Tarmizi Roslan dan Fazly Mazlan yang dipinggirkan pada final Piala Malaysia 2014 bakal menjadi watak penting dalam pemburuan kejuaraan hari ini.

Penjaga gol Izham tiada dalam skuad Harimau Selatan itu pada final tiga tahun lalu menentang Pahang kerana mengalami kecederaan buku lali ketika mewakili negara di Sukan Asia Incheon.

Bagi pemain berusia 26 tahun itu, dia sudah bersedia untuk menjadi benteng terakhir Johor DT berdepan juara bertahan Kedah di Stadium Shah Alam hari ini.

“Kali terakhir Piala Malaysia dibawa ke Johor pada 1991, sudah sebaya dengan usia saya 26 tahun. Saya rasa inilah masanya untuk kami hadiahkan kepada penyokong Johor DT.

“Kita tahu Kedah pasukan baik musim ini, kita juga tahu mereka memiliki beberapa pemain dengan kemahiran individu yang baik. Tapi jurulatih ada taktikal tersendiri apa yang kita perlu buat, saya rasa untuk final ini kita ada peluang, Kedah juga ada peluang tapi pasukan yang baik akan menang final ini,” katanya.

Sementara itu nasib sama menimpa pertahanan kiri Fazly yang sekadar menjadi penonton menyaksikan Johor DT tewas kepada Pahang menerusi penentuan sepakan penalti 3-5 selepas aksi 120 minit berakhir dengan seri 2-2.

Dia yang terpaksa diketepikan selepas digantung perlawanan bakal berdepan cabaran hebat untuk mengekang kemaraan pemain sayap dan bek kanan Helang Merah Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali.

“Memang kecewa sebelum ini saya hanya datang ke final sebagai penonton. Harapan saya mahu bermain habis-habisan bagi membantu Johor DT memenangi perlawanan penting ini menentang Kedah. Saya jangkakan perlawanan sukar apatah lagi saya bakal mengawai dua pemain bahaya Rizal dan Baddrol,” katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2017 @ 1:22 PM

Piala Malaysia hadiah buat penyokong: Aidil
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

PENJARING gol pertama Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Aidil Zafuan Abd Radzak menghadiahkan kejayaan pasukan menjuarai Piala Malaysia musim ini kepada penyokong skuad selatan tanah air itu selepas merakam kemenangan 2-0 ke atas Kedah dalam final di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Tonggak pertahanan tengah itu berkata, ia hadiah istimewa buat penyokong setia Harimau Selatan yang sentiasa berada di belakang kelab sepanjang musim ini.

“Sudah tentu ia sangat istimewa apabila dapat menjaringkan gol penting terutama dalam perlawanan akhir dan saya gembira dapat membantu Johor meraih kemenangan sekali gus juara Piala Malaysia,” katanya.

Pada pertemuan itu, Johor DT mengejutkan Kedah seawal minit kedua hasil tandukan Aidil sebelum pemain import dari Argentina, Gonzalo Cabrera melebarkan kedudukan 2-0 pada minit ke-63 yang menyaksikan keputusan itu kekal hingga wisel penamat.


PEMAIN Johor DT meraikan kemenangan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. FOTO/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Ujar pemain berusia 30 tahun itu lagi, semua pemain wajar dijulang sebagai wira selepas mereka bertungkus-lumus mencipta kemenangan bermakna, pada aksi kemuncak yang penuh dramatik itu.

“Gol pertama itu memang penting untuk menaikkan semangat kami. Saya hanya menjalankan tugas dan memang tanggungjawab saya sebagai pemain cuba menjaringkan gol walaupun beraksi di bahagian pertahanan.

“Apapun, saya ucap terima kasih kepada semua termasuk pengurusan pasukan, jurulatih dan penyokong. Musim ini amat mencabar buat kami, namun kami berjaya akhiri saingan dengan satu lagi catatan sejarah buat kelab,” katanya.

Kejayaan merampas Piala Malaysia itu memastikan trofi berprestij itu kembali menuju ke selatan tanahair selepas Johor muncul juara pada 1985 dan 1991.

Transformasi yang berlaku ke atas kelab itu pada 2013 dengan menggunakan nama baru iaitu, Johor DT meletakkan mereka kini sebagai raja bola sepak tanahair apabila mendominasi saingan tempatan dengan merangkul Liga Super sebanyak empat kali (2014, 2015, 2016, 2017) dan Piala Sumbangsih dua kali (2015, 2016) selain menjulang Piala FA dan Piala AFC sekali, masing-masing pada 2016 serta 2015.


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meraikan kemenangan Johor DT bersama penyokong di Stadium Shah Alam. FOTO/ASYRAF HAMZAH

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2017 @ 12:01 PM

Sabtu, 4 November 2017

Trofi Piala Malaysia sulung JDT

Sabtu, 4 November 2017 | 11:40pm
PEMAIN JDT, meraikan kejayaan menjuarai trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah 2-0 pada aksi final di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. - Foto Shahril Badri Saali
Trofi Piala Malaysia sulung JDT
Oleh Aziman Rosdi
, Firdaus Hashim
danZulfaizan Mansor & Syafiq Aznan
sukanteam@nstp.com.my
 
SHAH ALAM: Johor Darul Ta'zim (JDT) membuktikan mereka raja bola sepak tanah air ketika ini apabila merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat julung kali selepas menewaskan juara bertahan Kedah 2-0 pada aksi final di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Dua gol pada setiap babak menerusi jaringan Aidil Zafuan Radzak dan Gonzalo Cabrera memastikan trofi itu kembali menuju ke selatan tanah air selepas Johor muncul juara pada 1985 dan 1991.

Gelaran itu melengkapkan kabinet trofi JDT sejak ditubuhkan pada 2013 apabila mereka merangkul kejuaraan Liga Super 2014, 2015, 2016 dan 2017, Piala FA 2016, Piala Sumbangsih 2015 dan 2016 serta Piala AFC 2015.

Final yang disaksikan 80,000 penyokong ibarat pertemuan buku dengan ruas apabila JDT mahu memburu gelaran kedua musim ini selepas meraih kejuaraan Liga Super kali keempat berturut-turut.

AIDIL Zafuan meraikan jaringan pertama JDT ketika menentang Kedah pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. antara pasukan Kedah menentang JDT di Stadium Shah Alam. - Foto Shahril Badri Saali

PEMAIN JDT, Gonzalo Cabrera (kiri) diasak pemain Kedah, Mohamad Amirul Hisham Awang Kechik (tengah) pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. - Foto Shahril Badri Saali

Helang Merah pula mengintai trofi ketiga selepas menewaskan JDT bagi perebutan Piala Sumbangsih sebelum menjulang Piala FA dengan mengecewakan Pahang 3-2 pada final.

Bagaimanapun Kedah yang dibimbing Nidzam Adzha Yusoff tersentak dengan gol seawal minit ketiga menerusi tandukan pemain pertahanan Aidil berikutan sepakan sudut kapten Safiq Rahim.

Strategi jurulatih JDT, Ulisses Morais memasukkan Hazwan Bakri mengambil tempat penjaring terbanyak Liga Super Mohammed Ghaddar nyata memberi impak.

Hazwan, wira Piala Malaysia Selangor pada 2015, mencipta peluang kepada Natxo Insa dan Gabriel Guerra namun ketangkasan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim berjaya menyelamatkan keadaan.

Satu-satunya peluang terbaik dicipta Kedah hadir pada minit ke-26 namun tolakan penyerang Ken Ilso selepas penjaga gol Izham Tarmizi Roslan menerpa keluar berjaya dikeluarkan S Kunanlan.

Kedah yang memburu kejuaraan keenam selepas 1990, 1993, 2007, 2008 dan 2016 mula mengasak pada babak kedua dan hampir menyamakan kedudukan namun tandukan Baddrol Bakhtiar sekadar singgah di palang.

Namun anak buah Morais menyentap semangat lawan dengan gol kedua pada minit ke-63 apabila pemain import Cabrera yang menerima hantara Hazwan melepaskan sepakan menewaskan Ifwat.

Tuah nyata bukan milik Kedah apabila tandukan Baddrol pada minit ke-67 terkena tiang sekali gus memberi kegembiraan buat JDT yang kecewa tewas pada final 2014 kepada Pahang menerusi penentuan sepakan penalti 3-5 selepas aksi terikat 2-2.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE

KEPUTUSAN PENUH JOHOR DT 2-0 KEDAH



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT    2-0 Kedah
m-2 Aidil Zafuan
m-63 Cabrera
PEMAIN JOHOR DT
22 IZHAM TARMIZI
12 S.KUNALAN
07 AIDIL ZAFUAN
27 FADHLI SHAS
15 FAZLY MAZLAN
13 GARY ROBBAT
08 SAFIQ RAHIM
50 NATXO INSA
11 GONZALO CABRERA
10 GABRIEL GUERRA
09 HAZWAN BAKRI
PEMAIN GANTIAN
04 AFIQ FAZAIL
25 JUNIOR ELDSTAL
20 AZRIF NASRUL HAQ
PEMAIN KEDAH
25 MOHD IFWAT AKMAL
15 MOHD RIZAL GHAZALI
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
04 ZACHARY ANDERSON
27 ARIFF FARHAN
07 BADDROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
10 SANDRO DA SILVA
22 MOHD SYAZWAN ZAINON
09 KEN IISO
16 AMIRUL HISYAM
PEMAIN GANTIAN
19 FARHAN ROSLAN
03 FITRI OMAR
12 AKRAM MAHINAN