JOHOR DT diramal
mampu melangkah ke final Piala AFC musim ini selepas menampilkan aksi bertenaga
sejak daripada saingan peringkat kumpulan lagi.
PELUANG skuad
Johor Darul Takzim (Johor DT) untuk mengulangi pencapaian musim lalu pada
kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 nampak cerah.
Skuad yang
mendapat jolokan Harimau Selatan itu semakin hampir untuk merealisasikan hasrat
tersebut selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan kelab Hong Kong, South
China pada aksi suku akhir pertama di Stadium Mongkok, Hong Kong kelmarin.
Juara Piala AFC
2015 itu hanya memerlukan keputusan seri pada aksi kedua di Stadium Tan Sri
Dato’ Hassan Yunos, Larkin pada 20 September nanti kerana memiliki kelebihan
jaringan di tempat lawan.
Skrip tahun ini
nampak sama seperti tahun lalu kerana skuad kendalian Mario Gomez turut
berdepan pasukan yang sama pada saingan suku akhir.
Tetapi, keputusan
musim lalu agak berbeza kerana Johor DT menang besar 3-1 pada aksi di tempat
lawan selepas seri 1-1 pada suku akhir pertama di Larkin.
Jika berjaya
melepasi halangan di peringkat suku akhir musim ini, Johor DT bakal berdepan
pemenang antara FC Bengaluru (India) dan Tampines (Singapura) di peringkat
separuh akhir nanti.
Dua pasukan yang
mereka bakal hadapi di separuh akhir itu pernah menjadi mangsa Johor DT pada
kempen musim lalu.
Bagi ketua
jurulatih Johor DT, Mario Gomez, keputusan seri 1-1 pada perlawanan suku akhir
pertama di Stadium Mongkok, Hong Kong kelmarin memberi kelebihan gol kepada
mereka.
“Kami masih
mempunyai peluang yang cerah untuk melepasi saingan peringkat suku akhir ini.
Perkara yang baik adalah kami memiliki kelebihan gol di tempat lawan selain
beraksi di gelanggang sendiri pada perlawanan timbal balik, Selasa depan.
“Sekarang masa
untuk kembali bekerja,” kata Gomez semalam.
Pada perlawanan
kelmarin Johor DT tampil dengan rentak cemerlang pada separuh masa pertama,
namun fokus mereka agak terjejas pada separuh masa kedua sehingga membenarkan
pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan.
Johor DT membuka
jaringan menerusi Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-21 sebelum South China
menyamakan kedudukan menerusi pemain import dari Serbia, Nikola Komazec pada
minit-minit terakhir perlawanan.
Keputusan
tersebut ternyata melegakan Gomez kerana aksi kedua bakal berlangsung di
Larkin, yang merupakan gelanggang keramat mereka sepanjang musim ini.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0915&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4KIS1CUdv
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan