ARKIB : 23/05/1998
Johor FC kutip satu mata
JOHOR FC menutup tirai pusingan
pertama Liga Malaysia, Perdana Dua dengan berkongsi mata setelah seri 2-2
dengan Polis di Stadium Larkin, Johor, malam tadi, ISHAK SALLEH melaporkan.
Gol pertama Polis dijaringkan
oleh Darul Nazri Daniyan yang dapat menewaskan perangkap off side Johor FC
setelah mendapat bola dorongan Salvester Sindih pada minit ke-23.
Separuh masa kedua, Johor FC
yang ketinggalan 0-1, mengatur serangan-serangan ke kubu Polis dan pada minit
ke-56, Johor FC berjaya menyamakan kedudukan.
Fuad Adam yang berada di luar
kotak penalti memulakan gerakan dengan mendorong bola ke arah Zainuddin Yassin
yang berada di kiri gol Polis lalu menghantar ke arah Kris Trajanovski yang
berada di dalam kotak penaliti dan menendang kuat lalu gagal diselamatkan oleh
penjaga gol, Nasir Ibrahim.
Kegembiraan Johor FC hanya
bertahan lima minit sahaja apabila satu gerak pantas yang dilakukan oleh Polis
pada minit ke-61 setelah pemain import, Azour El Mustapha berjaya menewaskan
pertahanan Johor FC melalui satu rembatan kencang.
Pemain import Johor FC, Kris
sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-67 apabila membuat
rembatan di luar kotak penaliti setelah mendapat bola daripada Zainuddin
Yassin.
Sementara itu, dua gol menerusi
Mohd. Rosdi Tahir dan Azmi Mohd. Nazir sudah cukup menambah derita Johor
apabila Tentera melakukan kejutan dengan kemenangan 2-1, di Stadium KLFA malam
tadi, lapor AMRAN MULUP.
Kealpaan benteng pertahanan
Johor membolehkan Tentera memperolehi jaringan pendahuluan menerusi rembatan
kencang Mohd Rosdi Tahir kali dengan menewaskan Omar Salim pada minit ke-12.
Johor pula jelas tidak bermaya
melakukan gerakan-gerakan bahaya. Setiap serangan yang diatur menerusi
gandingan Azmi Mohamad dan Rosdee Sulong tidak berupaya melepasi kekebalan
benteng pertahanan Tentera.
Ketika Johor cuba mencari gol
penyamaan Tentera menambah derita pelawat apabila rembatan jauh dari luar kotak
penalti Azmi Mohd Nazir buat kali kedua menggegar jaring menewaskan Omar Salim.
Empat minit selepas itu Johor
merapatkan jurang menerusi rembatan kencang pemain import, Tuboly Frigyes
selepas menyambut bola lantunan sepakan Rosdee Sulong yang mengenai palang gol.
Di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV,
Kota Bharu, Kelantan dan Terengganu terikat 0-0 pada perlawanan kurang menarik
malam tadi.
Kedua-dua pasukan bermain
dengan keadaan berhati-hati tetapi keadaan tersebut menyebabkan gol yang dicari
tidak kesampaian.
Kedudukan tersebut bagaimanapun
tidak menggugat kedudukan Terangganu untuk berada di pesada Perdana Dua dengan
mengutip 16 mata.
Sementara itu, NS Chempaka
membuktikan keunggulan apabila menang selesa 3-0 ke atas Melaka di Stadium
Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Gol-gol kemenangan NS Chempaka
dijaringkan oleh Yusarman Yusof minit ke-20, V. Arumugam (57) dan Stephen
Abarowei (64).
Pasukan tuan rumah ternyata
bertenaga untuk mengatur gerakan menarik sehingga menyebabakna Melaka terpaksa
pulang dengan dengan kekalahan besar.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4JTHZXW4R
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan