Rabu, 28 September 2016 @ 1:03
PM
Oleh Rizar Mohd Noor rizar@bh.com.my
PEMAIN JDT, Pereyra Diaz (dua
dari kiri) bersama rakan sepasukan, S Kunanlan ketika sesi latihan di Pusat
Latihan JDT di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, kelmarin. - Foto Hairul Anuar
Rahim
JOHOR BAHRU: Pengendali Johor
Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez mengesahkan terpaksa melupakan khidmat pemain
bek kanan S Kunanlan pada aksi separuh akhir pertama Piala AFC di Stadium Tan
Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini. Gomez berkata, Kunanlan perlu direhatkan
untuk perlawanan itu selepas mengalami kekejangan otot ketika aksi menentang
South China AA dalam saingan suku akhir kedua, 20 September lalu dan tempatnya
bakal diisi Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.
Malah, beliau juga berharap
kapten Safiq Rahim yang turut mengalami kecederaan ketika pertembungan dengan
kelab dari Hong Kong itu pulih sepenuhnya dan akan memutuskan sama ada pemain
itu boleh beraksi atau tidak sebelum pertembungan menentang kelab dari India
itu, malam ini.
"Kunanlan masih mengalami
kecederaan tetapi keadaan Safiq tampak semakin pulih dan mungkin boleh
diturunkan, namun saya perlu tengok keadaannya ketika sesi latihan terakhir.
"Beberapa pemain saya
sudah mengumpul kad kuning pada aksi suku akhir pertama di Hong Kong dan suku
akhir kedua di Larkin tetapi saya tidak mahu mereka bersikap terlalu
berhati-hati sebaliknya beraksi seperti biasa dan kekalkan corak permainan
konsisten.
"Barisan pemain yang bakal
diturunkan tetap sama tiada perubahan di posisi serangan dengan mengekalkan
Juan Martin Lucero dan Jorge Pereyra Diaz mengemudi jentera serangan.
"Azammuddin Akil dan Mohd
Azinee Taib kemungkinan akan diletakkan di posisi sayap kanan," katanya.
Mengulas mengenai keupayaan JDT mengalah Bengaluru FC dua kali pada aksi
Kumpulan H selepas menang 1-0 di Bangalore, India dan kemudian 3-0 di Larkin,
Gomez menganggap pencapaian itu sudah tinggal sejarah sebaliknya aksi separuh
akhir pasti berbeza.
Katanya, skuad itu sudah
berwajah baharu dengan formasi permainan berbeza tatkala dalam aksi peringkat
kumpulan formasi yang dipraktikkan 5-3-2 dan kini di bawah kendalian Albert
Roca yang gemar beraksi dengan formasi 4-4-2.
"Saya melihat sendiri
corak permainan pasukan itu ketika menentang Tampines Rovers di Singapura dan
mereka memiliki dua pemain import baharu dari Sepanyol iaitu Juan Antonio
Gonzales di posisi pertahanan dan pemain tengah, Alvaro Rubio.
"Kedua-dua pemain itu amat bagus. Apa pun
kami letak sasaran untuk menang pada pertembungan 180 minit perlawanan dan 90
minit pertama di Larkin, kami kena cari bekalan selesa sebelum beraksi baki 90
minit lagi di India," kata Gomez.
Sumber-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/196891
Tiada ulasan:
Catat Ulasan