Harian Metro online
Johor Bahru: Pemain Johor Darul
Ta’zim (JDT), Safee Sali masih hadir ke sesi latihan di Pusat Latihan di Padang
Seri Gelam, Johor Bahru berikutan berita palsu mengenai kematiannya tersebar di
laman sosial.
Harian Metro hari ini menafikan
mengeluarkan laporan palsu mengenai kematian pemain bola sepak terbabit di
akaun Facebook (FB) menggunakan nama Harian Metro News.
Pengarang Kumpulan Harian Metro
Datuk Mustapa Omar berkata, apa yang dilakukan itu adalah tidak bertanggungjawab
dan mengelirukan. FOTO NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 26 September 2016 @ 7:51 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan