Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my
Johor Bahru: Usah ulangi
kesilapan lalu sebaliknya kena fokus sepanjang perlawanan sehingga tamat
perlawanan.
Itu peringatan pengendali Johor
Darul Ta’zim (Johor DT), Mario Gomez yang menuntut barisan pemainnya fokus
tanpa membuat silap apabila berdepan South China AA pada aksi suku akhir kedua
di Stadium Larkin, malam ini.
Walaupun kelebihan tampak
memihak skuad Harimau Selatan selepas memiliki kelebihan jaringan di tempat
lawan apabila seri 1-1 dengan kelab dari Hong Kong itu namun Gomez tidak
menganggap mereka sudah layak ke separuh akhir.
“Keputusan 1-1 penting bagi
kami tapi masih belum berada dalam zon selamat untuk ke separuh akhir. Baki 90
minit ini cukup getir dan pemain harus menggandakan usaha memburu kemenangan.
“Konsentrasi sepanjang
perlawanan amat penting tidak kira posisi pertahanan, tengah mahupun serangan
kerana jika salah satu tidak beri tumpuan, kami mungkin dihukum.
“Untuk perlawanan itu nanti,
tiada perubahan ketara kecuali posisi penjaga gol belum diputuskan sama ada
Izham Tarmizi Roslan atau Farizal Marlias akan diturunkan,” katanya.
Justeru, Gomez mahukan pemain
menampilkan aksi babak pertama ketika perlawanan di Stadium Mong Kok dengan
menerapkan corak permainan agresif di setiap posisi.
“Dalam bola sepak ada ketika
berlaku kesilapan kecil yang menyebabkan lawan mengambil kesempatan namun ia
pengajaran buat kami dan tidak boleh diulangi,” katanya.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Selasa, 20 September 2016 @ 9:22 AM
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 18
SEPTEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan