Namun Safiq ingatkan rakan-rakan
agar terus pamer prestasi konsisten
Safiq Rahim (kiri) berharap
pemain-pemain JDT dapat mengekalkan momentum kemenangan selepas membelasah
Melaka United dalam perlawanan Ahad lalu.
12 April 2017 3:00 AM
JOHOR BAHRU 11 April - Kapten
Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim mengingatkan pasukannya agar terus
konsisten dan mengekalkan momentum untuk berdepan Kelantan dalam saingan Liga
Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu esok.
Ujarnya, skuad Harimau Selatan
tidak boleh memandang mudah perlawanan menentang skuad Sang Kancil apatah lagi
pasukan lawan itu turut menagih kemenangan setelah tewas 1-2 kepada Pahang
sebelum ini.
“Kita tidak boleh ambil mudah
perlawanan menentang Kelantan kerana mereka mempunyai ramai pemain
berpengalaman.
“Saya harap dalam perlawanan itu
nanti, pemain dapat beraksi dengan baik sebagaimana mereka bermain di laman
sendiri. Apa yang penting pemain dapat mengekalkan momentum dan moral sekali
gus mendapat keputusan yang baik,” katanya selepas perlawanan menentang Melaka
United di laman sendiri Ahad lalu yang menyaksikan JDT menang bergaya 7-0.
Menurut Safiq, JDT bakal
menghadapi cabaran yang lebih besar, justeru adalah penting untuk dia dan
rakan-rakannya kekal positif.
Sementara itu, pengendali JDT,
Benjamin Mora yakin anak-anak buahnya mampu memberikan aksi terbaik menentang
Kelantan sekali gus memenangi perlawanan dan meletakkan pasukan itu sebagai
pendahulu liga.
“Pemain telah semakin
bermotivasi, saya merasakan bahawa kami telah kembali ke haluan sepatutnya.
“Kami akan bertemu pasukan
Kelantan dalam keadaan pasukan yang telah bersedia sepenuhnya. Kami perlu
bermain dengan baik agar kami berada di anak tangga teratas, kami tidak boleh
melepaskan peluang ini,” katanya.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-bersemangat-hadapi-trw-1.468349#ixzz4e2YEG0kC©
Utusan Melayu (M) Bh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan