Ahad, 23 April 2017

JFC tamatkan kontrak Dodd

ARKIB : 30/06/2004
KELAB Bolasepak Johor Corporation (Johor FC) sekali lagi mengambil langkah drastik apabila menamatkan kontrak pemain import, Travis Garth Dodd kerana prestasinya di bawah tahap yang dikehendaki.
Travis dari Kelab Parramatta Power Australia merupakan pemain import kedua selepas Emmanuel Papageorgiou dari Kelab White Eagles, juga dari negara itu yang disingkirkan pada awal Mac lalu kerana prestasi yang tidak memberansangkan.
Penamatan kontrak pemain itu dicadangkan oleh Ketua Jurulatih Johor FC, Raul Carizo hari ini setelah Travis gagal menyerlah pada 13 perlawanan dan hanya mampu menjaringkan dua gol.
Sehubungan itu, pengurusan Johor FC telah bersetuju untuk mengambil seorang lagi pemain import iaitu Matthew John Borg dari Kelab Bankstown City, Australia.
``Dia bermain dalam Liga Perdana Australia dan merupakan pemenang Kasut Emas Liga Perdana Australia musim 2003/2004 setelah menjaringkan 19 gol,'' kata kelab itu di dalam satu kenyataan di Johor Bahru, semalam.
Pemain berusia 29 tahun itu telah mula menjalani latihan bersama pasukan Johor FC dan urusan untuk mendapatkan surat pelepasan ITC dari Soccer Australia sedang diusahakan bagi membolehkannya bermain secepat mungkin, katanya.
Kehadiran pemain import baru itu akan dapat menguatkan lagi serangan pasukan skuad lebah itu.
Gandingan pemain ini dengan dengan seorang lagi penyerang dari Argentina, Walter Ariel Silva yang merupakan penjaring terbanyak pasukan Johor FC dengan 12 gol akan memberi kekuatan tambahan kepada pasukan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan