Sabtu, 22 April 2017

JPS Kelantan kejutkan Johor FC

ARKIB : 31/05/2004
NABEEL MOHD. SABRY menjaringkan dua gol untuk membantu JPS Kelantan mencipta kejutan terbesar dalam kempen bola sepak Kumpulan A Liga Perdana, menewaskan Johor FC 2-0 di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu semalam.
Kedua-dua gol Nabeel diperoleh pada babak pertama, minit ke-13 dan 24.
Ia adalah kemenangan pertama JPS selepas 11 kali bermain. Kemenangan itu bagaimanapun masih meletakkan mereka di tangga tercorot dengan tiga mata.
Pasukan di tangga teratas, PKNS Selangor turut kecewa apabila tumpas 2-1 kepada Selangor di Stadium Shah Alam tetapi mereka masih kekal sebagai pendahulu dengan Johor FC di tangga kedua manakala Selangor ketiga.
Sementara itu, Brunei mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas TNB Kelantan di Kompleks Sukan Berakas, Bandar Seri Begawan tetapi masih kekal di tangga keenam.
Ketika kejutan berlaku dalam Kumpulan A, MPPJ Selangor pula terus kukuh di tangga teratas Kumpulan B apabila menundukkan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.
MPPJ kini mengumpul 26 mata selepas 11 perlawanan, lima di depan pencabar terdekat, Johor yang tidak beraksi semalam.
Kekecewaan bagaimanapun melanda pasukan di tangga ketiga, MK Land apabila tumpas 3-2 kepada Negeri Sembilan di Stadium Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Sementara itu Melaka bernasib baik apabila Azizan Baba menjaringkan gol penyamaan untuk mereka mencatat seri 2-2 dengan Kelantan di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Kelantan mendahului 2 dua kali menerusi Khairulzal Azmi pada minit ke-10 dan Haruna Al Hassan pada minit ke-70 tetapi Melaka menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Emir Dzafic minit ke-40 dan Azizan menolak masuk gol penyamaan kedua pada minit ke-70.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan