Sabtu, 22 April 2017

Johor FC ekori rapat PKNS

ARKIB : 27/05/2004
JOHOR FC terus mengekori rapat kedudukan PKNS Selangor di tangga pertama Kumpulan A bola sepak Liga Perdana apabila menumpaskan Tentera 2-1 di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor untuk terus mengekori rapat PKNS.
Johor kini mengumpul 26 mata, dua di belakang PKNS - terima kasih kepada dua jaringan Walter Silva Ariel minit ke-12 dan 46. Tentera memperoleh gol menerusi Edmon Kingston pada minit ke-35.
Telekom Melaka pula menundukkan Polis 3-2 di Stadium Hang Tuah, Melaka untuk berada sama mata dengan Selangor di tangga ketiga. Selangor tidak bermain semalam.
MPPJ Selangor pula merampas tangga teratas Kumpulan B apabila menang besar 5-0 ke atas pasukan terbawah, SKMK Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. MPPJ kini mengumpul 23 mata, tiga di depan pendahulu sebelum ini, MK Land yang tidak beraksi.
Pasukan di tangga ketiga, Johor terus mengekori dengan 18 mata apabila menang tipis 1-0 ke atas pasukan kedua tercorot, Kelantan di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu.
Negeri Sembilan meraih kemenangan kedua selepas lapan kali beraksi musim ini apabila menundukkan Melaka 4-2 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sekali gus mengikat kedudukan mata mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan