Isnin, 17 April 2017

Mora puas hati walaupun menang tipis

 SLUG : JDT VS PKNS FCJOHOR BAHRU 15 APRIL 2017 -  PEMAIN Pasukan
17 April 2017 3:00 AM
SLUG : JDT VS PKNS FCJOHOR BAHRU 15 APRIL 2017 -  PEMAIN Pasukan
JOHOR BAHRU 16 Ap­ril – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berpuas hati dengan persembahan anak buahnya walaupun mereka menang tipis ke atas PKNS FC dalam perlawanan Liga Super malam tadi.

Menurutnya, meskipun keme­na­­ngan 2-1 bukan kejayaan besar, tetapi mereka berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu me­ngutip tiga mata penuh.

“Kemenangan ini bu­kanlah besar, tetapi apa yang penting adalah satu kejayaan yang membantu kedudukan kami dalam liga.


“Kami melakukan beberapa kesilapan pada separuh masa pertama sehingga membenarkan PKNS FC menjaringkan gol pembukaan, namun berjaya bangkit untuk mencatat kemenangan 2-1,” katanya selepas tamat perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini.

Sementara itu, ketua jurulatih PKNS, E. Elavarasan menyifatkan sepakan penalti yang dihadiahkan kepada JDT merupakan satu kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan anak bu­ah­nya.

“JDT mula bangkit selepas itu hingga mendahului 2-1. Kami berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan hingga tamat permainan namun gagal berbuat demikian,” katanya yang akur dengan kekalahan tersebut.
Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mora-puas-hati-walaupun-menang-tipis-1.470172#ixzz4eUeg8Vn9

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan