KUALA
LUMPUR 19 April - Juara 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke
separuh akhir Piala AFC zon ASEAN selepas menumpaskan kelab Kemboja,
Boeung Ket Angkor 3-0 dalam perlawanan Kumpulan F di Stadium Olimpik
Phnom Penh, sebentar tadi.
Jaringan Safawi Rasid seawal minit
ketujuh, diikuti Muhammad Nazmi Faiz Mansor (minit ke-25) dan Gabriel
Guerra pada waktu kecederaan memastikan JDT layak ke peringkat lapan
terbaik walaupun masih memiliki baki satu perlawanan.
Skuad
Harimau Selatan menduduki tangga kedua kumpulan dengan mengumpul 10
mata, dua mata di belakang pendahulu, Global FC. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-ke-suku-akhir-1.471533#ixzz4erlyTN4U
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan